Wednesday, April 29, 2009

Dr Mansor Antara Calon di Penanti

Dari Malaysiakini.com
Oleh Athi Veeranggan

Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.

Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.

Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 31 Mei depan.

Pada 8 April lalu, Fairus meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menyatakan tidak cukup bukti untuk mendakwa Fairus terhadap tuduhan tersebut.

Minggu lalu, Fairus mengulangi keputusannya untuk meletak jawatan wakil rakyat DUN Penanti

Pilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei


KUALA LUMPUR, 27 April:
Pilihan raya kecil Penanti 31 Mei Pilihan raya kecil Penanti akan diadakan pada 31 Mei ini manakala penamaan calonnya akan dibuat pada 23 Mei, umum SPR hari ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran perletakan jawatan Adunnya, Mohamad Fairus Khairudin.
Kenyataan SPR ini menamatkan spekulasi pilihan raya kecil ini akan ditolak.

Bagaimanapun, ada juga spekulasi yang mendakwa SPR hanya menunggu keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat lepas sebelum membuat keputusan. Ini kerana SPR sepatutnya membuat keputusan ini minggu lepas.

MT Umno Jumaat lepas hanya membuat keputusan untuk menyerahkan kes ini kepada Biro Politiknya untuk membuat keputusan.

Dalam pilihan raya lalu, calon PKR, Fairus menang dengan majoriti 2,219 undi mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid.

Tahun 2004, Jalil menang dengan majoriti 667 undi.

Mengikut tradisinya, kerusi ini adalah milik PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dijangka akan mengekalkan tradisi ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan memberikan sokongan penuh kepada PKR dalam pilihan raya ini.

Calon PKR yang menang dijangka akan mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang dikosongkan Fairus. Dua calon disebut-sebut iaitu Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan Dr Mansor.

Fairus meletakkan jawatan baru-baru ini ekoran desakan dalaman di samping siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, baru-baru ini, SPRM memutuskan tidak akan mendakwa Fairus kerana tidak mempunyai bukti yang cukup atas dakwaan ke atas beliau.

Tuesday, April 7, 2009

Pakatan kuasai dua bukit, BN di Batang Ai


MalaysiaKini.com
Apr 7, 09 5:14pm

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

8.52pm Tidak rasmi. PKR menang di Bukit Selambau, majoriti lebih kurang sama dengan yang dicapai oleh V Arumugam.

bm version bukit selambau state seat 0902098.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022.

PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi.

Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi. PKR juga mendahului di Bukit Selambau.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.04pm
Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,200 undi.

Ia kalah kepada BN di lima daerah mengundi, termasuk: Kampung Pokok Machang sebanyak 30 undi, Kampung Sungkap (150 undi) dan Taman Desa Aman (24).

7.56pm
BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.

BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak tiga tahun lepas.

7.42pm
Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,577 undi. PAS 14,720 undi, BN 12,143 dan bebas 32 undi.

7.36pm
Tidak rasmi PKR masih mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

Parti itu tewas di tangan BN di dua daerah mengundi, Bukit Lembu dan Kuala Sin masing-masing 33 dan 210 undi.

bm version bukit gantang parliamentary seat 0902097.32pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,380 undi. PAS 13,571 undi, BN 11,191 dan bebas 31 undi.

7.26pm
Sumber rasmi SPR: BN mendahului PAS di Bukit Gantang dengan 799 undi. BN 2,048 undi, PAS 1,249 dan bebas 4 undi.

7.22pm PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,377 undi. PAS 11,375 undi, BN 8,998 dan bebas 29 undi.

7.21pm
PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 1,000 undi.

7.12pm
PKR mendahului BN di Bukit Selambau dengan lebih 900 undi.

7.00pm
PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,776 undi.

6.44pm
PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 1,768 undi.

6.34pm Menurut satu sumber MIC, persaingan "sangat, sangat, sangat sengit" antara calon BN Datuk S Ganesan dengan calon PKR S Manikumar di DUN Bukit Selambau.

6.30pm Penyokong BN dan PAS mula berkumpul depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.

