Saturday, February 13, 2010

Malaysia Hebat!

Model Jet F50 (Enjin Hilang)





Kapal Selam Kebanggaan Negara!






Beli kapalterbang, tak boleh terbang. Beli kapal selam, tak boleh selam.

Isu Royalti: Menteri Takut Nak Berdebat

PENGUMUMAN PENANGGUHAN PROGRAM DEBAT ROYALTI PADA 13 FEBRUARI DAN KEMPEN MENGIBARKAN BENDERA KELANTAN SEMPENA MENJELANG HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin memaklumkan bahawa Debat Royalti Petroleum yang dijadualkan pada 13 Februari 2010 di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu telah ditangguhkan kerana kami selaku penganjur tidak menerima pengesahan kehadiran daripada dua orang ahli panel yang dijemput.

YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato Mustapha Mohamad, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato Seri Nazri Abdul Aziz, yang dijemput sebagai ahli panel debat belum mengesahkan kehadiran sehingga ke hari ini. Surat jemputan ke program ini telah dihantar dan pegawai-pegawai di pejabat Yang Berhormat berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan debat.

Walau bagaimanapun, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato Haji Husam Musa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub masing-masing telah mengesahkan untuk hadir ke debat tersebut.

Walaupun ditangguhkan, GEGAR akan berusaha untuk menjayakan program debat seperti ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai tarikh baru debat setelah mendapat persetujuan kehadiran daripada ahli-ahli panel.

Sementara itu, berikutan dengan keprihatinan dan komitmen ramai rakyat Kelantan kepada tuntutan royalti petroleum, GEGAR merayu dan memohon seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira di mana pun mereka berada untuk:

MENGIBARKAN BENDERA NEGERI KELANTAN di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac 2010 untuk tujuan:

1. Menandakan sokongan terhadap tuntutan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum seperti mana perjanjian tahun 1975 yang telah dimeterai.
2. Menandakan sokongan rakyat Kelantan dalam mendokong semangat Persekutuan Malaysia; dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan hendaklah diberikan hak-hak menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai.

3. Bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi, rakyat Kelantan menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan terus berdoa agar Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmah dan inayah-Nya kepada DYMM Sultan Kelantan.

Yang benar,

Dr Abdul Halim Bin Yusof
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah

Pengerusi Bersama
Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat

Kota Bharu
10 Februari 2010

Friday, February 12, 2010

Tazkirah: Nikmat Iman Dan Islam


Al Muhaddith Prof Dr Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani dan anak muridnya Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin al Maliki..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Nikmat Iman, Islam dan Nabi Muhammad s.a.w

Segala puji bagi Allah s.w.t yang tetap memberikan nikmat Iman, Islam dan Ihsan kepada pada hambanya benar-benar telus menyakini keesaan Allah s.w.t.. Nikmat inilah merupakan kurniaan terbesar daripada Allah s.w.t kepada Ummah akhir zaman ini.. Begitu juga nikmat yang besar.. Dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada Ummah akhir zaman iaitu kurniaan kelahiran Muhammad Rasulallah s.a.w.. Sebaik-baik makhluk yang pernah berjalan di muka bumi ini.. Mulia tanah suci Madinah Al Munawwarah kerana manusia agung ini..

Hadirnya insan mulia ini di atas keizinan Allah s.w.t.. Mekah telah bertukar daripada penghambaan kepada makhluk kepada Pencipta Makhluk yang hakiki.. Bercahaya bumi Mekah yang dahulunya digelap dengan hijab penyelewengan akidah manusia.. Rasulallah s.a.w menyuluh sanubari jiwa penduduknya dengan wahyu daripada Allah s.w.t.. Al Quran, petunjuk Cahaja Jalan Yang Lurus yang dihiasi dengan sinar Sunnah kehidupan Rasulallah s.a.w

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Kerana itulah, sewajibnya Ummah Islam sentiasa mengingati nikmat terbesar yang dikurniaan Allah s.w.t ini.. Lazimilah puji-pujian mulia yang menunjukkan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t.. Disebut dan diulangi zikir-zikir kepada Rabbi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t samada di dalam solat mahupun di luar solat..

