Monday, July 20, 2009

Berfikir sejenak wahai para pendakwah...


ILuvIslam.com
Bilakah kali terakhir dirimu menangis mengenangkan keadaan ummah ini?


Bilakah kali terakhir dirimu melihat seorang yg melakukan maksiat secara terang-terangan, lalu timbul rasa kasihan di hatimu lantas bermunajat kepada Allah untuk dirimu dan dirinya?

Lidah kita terlalu pantas melantunkan kata-kata kesat. Tangan kita terlalu ringan memukul dan menyakitkan. Kuasa yg ada digunakan semahu-mahunya. Semuanya dihalalkan atas nama dakwah.

Mengapa?

Tidak sepatutnya wahai pendakwah! Dakwah itu terlalu suci untuk dicemari sebegini rupa.

Islam ruh dan jasad

Untuk mengislahkan ummah, kita perlu kembali kepada Islam dengan maknanya yg hakiki. Ummah tidak menyelami hakikat sebenar Islam. Para pendakwah pula muflis akhlak dan ibadah. Kitalah golongan pendakwah itu. Ibadah kita tidak disertai rasa cinta. Rukuk dan sujud semata-mata tunduk tanpa khusyuk dan tawadhu'. Puasa hanya sekadar berlapar dan dahaga. Bacaan Al-Quran tidak mengalirkan air mata.

Dengan sebab inilah Imam Ghazali mengarang kitabnya Ihya' Ulumiddin. Ummah ketika itu berhajat kepada Islam yg sebenar. Islam secara ruh dan jasad. Ketika Al-Quds berada dalam genggaman tentera Salib, umat Islam pula berada dalam keadaan lemah dan hina. Imam Ghazali sedar penyakit yg menimpa ummah lalu menyediakan rawatan melalui kitabnya, Ihya. Maka lahirlah tokoh sehebat Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al-Ayyubi.

Pada hari ini, seorang lelaki berkata dengan penuh semangat, "Keadaan umat tidak akan berubah melainkan dengan kemunculan seorang pemimpin sehebat Solahuddin Al-Ayyubi." [1] Lalu seorang yg pakar dengan ilmu dakwah menjawab, "Kalaulah Solahuddin Al-Ayyubi muncul pada hari ini, tentu beliau akan dijual kepada musuh. Solahuddin Al-Ayyubi tidak keseorangan pada zamannya, bahkan beliau merupakan produk tarbiyyah dan produk masyarakat yg hebat. Daripada masyarakat dan persekitaran inilah, munculnya Solahuddin Al-Ayyubi!"

Masyarakat yg hebat akan melahirkan individu yg hebat. Masyarakat yg bangsat akan melahirkan individu yg bangsat. Rawati ruh kita. Kita rawati masyarakat.

Nasihat

Seorang pendakwah perlu memberi nasihat dan menerima nasihat. Hinakan diri untuk menerima nasihat hatta dari seorang gila di jalanan. Sebelum memberikan nasihat kepada orang lain, hadirkan dalam hati anda bahawa orang tersebut lebih mulia daripada anda. Susah bukan?

Bersedialah untuk sebarang kemungkinan jika dia tidak menerima nasihat anda. Jangan takut kepada celaan orang yg mencela. Dan bersungguhlah untuk menasihatinya lagi. Jangan juga membuatkan orang yg dinasihati berasa dirinya mulia. Kerana jiwa manusia kebiasaannya tidak akan menerima nasihat dalam keadaan merasakan dirinya mulia.

Secara peribadi, saya berpandangan bahawa nasihat atau teguran kepada orang yg melakukan maksiat di jalanan tidak sepatutnya dipanjang-panjangkan. Cukup dengan sekitar 30 saat dan minta izin untuk berlalu pergi. Kerana tujuan asal dia berada di situ bukan untuk mendengar tazkirah anda. Tazkirah yg berjela-jela akan menjemukan dan mengganggunya. Kecuali jika dia yg memohon penjelasan.

Namun, jika anda punya kuasa maka gunakannya bersesuaian dengan keadaannya. Jangan mengiakannya dan jangan melampaui batasnya.

Mengambil manfaat dari setiap yg berfaedah

Kebijaksanaan umpama barang yg tercicir milik orang beriman, sesiapa yg menemuinya dialah yg paling berhak. Setiap perkara yg berfaedah perlu dimanfaatkan walaupun berasal dari bukan Islam.