Maklumat SPR: Peratus keluar mengundi di Bukit Gantang 75.1 peratus, Bukit Selambau (70.28) dan Batang Ai (71.2).

bm version batang air state seat 2402096.23pm BN menang di Batang Ai dengan majoriti lebih besar. BN mendapat majoriti 806 undi dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

5.56pm Para penyokong BN dan PAS dijangka berkumpul sebelah padang bandaran di depan Majlis Perbandaran Taiping untuk mendengar secara langsung pengumuman keputusan kerusi Bukit Gantang.

Hujan renyai-renyai. Belum kelihatan penyokong parti-parti berkenaan. Mereka kini sedang menikmati minum di restoran berdekatan selepas penat berkempen.

5.14pm Penat lelah merayu undi sepanjang hari ini berakhir jam 5 petang. Kini debaran para penyokong BN, PAS dan PKR bermula sementara menanti proses pengiraan undi di tiga kawasan pilihanraya.

Drama ejek-mengejek, membaling botol dan ketegangan sudah tamat, digantu dengan drama sewaktu keputusan diumumkan, paling awal kira-kira 9 malam ini.

Proses pengiraan di parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dijadual bermula jam 5.30 petang ini.

Sementara bagi beberapa pusat pembuangan undi di Batang Ai yang ditutup jam 2 petang, kotak-kotak sudah dibuka untuk pengiraan mulai pukul 3 petang tadi di pusat penjumlahan undi.

Di Bukit Gantang, persaingan sengit antara calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS).

Di Bukit Selambau, dua daripada 15 calon menjadi tumpuan utama - S Manikumar (PKR) dan Datuk S Ganesan (BN), manakala di Batang Ai, majoriti yang bakal diperolehi BN menjadi fokus utama.

Pengiraan kotak undi dari 14 pusat pengundian di Batang Ai. Ia bermula pada jam 3 petang di pusat perjumlahan di kompleks sukan Lubok Antu.

Berdasarkan pengiraan undi setakat ini, BN mendahului, dengan memperolehi 331 undi, manakala PKR mendapat 300 undi. Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

Ulu Engkari - BN 42, PKR 33
Bertik - BN 107, PKR 47
Sempang - BN 37, PKR 52
Delok - BN 86, PKR 21
Mengiling - BN 59, PKR 147


Hari Pengundian Parlimen Bukit Gantang


semua hadirin sedang khusyuk menunggu keputusan pilhan raya...





sayap puteri UMNO...




(wanita)UMNO vs PAS(muslimat)





jangan tembak-tembak orang...




semangatnya akak-akak ni...





pose puteri UMNO...





Y.B Ir. Nizar Jamaluddin...





Thursday, April 2, 2009

Kasih Manusia Kerana Kasihnya Allah



Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang.

Firman Allah di dalam surah Ar-Rum pada ayat 21,“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri adanya perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana “cinta berahi” yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengen keterlanjuran.

Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman. Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah. Perkara ini dinukilankan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.

Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?

Melihat kepada sirah Rasulullah bagaimana Siti Khadijah ra.ha mendapat kemuliaan kerana berkorban apa saja untuk membantu perjuangan sang kekasih yang sangat dicintainya iaitu Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah-kisah cinta zaman nabi yang boleh kita jadikan contoh teladan dalam memaknai erti Cinta seperti kisah cinta "Zulaikha dan Nabi Yusuf", "Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis", "Nabi Ibrahim dan Siti Hajar" dan lain-lain.

Semuanya berkisar tentang Cinta dan pengorbanan kerana Allah swt. Sebaliknya di zaman kita ini, ada di antara gadis-gadis sanggup menjadi hina dengan menyerahkan maruah mereka kepada orang yang mereka cintai. Adakah itu dinamakan cinta atau nafsu semata? Dan terlebih hina lagi hingga sanggup "mencabut nyawa sendiri" lantaran gagal dalam bercinta.

