Wednesday, May 20, 2009

Adab Berpakaian Muslimah



Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimahmenyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:



  • Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan keduatelapak tangan.


  • Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.


  • Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis atau jarang,yang membolehkan mata menembusi bayangan tubuh perempuan itu.


  • Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.


  • Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: "Mana-mana wanitayang memakai wangi-wangian dan kemudianberjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina."



  • Tidak menyerupai pakaian lelaki,yaini seperti seluar jeans dan t,shirt ketat yang lumrah di pakai oleh kaum laki-laki.


  • Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir,yang mendedahkan di bahagian hadapan dadanya,bertudung,tapi tidak menutupi di bahagian dadanya.


  • Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti.


Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya:

"Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian

membakarnya dengan api neraka."



Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanitamuslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat di atas.



Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu berhasrat menjadi seorang muslimah sejati, dan mengharapkan ganjaran Allah di alam akhirat yang kekal abadi,



Syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah:



"Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu." (Al-Baqarah: 185)



Mungkin boleh ambil pengajaran drpd kata-kata Rasulullah ini:



Atas sebab itu dalam soal menutup aurat ini, Rasulullah dengan tegas mengingatkan bahawa, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan melentuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.



Oleh itu, sekadar bertudung semata-mata kerana kehendak semasa bukan kerana kesedaran atas tanggungjawab sebagai seorang muslimah, masih belum mencukupi,yang mereka telah menutup aurat.



Ia hakikatnya betudung adalah satu langkah ke arah untuk mewujudkan jati diri sebenarnya mereka sebagai muslimah. Justeru itu, selagi masa masih ada dan di saat Allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk membentuk diri menjadi muslimah sejati maka rebutlah kesempatan yang suntuk ini.



Janganlah menganggap bahawa masa sentiasa ada untuk kita bertaubat dan kembali ke jalanAllah. Ingatlah kematian yang menjemput manusia tidak mengira umur, masa dan ketika.



No comments:

Post a Comment