Ingatlah sejarah silam manusia itu.. Dahulunya manusia saling bermusuh-musuhan.. Perang yang tidak kesudahan.. Sengketa berpanjangan.. Kemudian Allah s.w.t jatuhkan ke dunia ini dengan satu nikmat agung kepada manusia iaitu menjadikan kamu bersaudara samada manusia itu Bangsa Arab atau Ajam.. Nikmat ini adalah berasaskan kelahiran baginda s.a.w ke alam ini lantaran itulah Rasulallah s.a.w disebut pembawa rahmat keseluruh Alam..

Bersyukurlah dengan kurniaan Allah s.w.t ini.. Allah s.w.t memllih kita sebagai sebagai Ummah Muhammad s.a.w.. Ummah inilah Ummah yang terbaik yang disebut oleh Allah s.w.t kerana Ummah ini menyeru kepada makruf, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.t..

Muslimin dan Muslimat,

Namun malangnya kini, ramai Ummah Islam tidak lagi merasai ataupun menyedari bahawa nikmat iman dan islam itu sebagai suatu nikmat yang agung.. Mereka merasakan nikmat itu hanya diperolehi dengan keduniaan yang melngkari hidup mereka sahaja.. Sehingga ada yang tidak menghargai akan nikmat iman dan islam.. Maka ketahuilah, amat malang dan membimbangkan sekiranya kelak Allah s.w.t menarik kembali semua nikmat itu dan mati mereka itu dalam keadaan kekufuran.. Inilah merupakan sebesar azab yang bakal menimpa manusia sekiranya tidak menghargai nikmat Iman dan Islam..

Takutilah akan hari akhirat.. Ramai di antara kita yang leka dan lena dengan kehidupan dunia ini sehinggakan tidak pernah langsung di dalam pemikiran akan Hari Akhirat yang bakal terjadi.. Sekiranya ditanya kepada kebanyakkan Ummah Islam pada hari ini akan kematian terutamanya kepada pemuda dan pemudi.. Semua akan mengelak daripada membincangkannya.. Mereka menjadikan pembincangan kematian itu sebagai satu perkara yang ganjil untuk dibincangkan.. Sedangkan Rasulallah s.a.w menyebut bahawa mereka yang paling cerdik merupakan mereka yang paling banyak mengingatkan aka kematian..

Sering juga kedengaran muda mudi yang sering mempermainkan persoalan agama.. Ketaatan dan larangan dipermainkan.. Sebagai contoh, mereka mengangkap ketaatan itu sebagai suatu perkara yang remeh dan melemaskan..

Tidak sesuai untuk dipraktikkan dan sebagainya.. Aurat contohnya, lihatlah persekitaran anda sahaja.. Cuba bandingkan Ummah Islam yang sempurna auratnya dan yang tidak sempurna auratnya ditutupkan.. Pasti kalian sendiri mampu memikirkannya.. Lihatlah bagaimana ramai muda mudi yang merasa megah dan bangga mempamerkan aurat ataupun maruah mereka sendiri.. Mengapa semua ini berlaku?.. Fikirkanlah.. Inilah keadaan yang akan berlaku sekiranya nikmat Islam dan Iman itu tidak dihargai..

Ada yang merasakan aurat itu merupakan suatu perkara yang remeh.. Mengapa Islam itu menitikberatkan permasalahan aurat itu?.. Allah s.w.t mensyariatkan untuk menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.. Masalah aurat menyebabkan pandangan manusia itu tidak terpelihara.. Apabila pandangan tidak dipelihara.. Maka, akan rosaklah muda mudi.. Zina, rogol dan sebagainya akan berleluasa.. Filem prono akan menjadi santapan muda mudi.. Masalah sosial akan bertambah.. Apabila pemikiran muda mudi dipaksikan kepada panangan nafsu amarah semata..