Cinta yang sedemikian inilah yang membuatkan seseorang itu hina di dunia dan di akhirat.Nauzubillahhi min zalik... "CINTA" dari segi bahasa bermaksud kecenderungan.Berpandukan kepada maksud ini "CINTA" bolehlah didefinisikan sebagai "kecenderungan yang kuat terhadap sesuatu yang disayangi sehingga membuatkan dia sentiasa membayanginya, menyebut namanya, rela berkorban deminya, menerima sepenuh hati segala yang ada pada insan yang dicintainya itu walaupun terdapat kekurangan padanya dan meluahkan semuanya melalui ungkapan kata-kata dan perbuatan".


Pandangan Islam Terhadap Cinta

Cinta menurut pandangan Islam adalah suatu perkara yang dibenarkan.Islam adalah agama fitrah dan cinta itu adalah fitrah manusia.Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai dan dicintai. Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.

"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya" (HR Abu Daud dan Tarmidzi) Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai malah adalah sangat digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya.Islam tidak menghalang cinta dan telah disediakan saluran yang halal(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)

Ayat di atas merupakan satu jaminan bahawa cinta dan kasih sayang itu akan Allah campakkan ke dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (iaitu dengan cara bernikah).Jadi tidak perlulah menunggu untuk jatuh cinta terlebih dahulu ataupun "bercouple" dahulu sebelum menikah.Islam telah jelas menetapkan batasan-batasan ini untuk mengelak dari timbulnya gejala sosial dalam masyarakat.Betapa cantiknya Islam,setiap apa yang ditetapkan itu punya hikmah yang tersendiri. Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta.Tidak boleh yang lain mengatasi yang lain melainkan mengikut turutannya.

Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
  • Tahap pertama, dan yang paling tinggi sekali ialah cinta yang menjadi hak Allah semata-mata.Itulah cinta hamba kepada Khaliq.
  • Tahap kedua selepas cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih Allah,Rasulullah saw. Cinta yang melahirkan rasa hormat, patuh, ingin mempertahankannya, ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.
  • Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain. Antara ibubapa dan anak, antara suami dan isteri yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
  • Tahap keempat, cinta sesama muslim yang melahirkan rasa ukhwah Islamiyah.
  • Tahap kelima, cinta sesama manusia.
  • Tahap keenam, cinta kepada selain manusia yakni binatang, harta benda dll.

Hubungan antara Cinta dan Iman

Cinta dan iman adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.Kedua-duanya saling berkait rapat. Tidak akan rasa manisnya iman tanpa perasaan cinta. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw:

"Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah).

Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda:"Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda:"Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).

Carilah cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InsyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu CINTA kepada Allah.

Itulah cinta hakiki yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhluknya, pilihnya cinta yang hanya berlandaskan cinta kepada Allah dan RasulNya.Bukan kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu yang menggoda. Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk kita meraih Cinta Allah.InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...Amien"

Selamat Beramal, semoga kita mendapat keberkatan-Nya:-)

Mari Mendidik Anak-anak

.
http://nikabduh.wordpress.com
Anak - anak adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan. Ia bagaikan nyawa yang disambung - sambungkan untuk merentas masa di dunia ini. Ia menyambung dan meneruskan harapan, cita - cita dan perjuangan setiap kita. Tiadalah yang lebih menggembirakan selain melihat segala harapan yang tinggi menjadi kenyataan.

Justeru anak - anak yang soleh dan berjaya adalah kurniaan agung untuk hamba - hambaNya yang soleh. Para anbiya’ menikmati kurniaan ini di tangga yang pertama ( lihat Aali Imran: 34 ). Mereka dikurniakan zuriat yang sebahagiannya juga telah dilantik menjadi al rasul yang menyambung tugas mereka melakar cita - cita dakwah dan tauhid.

Anak - anak juga adalah amanah. Kerana setiap manusia adalah terbeban dan tergadai dengan tanggung jawab masing - masing. Kerana setiap manusia terikat dengan hasil usahanya sendiri di dunia ini. Maka melorongkan anak - anak yang masih kecil dan mentah itu menjadi tanggung jawab dan amanah ke atas setiap kita yang tiada terperikan juga.