Pendakwah perlu tahu beza antara mengambil faedah daripada bukan Islam dan tasyabbuh dengan bukan Islam. Pendakwah perlu melihat dengan kacamata syara'. Adakah syara' memujinya atau mengejinya.

Lalu, ambillah faedah daripada bukan Islam sekadar yg diharuskan syara'. Manfaatkan setiap peluang yg melintas di hadapan! Pendapat yg mewajibkan untuk mengambil setiap amalan barat dengan alasan mereka telah mencapai kemajuan adalah pendapat yg batil. Begitu juga dengan pendapat yg mengatakan barat adalah musuh kita maka jangan manfaatkan apa-apa pun daripada mereka.

Niat ikhlas untuk menyampaikan kebaikan kepada semua

Timbul persoalan, "Adakah diri anda berasa suka untuk menyampaikan kebaikan walaupun kepada orang yg menyakiti dan mengutuk anda?" Jika jawapannya, "Ya", maka itu petanda kepada keikhlasan niat anda dalam berdakwah di jalan Allah.

"Adakah dakwah anda umum kepada semua? Atau sekadar kepada mereka yg sehaluan dengan anda?" Jika jawapannya, "Umum kepada semua", maka anda adalah pendakwah yg sebenar.

Pendakwah perlu sentiasa menghadirkan niat di dalam hati untuk menyampaikan hidayah kepada semua. Hatinya tidak boleh sunyi daripada niat ini dalam apa jua keadaannya.

Sabda Baginda, لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata bahawa 'persaudaraan' dalam hadith ini bermakna persaudaraan yg umum iaitu persaudaraan kemanusiaan. Imam Nawawi berkata lagi, "Oleh sebab itu, berdoa hidayah kepada orang kafir hukumnya sunat." Beliau juga berkata, "Yang dimaksudkan dengan mengasihi (dalam hadith ini) ialah menginginkan kebaikan dan manfaat."

Tidak sibuk dengan perkara cabang

Perkara cabang atau furu' yg masih berada dalam ruang lingkup khilaf tidak seharusnya diperdebatkan. Si pendakwah perlu menghayati adab-adab dalam berkhilaf. Kaedah fiqhiyyah menyebut, "Tidak diingkari perkara yg khilaf padanya tetapi diingkari perkara yg telah diijmakkan ke atasnya."

Maka seorang pendakwah mesti membezakan antara dua kategori tersebut. Sekiranya telah diijmakkan sesuatu perkara, maka wajib diingkari perkara yg berlawanan dengan ijmak ini.

Pintu dakwah terbuka luas

Seorang pendakwah perlu tahu bahawa pintu dakwah tidak pernah tertutup. Lapangan dakwah terbentang luas. Pendakwah perlu sedar bahawa pintunya banyak dan dia boleh memasuki melalui mana-mana pintu yg sesuai dengan dirinya.

Jika di dalam penjara sekalipun, dia masih boleh berdakwah. Jika dipenjara seorang diri, maka penjaga penjara merupakan sasarannya. Jika penjaga penjara enggan berbicara dengannya, maka dakwahnya ialah melalui doanya dan melalui senyuman kepada setiap yg memandangnya. Dia hendaklah berniat bahawa keberadaannya di dalam penjara sebagai sebab hidayah kepada orang yg menzaliminya.

Tidak malu, tidak jumud dan berfikiran terbuka

Pendakwah juga tidak boleh malu dalam berdakwah. Abaikan siapa yg berada di hadapan anda. Tugas anda ialah menyampaikan kepada semua. Kawan mahupun lawan. Persetankan ejekan di sekeliling. Berpegang dengan prinsip tetapi tidaklah sehingga jumud dan berfikiran terbuka tetapi tidaklah sehingga menggadai prinsip. Keterbukaan itu hendaklah tidak melepasi orbit Islam.

Pendakwah juga hendaklah bersikap profesional dan mahir dalam menghukum sesuatu perkara. Tidak emosi dan tidak mengikut hawa nafsu.

Asal dakwah, lembut atau keras?

Sesungguhnya asalnya ialah lembut dan keras itu ialah cabangnya. Pendakwah hendaklah menggunakan kelembutan dalam ucapan dan tingkah lakunya. Digalakkan bergurau sekadarnya dan jangan bergurau kecuali dalam perkara yg benar.

