Tuesday, June 23, 2009

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini


HARAKAHDAILY.COM
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.


Monday, June 22, 2009

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

HARAKAHDAILY.COM
Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

........................................................................................................................................................................

Alhamdulillah selepas mendapat kesepakatan semua, semoga isu yang penuh kontrovesi ini mendapat penyelesaian yang terbaik. Dengan mengambil keputusan bersama untuk tidak lagi bincang tentang kerajaan perpaduan ini, tidak timbul lagi perbalahan atau mungkin lebih teruk pepecahan dalaman parti.

Tapi perkara ini mungkin tidak akan habis di sini, pihak lawan akan terus putar alam isu lapuk ini demi kepentingan mereka serta melaga-lagakan PR yang kini jelas semakin kukuh persefahaman diantara satu sama lain.

Lebih baik berdiam diri daripada memberi komen isu-isu seperti ini. Silap2 makan diri sendiri. Perkara ini perlu menjadi pengajaran kepada kita supaya hal seumpama ini tidak lagi berlaku kelak.

Sunday, June 21, 2009

Nikmat Yang Sering Dilupai


Alhamdulillah, hari ini bermula hari pertama kelas untuk semester 4, suasana hari pertama sangat ceria dengan gelagat kawan2 sekelas, ramai juga yang tinggal serumah sekarang. Maklumlah, asrama dah penuh. Bulan depan ramai pelajar baharu datang mendaftarkan diri ke Institut Bahasa. Hari pertama kelas pun, hati dah rasa rindu kat rumah. Kebiasaaannya pada musim cuti, awal pagi lagi pelabgai aktiviti dijalankan. Kerap kalinya akan pergi ke rumah mak teh, teman mak teh yang kini sakit, menghidapi penyakit kanser. Terharu juga lihat ketabahan beliau menempuh detik2 sukar seperti ni. Sudah dua tahun mak teh meneruskan rawatan untuk penyakitnya. Rawatan pertama untuk kimoterapi, seterusnya radioterapi.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan, saya berkesempatan membawa mak teh ke Hospital Pakar Pantai Mutiara, Pulau Pinang memberi satu pengalaman baru kepada diri. Bukan apa, saya dapat lihat betapa sengsaranya beberapa orang pesakit yang menghidapi penyakit kanser. Daripada ramai pesakit yang dilihat, saya sempat melihat seorang kanak-kanak perempuan yang menghidapi penyakit kanser tiroid. Keadaan kanak-kanak itu sangat menyedihkan dengan tubuh badan yang kurus, dan rambut banyak gugur kerana kesan rawatan kimoterapi yang dijalankan.

Ketika itu juga, saya berasa sangat bersyukur kepada Allah kerana dengan rahmatnya mengurniakan saya kesihatan yang baik. Saya sendiri tidak dapat bayangkan sekiranya saya menghidapi penyakit-penyakit sedemikian? bagaimana dengan proses pembelajaran saya nanti? saya berdoa semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik kepada saya dan sahabat2 sekalian. Ingatlah, betapa pentingnya nikmat kesihatan ini, semoga dengan nikmat sihat ini, kita sama2 dapat menggunakannya ke arah jalan yang diredhai-Nya. Jangan pula Allah melaknat kita sebagai kufur nikmat di atas kelalaian kita mengerjakan suruhan-Nya dan ditambah pula dengan perbuatan mungkar yang dilakukan. Wal'iyazubillah.

Selsema Babi : Penyakit Ganjil Akhir Zaman


Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.


Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. I

ni adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok.

Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)."
(HR: Ibnu Majah)

Saturday, June 20, 2009


Salam Sayang kepada ayah yang disayangi, Tuan Hj Desa Hj Hashim...
Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya…. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.

Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati. Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.

Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita.

Kenal Siapa Dalam Gambar Ini?


http://reformisjalanan.blogspot.com/
Di saat pemimpin Islam Timur Tengah yang lain sedang leka dengan nikmat dunia yang melalaikan, tidur di dalam istana, negara punyai hasil minyak yang banyak, mempunyai simpanan yang tidak habis dimakan oleh anak cucu, sedangkan banyak negara umat Islam dibantai oleh orang kafir, tetapi....pemimpin yang seorang ini tidak mencontohi pemimpin di sekeliling negaranya.

Apabila bermalam di mana-mana hotel, beliau menolak untuk tidur di bilik yang besar, beserta tilam yang empuk, dan ditambah dengan air-cond yang nyaman, tetapi beliau lebih selesa beradu di dalam bilik yang lebih kecil, tanpa katil dan tilam, dan hanya meminta bantal dan selimut sahaja. Beliau sudah biasa tidur seperti itu sejak zaman kanak-kanak lagi. Pemimpin Islam yang lain lebih suka tidur di dalam mahligai, tetapi beliau lebih selesa di lantai.

Itulah sebabnya mengapa Allah SWT melindungi Iran daripada ancaman dan serangan daripada puak-puak kafir laknatullah, beserta mengekalkan kemenangan Ahmadinejad selaku presiden. Keperibadian yang sederhana inilah membuatkan lebih daripada 50% pengundi Iran tetap memilih Ahmadinejad. Kerana pemimpin Islam seperti beliau amat mustahil untuk dicari ganti. Bermula pada hari pertama menjadi presiden, karpet-karpet mahal di pejabatnya semuanya di sedekahkan di masjid-masjid sekitar Teheran. Ahmadinejad lebih selesa tinggal di rumah pusaka bapanya daripada tinggal di kediaman rasmi, dan tidak pula memerlukan kereta rasmi Presiden yang canggih, hanya mengekalkan Peugeot 1977 yang selalu dipandu untuk ke mana-mana.

Manakala gaji sebagai presiden tidak diterimanya, kerana beliau berkata gaji tersebut adalah milik rakyat, dan hanya bergantung kepada gaji beliau selaku pensyarah di sebuah universiti yang hanya berjumlah USD $250 sebulan! Rasa-rasanya, ada lagi pemimpin Islam sehebat beliau dan sezuhud beliau??

Beliau dari mazhab yang berbeda?! Argh persetankan!
Zuhud : Tidak meletakkan kepentingan dunia di dalam diri. Jika kita menolak dunia, kita akan kuasai dunia!!

Pas Umum Calon Manek Urai 26 Jun

HARAKAHDAILY.COM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berkata, pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei.

Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi. Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.

Sementara itu, Wan Rahim menggesa SPR mengarahkan majikan-majikan supaya membenarkan pekerja mengambil cuti pada hari mengundi 14 Julai nanti. Keadaan ini katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja.

"Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya ketika dihubungi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai. Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai buat pertama kali pada pilihan raya umum 1986 dan mengekalkannya untuk lima penggal berturut-turut. DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang juga disandang oleh PAS.