Mendidik anak - anak adalah kewajiban yang besar. Kerana tugas besar seorang al rasul, tugas mendidik mereka sedari kecil disandang sendiri oleh Allah daripada ibu bapa mereka ( lihat Taha:39-41 ). Maka bayangkan bagaimana setiap anak terlalu terkesan dan terbekas atas acuan pendidikan yang mereka terima. Jika baik, baiklah mereka. Jika gagal, gagallah mereka. Kita menentukan mati hidup mereka di dunia ini.

Ia adalah amanah yang sukar dan berat untuk ditanggung. Namun ia juga adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan.

Mari medidik anak - anak. Biar mereka tumbuh sesegarnya, lalu kemudiannya berbuah selebatnya dan dinikmati sesedapnya.

Mendidik tentunya sukar. Tetapi ia dimudahkan dengan qudwah dan petunjuk di hadapan daripada ar Rasul sallaLlahu alaihi wa sallam sendiri. Kemudian para sahabat dan mereka yang telah berjaya daripada kalangan hamba - hambaNya yang soleh. Pastinya, jika anda mengabaikan qudwah dan petunjuk ini, lalu meredah jalan sendiri, atau membiarkan mereka terheret ke laluan yang serong, anda sememangnya menempa kesusahan dan malapetaka yang besar.

Lahir anak - anak yang degil, derhaka, kurang ajar, lemah dan putus asa, lalu menjadi mangsa dadah dan sosial tak terubat. Saat itu, nikmat dan kurniaan bertukar menjadi kecelakaan yang tak terperi pula jadinya.

Semuanya kerana didikan yang salah. Didikan yang tak sempurna pun adalah salah. Didikan menuntut kesempurnaan pada segala ruang dan lingkupnya. Ia tiada galang gantinya.
Di Malaysia, seburuk - buruk pendidikan adalah pendidikan yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kenapa?
Kerana seburuk - buruk ilmu adalah ilmu sekular. Pendidikan negara adalah sekular. Dunia untuk dunia. Akhirat nantinya di akhirat. Itu jika akhirat itu ada.
Terdidik di dalam didikan sekular adalah sebab terbesar meruntuhkan binaan diri anak -anak muslim menjadi rapuh, punah dan binasa.

Jika anda memberi harapan kepada j-QAF atau KAFA, anda adalah mangsa awal sekularisme dan mangsa kepada sebuah harapan bertulang rapuh sebelum anak - anak anda sendiri menjadi mangsa ke seterusnya ( hanyalah guru yang benar dan soleh sebagai penyelamat ).

Perhatikan, saat anak -anak mencecah umur 15 tahun, saat umur getir ini, saat persimpangan ini, kerajaan dan anda bersibuk untuk melihat jumlah dan peratus A yang tinggi dalam peperiksaan.

Di mana anda saat Allah mengumumkan peperikasaanNya yang pertama? ‘A’ kah solat lima waktu yang fardhu itu? Bukankah 15 tahun itu adalah persimpangan syurga dan neraka untuk anak - anak?

Ramai mana ibu bapa yang bergembira dengan kejayaan anak - anak memperolehi A, sedang ia disambut di serambi neraka? Anaknya tak pun solat. Ayahnya tak pun mengendahkan!

Anda tunggulah sampai kiamat untuk kerajaan BN - UMNO bertanya anda, adakah anak anda telah solat sempurna lima waktu? Tunggulah sampai kiamat!

Semoga Allah menjauhi kita daripada BN - UMNO yang penuh kejahatan dan penyakit. Semoga anak - anak kita terselamat daripada BN - UMNO yang penuh makar dan perancangan jahat.

Mahabbatullah


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku - yakni dalam tidurku - kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”Dalam amal ubudiyah, cinta (mahbbah) menempati darjat yang paling tinggi. Mencintai Allah dan rasul-Nya berarti melaksanakan seluruh amanat dan ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, disertai luapan kalbu yang dipenuhi rasa cinta.