Tetapi, dakwah juga berhajat kepada kekerasan dalam sesetengah keadaan. Rasulullah s.a.w. sentiasa bergaul mesra dengan Usamah bin Zaid r.a. Tetapi ketika mengetahui Usamah telah membunuh seorang musuh yg telahpun melafazkan syahadah dan beliau menggunakan alasan bahawa si musuh hanya ingin menyelamatkan diri, Baginda telah menggunakan kekerasan. Baginda berkata kepadanya, "Adakah kamu telah membelah hatinya?" Sehinggakan diketahui isi hatinya...?

Kekerasan dalam dakwah ibarat ubat bukannya makanan. Ilmu psikologi membuktikan bahawa seseorang manusia apabila kerap kali dilayan dengan keras, kasar dan denda, dia akan hilang perasaan rasa bersalah, menjadi lali atau kebal dengan nasihat dan bersikap tidak peduli.

Tetapi jika selalu dilayan dengan lembut lalu ada keadaan yg memaksa supaya dilayan dengan kekerasan, maka digunakan kekerasan, ini akan memberikan kesan yg mendalam terhadapnya. Bahkan penggunaan ubat yg berlebihan tanpa mematuhi disiplin akan mendedahkan pesakit kepada sakit yg lebih dahsyat. Apatah lagi jika pendakwah menggunakan kekerasan sebagai makanan dan bukan sebagai ubat, ini akan menambahkan lagi penyakit orang yg ingin dirawatinya. Sebahagian pula tertipu dengan menganggap kelembutan ialah kelemahan. Jauhilah anggapan keji ini.

Jangan menghina orang

Sebahagian orang yg mengaku pendakwah dikira gagal dalam gerak kerjanya apabila menganggap sebahagian orang langsung tiada manfaat dan faedah kerana sikap buruk yg diamalkannya. Bahkan orang yg mengatakan orang ini atau itu tidak berfaedah sepatutnya bimbang tentang dirinya sendiri, adakah dia seorang yg berfaedah? Adapun jika seseorang melakukan maksiat secara terang-terangan dan berbangga dengannya, maka dibenarkan untuk mengumpatnya.

Untuk perincian, beleklah Ihya Ulumiddin, Kitab Aafaat Al-Lisan. Mudah-mudahan tulisan ini dapat dijadikan pedoman untuk diri ini dan para pendakwah di luar sana.

Keperihatinan yang dihargai


HARAKAHDAILY.COM
LABU, 20 Julai (Hrkh)
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senawang, P.Gunasekaran, kesal kerana keselamatan Sekolah Agama Persekutuan Labu di kilometer 15, Jalan Labu, diabaikan apabila tembok pagar sekolah tersebut telah runtuh.

Menurut Gunasekaran beliau telah meninjau keadaan tembok pagar yang runtuh ini dan beliau telah menghantar surat aduan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bertarikh 3 Julai 2009.

Gunasekaran juga berkata salinan surat aduan tersebut juga telah dihantar kepada ADUN Labu, Dato' Hasim Rusdi; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Abdul Halim Abdul Latif dan kepada Jabatan Kerjayaraya Negeri Sembilan.

Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana pihak atau kerja pembaikan telah dilakukan.

" Tembok pagar sekolah yang runtuh ini menghadap laluan utama iaitu Jalan Labu, tapi saya berasa hairan bagaimana ADUN Labu yang sering menggunakan laluan utama ini tidak peka dengan keadaan tembok pagar runtuh ini?

" Yang paling mengecewakan ialah, beliau juga merupakan EXCO kerajaan Negeri Sembilan dan tidak mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini," katanya.

Gunasekaran mengulas bahawa dengan tembok pagar yang runtuh ini, keselamatan pelajar sekolah dan harta benda sekolah sendiri berada dalam keadaan bahaya.

" Tembok yang telah runtuh ini sudah pasti memudahkan penjenayah untuk memasuki kawasan sekolah dan asrama Sekolah Agama ini.

" Keselamatan pelajar yang tinggal didalam asrama juga berisiko apabila keadaan tidak sempurna ini akan mengundang pelbagai anasir jenayah dari luar kawasan sekolah", kata Gunasekaran.

Sehubungan itu Gunasekaran meminta pihak yang bertanggungjawab segera membaiki tembok pagar yang runtuh ini sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

.......................................................

Terima kasih kepada Gunaseran kerana peka dengan masalah yang dihadapi sebahagian besar sekolah agama di Malaysia. Yang menghairankan mana pergi pemimpin melayu yang semangat melayu berdarah melayu yang begitu berkobar-kobar mempamerkan keperwiraan sangat sebelum ni?