Maka, akan lenyaplah bakat-bakat kepimpinan yang sepatutnya digilap di usia Muda.. Maka, Ummah Islam mengalami kerugian yang amat besar.. Kehilangan pelapis generasi pemimpin di masa hadapan.. Ketumpulan kepimpinan di masa hadapan akan menyebabkan kebantutan perkembangan Ilmu dan pengatahuan terutamanya Ilmu Islam itu sendiri.. Akhirnya, nikmat Islam dan Iman akan tercabut dengan sendirinya dalam diri Ummah Islam..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Sebagai akhirnya, takutilah Allah s.w.t.. Sekiranya nikmat Iman dan Islam ini terangkat daripada dada kalian maka ketahuilah.. Sia-sia kehadiran kita di atas muka bumi ini dan yang paling ditakuti ialah kehidupan di akhirat kelak yang kekal dan abadi.. Adakah kita terus menerus mahu hidup di dalam seksa selamanya?.. Ketahuilah, Hidup di Akhirat itu kekal abadi.. Apakah kita mahu hidup kekal dalam penyiksaan?.. Fikirkanlah..


Sekian, terima kasih..

Al Faqir Ila Allah..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Thursday, February 11, 2010

Datuk Seri Zaharin Keluar PKR

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim sebentar tadi mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil Bebas berkuatkuasa hari ini. Dalam sidang sidang akhbarnya di sini, beliau berkata keputusan itu dibuat kerana kesal dengan kepemimpinan Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sentimen Perkauman: Serlahkan Kebodohan Mereka

Ketika masyarakat Cina sibuk membuat persiapan terakhir sambutan tahun baru mereka pada Ahad ini, kerajaan Pulau Pinang pula bertungkus lumus cuba meredakan ketegangan isu perkauman di negeri itu.

Kerajaan negeri sejak minggu lalu 'diserang bertubi-tubi' oleh Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

sedaq protest against penang government 050210 ibrahim ali speech 03Kedua-dua pertubuhan itu mendakwa kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang meminggir dan menindas orang Melayu.

Bagi menangkis tohmahan berkenaan, kerajaan Pulau Pinang dalam proses untuk mencetak 10,000 risalah bagi menerangkan keadaan sebenar tetapi belum diketahui bila ia dapat diedarkan.

Kerajaan Pulau Pinang juga akan mengadakan perhimpunan di dua kawasan majoriti Melayu beberapa hari sebelum tahun baru Cina meskipun lazimnya aktiviti politik mula lesu sempena sambutan itu.

Perhimpunan pertama akan diadakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya esok manakala perhimpunan kedua pula akan diadakan di Permatang Pasir Sabtu ini.


'Wanita dan kanak-kanak dicabuli'

Ini bukan kali pertama kerajaan Pulau Pinang dikecam oleh kumpulan berkepentingan Melayu.

Malah, tohmahan yang sama dilemparkan ketika parti Gerakan menerajui negeri itu dengan dakwaan masyarkat Melayu, yang merupakan kaum kedua terbesar di negeri ini, terus dipinggirkan.

sedaq protest against penang government 050210 burn guan eng puppet 02Namun beberapa kenyataan terbaru daripada presiden DPMPP, Rizal Faris Mohideen yang mendakwa pihak berkuasa cenderung bertindak ke atas penjaja kecil Melayu berbanding Cina, dianggap berbaur perkauman melampau.

"Demonstrasi Jumaat lalu adalah permulaan kecil dan kita akan menghimpunkan lebih ramai NGO pada peringkat nasional dan menamatkan kezaliman serta keganasan ke atas bangsa Melayu di Pulau Pinang.

“Kita tidak akan membiarkan mereka datang ke rumah kita dan mencabuli isteri dan anak-anak kita. Kita akan lawan. Jika tidak dibendung dia (Lim Guan Eng) akan bertambah teruk.

sedaq protest against penang government 050210  02"Kami akan menentang pembohong ini yang bersembuyi di sebalikskirt. Dia tidak sesuai untuk Pulau Pinang dan seharus melepaskan jawatannya untuk diterajui oleh anak Pulau Pinang yang boleh melakukan tugas dengan lebih baik,” kata Rizal, menurut versi internet penerbitan The Edge.

Rizal juga memberi amaran pertelingkahan kaum seperti yang tercetus di Kampung Rawa pada 1998 akan berulang jika masalah yang dihadapi oleh orang Melayu tidak diselesaikan.