Pada mulanya, perjalanan cinta seorang hamba mendaki darjat mencintai Allah. Namun pada akhir perjalanan rohaninya, sang hamba mendapatkan darjat wahana yang dicintaiNya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku - yakni dalam tidurku - kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : /Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang mengantarkan aku untuk mencintai-Mu.”/

Dalam buku “Mahabbatullah” (mencintai Allah), Imum Ibnu Qayyim menuturkan tahap-tahap menuju wahana cinta Allah. Bahwasanya cinta senantiasa berkaitan dcngan amal. Dan amal sangat tergantung pada keikhlasan kalbu, disanalah cinta Allah berlabuh. Itu karena Cinta Allah merupakan refleksi dari disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yagn tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah.

Tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah sebagai berikut:

1. Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar. Itu tidaklain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal danmampu menjelaskan al-Qur’an agar dipahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah swt. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan “Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas mahluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan semacam itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

2. Taqarub kepada Allah swt, melalui ibadah-ibadah sunnah setelah melakukan ibadah-ibadah fardhu. Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunnah, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah: shalat-shalat sunnah, puasa-puasa sunnah,sedekah sunnah dan amalan-amalan sunnah dalam Haji dan Umrah.

3. Mengalunkan zikir kepada Allah dalam segala tingkah laku, melaui lisan, kalbu, amal dan perilaku. Kadsar kecintaan seseorang terhadap Allah tergantung kepada kadar zikirnya kepadaNya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu,s elama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

4. Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri. Melahirkan cinta kepada Allah di atas cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayang-bayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh mahluk. Inilah darjat para Nabi, diatas itu derajat para Rasul dan diatasnya lagi derajat para rasulul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah derajat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab beliau mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5. Perhubungan musyahadah (menyaksikan) dan ma’rifat (mengenal) Allah s.w.t. Penglihatan kalbunya terarah kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatNya. Kesadaran dan penglihatan kalbunya berkelana di taman ma’rifatullah (pengenalan Allah yang paling tinggi). Barang siapa ma’rifat kepada asma-asma Allah, sifat-sifat dan af’al-af’al Allah dengan penyaksian dan kesadaran yang mendalam, niscaya akan dicintai Allah.

6. Menghayati kebaikan, kebesaran dan nikmat Allah lahir dan batin akan mengantarkan kepada cinta hakiki kepadaNya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah s.w.t. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan menghantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7. Ketertundukan hati secara total di hadapan Allah, inilah yang disebut dengan khusyu’. Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengembalikan kepada cinta Allah yang hakiki.

8. Menyendiri bersama Allah ketika Dia turun. Kapankan itu? iaitu saat sepertiga terakhir malam. Di saat itulah Allah s.w.t. turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepadaNya dengan melaksanakan solat malam agar mendapatkan cinta Allah.

9. Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah, maka iapun akan mendapatkan cinta Allah s.w.t.

10. Menjauhi sebab-sebab yang menghalangi komunikai kalbu dan Al-Khaliq, Allah subhanahu wataala.

Wednesday, April 1, 2009

Memusuhi Ulama Bererti Memusuhi Allah

http://presiden.pas.org.my
Orang yang bermusuh dengan para ulama adalah bermusuh juga dengan Allah SWT. Apabila seseorang itu berseteru dengan orang yang menjalankan kerja-kerja menegakkan hukum Allah SWT, maka itulah maknanya orang itu bermusuh dengan Allah.

Firman-Nya menerusi ayat 98 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasuk-rasul-Nya, khasnya malaikat Jibrail dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana Sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir."

Ayat ini terang dan jelas menunjukkan bahawa orang yang menentang Allah, ulama-ulama Islam yang membawa ajaran Islam yang sebenarnya adalah kafir di sisi Allah SWT.

Oleh kerana itulah mengikut apa yang disebut di dalam kitab-kitab yang membahaskan tentang masalah akidah, antara perkara yang membolehkan seseorang itu menjadi kufur ialah bermusuh dengan Allah atau bermusuh dengan wali-wali Allah atau bermusuh dengan orang yang menyebarkan ajaran Allah di atas muka bumi ini. Bermusuh dengan mereka semata-mata merana mereka mahu menegakkan amaran keras, bahawa sesungguhnya Allah bermusuh dengan orang-orang kafir.

