Alhamdulillah, setelah sekian lama tak update blog, dapat juga saya kembali untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa bersama teman-teman. Rindu benar untuk mengisi input-input dan maklumat terkini di dalam blog saya ini. Walaupun sibuk dengan musim peperiksaan yang sedang dijalankan, mudah-mudahan Allah bagi kesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat.
Pertama sekali ingin saya perkatakan berkenaan dengan isu di Negeri Perak Darul Ridzuan yang sekian bulan tak 'tenteram'. Sedih. Walaupun saya anak jati Negeri Kedah, sebagai rayat Malaysia saya rasa sangat malu dengan pelbagai peristiwa yang terjadi beberapa minggu lalu. Paling memeranjatkan ialah berkenaan Sidang DUN yang penuh dengan kekecohan dan penuh dengan 'aksi-aksi' yang memualkan dan memalukan.
Dimanakah sikap dan sifat pemimpin-pemimpin kita sekarang sepeti tidak beretika sahaja. Sedangkan mereka adalah pilihan rakyat serta menggalas tanggungjawab besar untuk agama, bangsa dan negara. Tiada toleransi, tiada kerjasama, tiada integriti, tiada maruah, tiada etika kerja dan tiada...
Saya sangat tertanya-tanya sampai bila 'aksi-aksi' ini akan berakhir. Kesian rakyat Perak seperti dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin yang tamak dan gila kuasa untuk merebut jawatan. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan harmonis. Ini semua harapan rakyat Malaysia.
Kemudian saya juga ada mengisi ruangan blog dengan artikel-artikel berkaiatan dengan muslimah antaranya cara berpakaian dan sebagainya. Sedih, makin ramai, memang makin teruk, memalukan, sudah tidak ada malukah wahai saudari-saudariku yang dihormati dan disayangi? etika berpakaian yang mendedahkan sana sini seperti mendedahkan dan meruntuhkan marauh sendiri dikhalyak umum. Tika berbicara soal maruah dan malu bukan main mempertahankan, tapi leka dan lalai dengan diri. Punca kes rogol dan sumbang mahram bermula dengan penampilan ala keyahudian dan kenasranian ini. Sedarlah wahai teman-teman seagamaku. Semoga Allah memberi hidayah kepada kalian.
Kepada muslimah yang beristiqamah dengan etika berpakaian yang telah digariskan oleh baginda Rasul, Alhamdulillah, tahniah, semoga kekal serta dipelihara Allah agama, maruah dan malunya. Amin.
Bilangan yang seterusnya ialah saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru, ustaz ustazah, sir teacher dan kawan-kawan yang mengajarku. Walaupun telah berlalu beberapa hari lepas, saya rasa masih sempat untuk mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga ini kepada guru yang senantiasa ikhlas dan setia menagajar anak muridnya.
Kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling terutama Ustaz Shamsuri (Ust Sham-Ketua Warden) saya mewakili teman-teman ingin mengucapkan Selamat hari guru dan kami sentiasa mendoakan kesejahteraan ustaz.
Semoga blog ini dapat memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk terus berkongsi dan belajar menulis sesuatu yang baharu. Segala kesilapan amatlah dikesali. Ribuan kemaafan kepada semua.
Sekian , Salam Sayang untuk semua.

No comments:
Post a Comment