Tidak ada kepedulian lansung tentang masalah yang dihadapi oleh insan seagama dan sebangsa sendiri. Yang menyuarakan isu ini datang dari seorang Yang Berhormat dari kaum India. Saya rasa sangat berterima kasih dengan usaha dan keperihatinan yang ditunjukan beliau. Semoga Allah mencampakkan hidayah dan petunjuk.


Sunday, July 19, 2009

Hasad Dengki-penyakit hati


HASAD DENGKI, kita tentu sudah sangat familiar dengan kata-kata tersebut. Bahkan dulu mungkin sewaktu pelajaran agama , kita sering memilih sifat tercela yang satu ini ketika diminta menuliskan contoh sifat tercela. Hasad dengki sering disebut juga dengki atau iri dan hasad. Untuk mendiagnosis gejala penyakit hasad dengki ini sebenarnya cukup simpel, yaitu dengan cukup bertanya kepada diri kita, apakah kita termasuk orang yang senang lihat orang susah dan susah lihat orang senang?

Nah, apabila di dalam hati kita terdapat tanda-tanda atau sifat diatas itu maka boleh jadi kita termasuk orang yang sedang terjangkit penyakit Hasad Dengki, sebuah penyakit diantara sekian banyak penyakit ruhani yang amat berbahaya. Kita mesti segera mencari ubatnya, sebab kalau kita kekalkan penyakit ini di dalam hati, maka kita takut tidak selamat di dunia terlebih di akhirat.

Tetapi sayang hingga saat ini belum ada Rumah Sakit Spesialis Penyakit Hasad Dengki. Bererti ya kita mesti cari doktor ruhani alias Mursyid yang dapat mengubati penyakit hati hati kita..
Hampir setiap orang menderita penyakit hasad dengki ini, cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang enam golongan manusia yang dicampakkan ke dalam neraka, satu diantaranya adalah orang atau ulama yang di dalam hatinya terdapat hasad dengki.

Rasulullah SAW bersabda, yang artinya : “sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar”

Orang yang di dalam hatinya terdapat penyakit hasad dengki ini, hidupnya tidak akan pernah bahagia, jiwanya senantiasa menderita dan tersiksa. Hatinya selalu tersiksa jika melihat orang lain lebih dari dirinya atau mendapat nikmat serta kejayaan. Dan sebaliknya dia akan bergembira bila orang lain susah dan gagal.

Maka dari itu, hasad dengki inilah penyakit kronis yang merusak perpaduan dan ukhuwah. Akan timbul di dalam masyarakat fitnah memfitnah, dendam mendendam, buruk sangka,mengumpat, mengadu domba, dan dosa-dosa lain yang akan menghapuskan segala kebaikan.

Seseorang yang melayani sifat hasad dengkinya, maka pada hakikatnya dia adalah orang yang paling biadab dengan Allah, sebab secara tidak langsung dia benci kepada Allah, dia tidak redha pada apa yang Allah telah berikan kepada orang lain serta kepada dirinya.Sekalipun ibadahnya banyak, tahajudnya banyak dan shalatnya banyak.

Dalam sebuah kisah para Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW,

terjemahannya : “ wahai Rasulullah, sesungguhnya ada seorang wanita yang berpuasa siang hari dan shalat tahajud di malam harinya, tetapi selalu menyakiti tetangganya dengan lidahnya”. Jawab baginda Rasulullah SAW : “ Tidak ada kebaikan lagi baginya, ia adalah ahli neraka”.

Kemudian dalam sebuah kisah yang lain menyebutkan, ketika Rasulullah berkumpul bersama para Sahabatnya, tiba-tia baginda berkata, “ wahai para sahabatku, sesaat lagi dalam majelis ini akan datang seorang pemuda ahli syurga”. Para Sahabat pun penasaran, siapa yang akan datang ke dalam majelis tersebut, yang Rasulullah sendiri menyebutnya sebagai pemuda ahli Syurga. Maka tak lama setelah itu datanglah Sa’ad bin Abi Waqash ke dalam majelis itu. Rupanya beliaulah yang disebut Rasulullah sebagai Ahli Syurga tersebut. Lantas para sahabatpun sangat “cemburu”, bereka ingin tahu kenapa si pemuda ini disebut sebagai ahli syurga, apa yang menjadi amal ibadahnya sehingga ia layak untuk disebut ahli Syurga oleh Rasulullah?