Ini bermaksud barang siapa yang bermusuh dengan Allah, bermusuh dengan para pemimpin yang menyebarkan ajaran-ajaran-Nya, bermusuh dengan Rasul-rasul Allah, Jibrail dan malaikat Mikail serta malaikat yang lain adalah kafir kerana amarah Allah di dalam ayat tersebut.

Oleh kerana itu, kamu hendaklah sedar dan faham bahawa apabila kamu berseteru dengan Allah SWT dan menentang-Nya, maka mereka juga akan ditentang.Kita minta berlinding dengan Allah SWT daripada yang demikian itu, agar Allah SWT menjadikan kita ini termasuk di kalangan pengikut agama-Nya, di kalangan 'Jundullah' (tentera-tentera Allah) dan Allah Taala jadikan kita ini, pemimpin-pemimpin yang menjalankan ajaran-Nya serta menegakkan hukum-Nya bukan pemimpin yang mahu mencari keredhaan manusia semata-mata, tetapi mencari keredhaan Allah SWT.

Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

"Patutukah (Mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

"Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang menegaskan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya)."

Ayat-ayat yang dibaca sebagaimana maksudnya yang tersebut dalam siri yang lalu, masih lagi menceritakan tentang perangai orang-orang Yahudi Bani Israil di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut kaedah ilmu tafsir, iktibar atau pengajaran itu diambil daripada lafaz yang umum bukan dari sebab-sebabnya yang khusus.


Iktibar dari sikap degil Bani Israil

Oleh itu, ayat-ayat ini hendaklah diambil iktibar oleh setiap orang Islam khususnya dan mereka umumnya agar mereka tidak berperangai seperti Yahudi dan inilah tujuannya. Memang orang Yahudi sukar untuk membaca ayat al-Quran, orang Islamlah yang bertanggungjawab membacanya, maka kita bertanggungjawab juga mengambil iktibar dari apa yang dibaca. Di dalam ayat 99 surah al-Baqarah Allah SWT menyatakan yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.."

Itu semua adalah tanda-tanda alamat yang nyata, bahawa Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya seorang Rasul dan Nabi SWT. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada Nabi-Nya ayat-ayat yang nyata dan terang serta tidak mengkafirkan dengannya melainkan orang-orang yang fasik.

Di dalam ayat tersebut, Allah SWT tidak mengatakan melainkan orang-orang yang kafir. Bagaimanapun orang kafir itu memang fasik juga atau dengan kata lain, sifat itu memang ada pada orang kafir. Tidak akan ingkar dengan tanda-tanda Allah SWT lahirkan kepada Nabi Muhammad itu melainkan oleh orang-orang yang fasik.

Orang yang jahat sahaja yang mengkafirkan dan tidak percaya dengan tanda-tanda serta ayat-ayat yang dinyatakan oleh Allah, menjadi bukit kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Di antara orang-orang yang fasik itu ialah orang Yahudi Bani Israil yang duduk di Madinah dan mereka melihat perangai dan batang tubuh Nabi serta tahu juga tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman." Ayat 100 surah al-Baqarah.

Sebagaimana Allah menyatakan di dalam ayat-ayat yang lalu, Allah pernah membuat perjanjian dan materaikannya dengan cara yang dasyat seperti menurunkan petir sehingga mereka semua mati dan mereka itu hidup semula kemudian barulah mereka percaya dengan perjanjian itu.

Allah SWT pernah mengangkat bukit Tun Saina' di atas kepala mereka di mana Allah SWT mahu memateraikan perjanjian dengan orang Yahudi dengan mengangkat bukit itu di atas kepala mereka barulah mereka beriman kepada Allah.

- daripada buku : 'Umat yang dimurkai', Kuliyyah Tafsir surah al-Baqarah dari ayat 22 hingga 107, muka surat 167 hingga 172 -