Maka selepas majlis itu, ada sahabat yang berinisiatif untuk melihat secara dekat si pemuda tadi, akhirnya sahabat ini mengikuti si pemuda sampai rumah. Kemudian sahabat ini meminta izin kepada si pemuda untuk menginap di rumahnya. Maka di izinkanlah sahabat ini menginap.
Tetapi ajaib, sepanjang hari dan sepanjang malam si sahabat ini mengamati si pemuda, ternyata tidak ada ibadah yang istimewa pada diri si pemuda. Dia hanya beribadah yang wajib-wajib saja, malam hari pun si pemuda ini tidak bangun untuk shalat malam. Maka bertambah penasaranlah si sahabat, lantas bertanya, “ wahai saudaraku, engkau disebut oleh baginda Rasulullah sebagai pemuda ahli Syurga, tetapi aku lihat tidak ada yang istimewa pada amal ibadahmu, bolehkah aku tahu rahasia engkau?”

Si Pemuda terkejut mendengar pertanyaan dari si sahabat, lantas merenung dan menjawab, “mungkin yang menjadikan aku disebut ahli Syurga oleh Rasulullah adalah bahwa hatiku tidak pernah sedikitpun hasad dengki dengan orang lain, bahkan niat untuk hasad dengki pun aku tidak punya”

Orang yang ibadahnya banyak pun masuk neraka karena hasad dengki, apalagi yang tidak pernah tahajud, tidak pernah puasa sunat dan masih bergelimang dengan hasad dengki. Kalau bentul kita beriman kepada Allah, marilah kita insyaf akan penyakit-penyakit hati kita dan memperbaiki dengan cara MUJAHADATUNNAFSI atau bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang jahat.

Diantara tips yang mesti kita lakukan sebagai mujahadah terhadap hasad dengki ialah :
Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, maka kita ucapkan selamat kepadanya. Dan sebaliknya apabila dia tertimpa kesusahan maka kita menumpang sedih juga atas apa yang menimpanya serta menghiburnya.

Sanjung, sebut dan pujilah kebaikan serta keistimewaan orang yang kita dengki di belakang dia, dan kalau ada keburukannya kita rahasiakan. Doakan kebaikan untuknya.Sering-sering bersilaturahmi serta memberi hadiah kepada orang yang kita dengki tersebut.

Kalau ada orang yang berusaha menjatuhkan orang yang kita dengki itu, berusahalah untuk membelanya. Jangan melayani syeitan yang hendak merusakkan mujahadah kita dengan mendorong kita untuk ikut mengumpatnya.Berdoa kepada Allah agar dimudahkan membuang penyakit hasad dengki yang ada dalam diri kita.

Memang berat dan terasa pahit tetapi itulah ubat, sebab selama ini Ego kita sudah mendarah daging. Tapi ubat ini mesti kita makan dan dilakukan dengan sungguh-sungguh dan ingat selalu

firman Allah dalam QS Al Ankabut :69 yang artinya : "dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami, niscaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu"

Timbulnya hasad dengki pada orang lain adalah karena orang lain mempunyai keistimewaan dan kelebihan lebih dari yang kita miliki. Atau bila seseorang mendapat nikmat lebih dari kita atau bila kita terasa seseorang telah mengalahkan kita dalam perjuangan, persaingan atau kompetisi maka datanglah hasad dengki itu.

Sepatutnya tidak begitu.Kalau kita beriman dengan Allah, yakin akan keadilanNya mengatur pemberian kepada hamba-hambaNya maka kita tidak akan hasad dengki dengan orang lain.

Firman Allah dalam QS An Nisa: 32, yang artinya : “ janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang lain”.

Allah yang melebihkan dan mengurangkan pemberianNya kepada seseorang. Dan Allah adalah adil atas pemberian lebih dan kurang itu. Dia bermaksud menguji kita. Siapa yang sadar dirinya sebagai hambaNya, lalu akan sentiasa bersyukur pada nikmat yang diperolehi, redha dengan taqdir dan sabar menunggu ujian.

Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang artinya : “ barangsiapa tidak redha terhadap takdir yang telah berlaku dan tidak sabar terhadap cubaan dariKu, maka carilah Tuhan selain Aku "

Kalau Allah melebihkan seseorang itu dari kita, artinya Allah mau menguji kita apakah sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, artinya Allah mau menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu atau sebaliknya sombong, congkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah.

Kalau begitu kenapa mesti hasad dengki? Kalau masih hasad dengki juga, artinya kita tidak redha dengan Allah. Kita tidak senang dengan peraturan-Nya dan kita tidak menerima kehendak-Nya. Sebab itu orang yang hasad bukan saja bermusuhan dengan orang yang didengki itu tetapi juga bermusuhan dengan Allah. Biadab dengan manusia dan biadab dengan Allah, maka layaklah menjadi ahli Neraka.

Saturday, July 18, 2009

Isti'jal-Penyakit Hati


Satu daripada penyakit kalbu yang berbahaya boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu.

Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbangkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja.

Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat. Umpamanya, jika berbibcara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sa-ia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan.

Para Da'ei juga mesti menjauhkan diri dari penyakit isti'jal(gopoh), contohnya berdakwah ingin melihat hasil dakwahnya dengan cepat. Tidak ada kesabaran dan semangat meluap2 untuk berjuangan, mungkin sampai satu ketika Allah memeberi ujian atau dugaan tertentu dia akan jatuh tersungkur. Lebih teruk lagi ada pendkwah yang tidak tahan dugaan dan jatuh dalam lembah maksiat. Ingat! berjuang untuk mendapat Mardhatillah. Bukan untuk keduniaan yang tiada nilai.

Umpamanya, kalau kita tanam pokok, tidak mungkin pokok akan tumbuh dan berbuah pada hari yang sama. Perlu ada kesabaran dan strategi yang tertentu. Perancangan strategi dan pengurusan perlu mantap untuk jangka masa panjang. Tenang dan jangan tergopoh-gapah. Sebagai peringtan sebagai tambahan ialah tentang berdakwah dari dalam untuk merubah sesuatu kumpulan. Berbalik kepada sirah perjuangan nabi, Rasulullah tidak pernah berdakwah dengan masuk dalam sesuatu kumpulan yang jahil tetapi baginda tetap istiqamah dengan perjuangannya dengan mewujudkan kumpulan Islam yang khusus.

Sejarah telah menceritakan banyak kegagalan yang telah dialami oleh pemimpin yang berhajat untuk merubah dari dalam. semuanya gagal dan mendapat jalan buntu akhirnya.Lebih parah apabila dianiaya dan dipergunakan oleh kumpulan tersebut. Ingatlah berjuangan mestilah dalam kumpulan yang benar.

Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:

"Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan
adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11)

Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat.

Tindakaan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah. Rasulullah bersabda, maksudnya:

"Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara,
iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat,
melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".

Wallahu a'lam.

Friday, July 17, 2009

Kematian yang tragis


HARAKAHDAILY.COM
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor amat terkejut dengan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Teoh Beng Hock yang didapati mati di Bangunan Plaza Masallam dan dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) petang semalam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

"Kematian Teoh merupakan akibat langsung daripada siri siasatan SPRM yang dijalankan secara selektif ke atas pegawai kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor baru-baru ini.

"Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan dipaksa untuk melalui siasatan yang berlanjutan oleh SPRM, namun kali ini, SPRM jelas telah melampaui batasan sehingga berlakunya kematian saksi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Khalid telah mengadakan satu Sidang Media Tergempar jam 8.30 malam di Bangunan Annexe, Shah Alam berhubung kejadian terbabit.

Katanya beliau turut menghubungi Ketua Polis Selangor dan bersetuju untuk membenarkan pakar patologi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk membantu siasatan polis.

Kerajaan Negeri juga bersedia untuk memberikan bantuan kepada keluarga mendiang Teoh untuk menguruskan pengendalian jenazah mendiang termasuk sokongan kewangan bagi meringankan kesedihan di pihak keluarga, katanya.

...........................................................................................

Berita yang menggempar, kejadian yang tak sepatutnya berlaku di bangunan kerajaan. Isu yang melibatkan kematian adalah isu serius serta perlu penilitian yang tulus. Diharap kes ini mendapat perhatian kerana telah banyak kes kematian tragis seumpama ini yang berakhir dengan tanda tanya. Tiada penyelesaian.

Wednesday, July 15, 2009

Al Faruq-Sayyidina Umar AlKhattab

Nama sebenarnya Umar bin Al Khattab bin Naufal b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth Razaah b ‘Adi b Kaab. Beliau dari suku Quraisy Bani Adi. Lahir pada tahun 583M. Rasulullah s.a.w. menggelarnya dengan nama Al Faruq yang bererti orang yang tahu membezakan antara yang benar dan yang salah Saiyidina Umar r.a. juga terkenal sebagai ahli sastera yang hebat, syair yang bijaksana,pahlawan yang berani, orang yang adil dan mematuhi perintah Allah SWT.Semasa pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab r.a. banyak Negara telah berada dibawah pemerintahan Islam termasuklah Palestin di mana terdapat kota Baitul Maqdis.

Umar Al Khattab telah berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau Al Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim. Penduduk Al Quds ketika itu majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintah Rom sebelum itu.Setelah Al Quds jatuh ke tangan tentera Islam, penduduk beragama Kristian ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar Al Khattab r.a. sendiri, mereka enggan membuat perjanjian dengan sesiapa pun di kalangan ketua-ketua Islam yang lain. Ini kerana mereka ingin melihat sendiri wajah Khalifah Umar Al Khattab r.a. yang terkenal dengan sifat adil dan kasihnya kepada golongan mustadaffin, fakir dan miskin. Mereka sanggup menunggu kedatangan Umar Al Khattab r.a.

Khalifah Umar Al Khattab memahami hasrat rakyat Al Quds, maka beliau pun berangkatlah ke sana dengan seorang pengiring dan seekor unta sebagai tunggangan dari Madinah. Oleh kerana ada hanya seekor unta sebagai tunggangan, maka khalifah dan pembantunya membuat persetujuan untuk menunggang unta secara bergilir-gilir dengan pembantunya, dimulai dengan khalifah selepas itu pembantunya sehinggalah tiba di kota Al Quds.Apabila hampir tiba di ibu kota Al Quds, tibalah giliran pembantunya menaiki unta dan khalifah berjalan kaki. Pengiringnya enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan khalifah Umar Al Khattab, pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedangkan khalifah berjalan kaki. Lagi pun penduduk menunggu kedatangan khalifah, sudah tentu khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan menunggang unta bukan pembantunya.

Khalifah Umar Al Khattab marah dengan sikap pembantunya kerana menurut persetujuan sebelum berangkat mereka akan bergilr-gilir menunggang unta, kini adalah giliran pembantunya. Umar Al Khattab dengan tegas tetap menyuruh pembantunya menunggang unta. Menurut Umar Al Khattab r.a. “inilah ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada taqwa, aku tidak sedikit pun keberatan berjlan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan aku sama sekali tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsiran masing-masing. Aku sanggup beri penjelasan jika mereka kehendaki. Nah sekarang, ikut perintahku, ikut perintah khalifahmu, naiklah unta ini”.

Setelah memasuki kota Al Quds, berduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan khalifah Umar Al Khattab r.a., alangkah terkejutnya mereka melihat melihat peribadi agung khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka menyaksikjan kejadian yang mengusik qalbu tersebut. Betapa besarnya perbezaan khalifah Islam dengan Raja Rom yang memerintah mereka sebelum ini. Ini menambahkan lagi rasa hormat mereka pada khalifah Islam yang rendah diri. Inilah salah satu dari keadilan Umar Al Khattab r.a. Berapa ramai pemimpim dan raja-raja yang sanggup mencontohi peribadi mulia ini dizaman sekarang?
Umar Sebagai Orang Yang Pertama

Pertama digelar Amirul Mukminin
Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
Pertama mengharamkan nikah mut’ah
Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
Pertama memperkenalkan Al-’Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)

Umar Dan Al-QuranSaidina Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan sempena pendapat beliau ialah :

Kisah tawanan Badar – ayat 28 Surah Al-Anfal
Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat – Ayat 125 Surah Al-Baqarah
Ayat Hijab – Ayat 53 Surah Al-Ahzab
Ayat tentang asal-usul kejadian manusia – Ayat 12 Surah Al-Mukminun
Ayat tentang arak – Ayat 219 Surah Al-Baqarah dan Ayat 43 Surah An-Nisa’
Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq – Ayat 84 Surah At-Taubah
Kisah orang Munafiq – Ayat 6 Surah Al-Munafiqun
Ayat 5 Surah Al-Anfal
Ayat 16 Surah An-Nur
Ayat tentang penghalalan jima’ di malam bulan Ramadhan – Ayat 187 Surah Al-Baqarah

Ayat 97 Surah Al-Baqarah
Ayat 65 Surah An-Nisa’
Ayat 13 Surah Al-Waqiah