Wednesday, February 10, 2010

Bapa Kehakiman: Prof Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim (Siri 2)

Kejayaan Tan Sri Ahmad Ibrahim Sebagai Seorang Pelajar dan Ahli Akademik

Allahyarham menerima pendidikan awal di Sekolah Victoria Bridge, Singapura dan menyambung pendidikan menengahnya di Raffles Institution, Singapura. Beliau menerima anugerah “Queen’s Scholarship” yang membolehkannya menyambung pelajaran di England. Beliau diterima untukbelajar di St. John’s College, Cambridge dan di Middle Temple, London. Semasa belajar di kedua-dua buah institusi pengajian tinggi ini beliau telah menerima pelbagai anugerah kerana kecemerlangannya dalam akademik. Antaranya seperti:

  • B.A. (London) 1935, Queen’s Scholar, 1935
  • B.A. (Cantab) 1939, 1st Class Economics Tripos I and 1st Class Law Tripos II, University of Cambridge
  • Exhibitioner and Scholar of St. John’s College, Cambridge
  • George Long Prize for Roman Law and McMahon Law Student, St. John’s College, Cambrige
  • Certificate of Honour, Bar Final Examination, Middle Temple, London 1941
  • M.A. (Cantab) 1962, Cambridge

Tan Sri Ahmad Ibrahim turut menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang (LL.D) daripada University of Singapore pada Jun 1965.

Oleh kerana kehebatan beliau dalam bidang undang-undang, ramai para sarjana undang-undang telah memberi gelaran “The Walking Encyclopedia” kepada beliau. Gelaran ini dengan sendirinya dapat menceritakan betapa hebatnya penguasaan ilmu di dada Tan Sri Ahmad Ibrahim dan betapa hormatnya komuniti pengamal undang-undang terhadap beliau sehingga beliau dianggap sebagai pakar rujuk mereka.



Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Peristiwa Natrah

Natrah Bersembunyi Di Belakang Che Aminah, Enggan Dimurtadkan

Natrah Bersembunyi Di Belakang Che Aminah, Enggan Dimurtadkan

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Tan Sri Ahmad Ibrahim merupakan orang yang terlibat secara langsung di dalam peristiwa Natrah yang berlaku pada Disember 1950. Beliau adalah peguam yang mewakili Che Aminah iaitu ibu angkat Natrah. Walaupun Tan Sri Ahmad Ibrahim dan Sardon Jubir (Allahyarham Tun) sebagai barisan peguam Che Aminah dan Mansor Adabi telah berjaya dalam perbicaraan pertama, namun dalam perbicaraan kedua pada 20 Disember 2009, hakim memutuskan bahawa Natrah (Maria Hertogh) telah diserahkan kembali kepada kedua ibu bapa kandungnya di Belanda.

Natrah dan Mansor Adabi

Natrah dan Mansor Adabi

Keputusan hakim British ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam di Singapura dan Tanah Melayu. Mereka bangkit menentang keputusan tersebut dengan berarak di jalan-jalan raya. Rusuhan yang terjadi kerana ingin mempertahankan aqidah seorang gadis Muslim ini telah mengakibatkan seramai 18 orang syahid (InsyaAllah) sementara 173 orang yang lain cedera. Para pemimpin yang membangkitkan semangat jihad umat Islam seperti Karim Ghani dan Dr. Burhanuddin al-Helmy yang merupakan presiden PAS telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). A.M.Majid yang telah mengeluarkan belanja untuk membiayai perbicaraan bagi mempertahankan aqidah Natrah menjadi amat kecewa. Keputusan hakim yang mengadili perbicaraan Natrah jelas merupakan campurtangan mahkamah penjajah terhadap hal ehwal umat Islam. Perkahwinan Natrah dengan Mansor Adabi dianggap tidak sah kerana pada masa itu Natrah hanya berusia 13 tahun sedangkan mengikut undang-undang British dan Belanda, perempuan hanya dibenarkan berkahwin pada usia 18 tahun. Akibatnya Natrah diperintahkan diceraikan daripada suaminya dan dibawa balik ke Belanda oleh ibu bapanya.

Rusuhan Bagi Mempertahan Aqidah Seorang Wanita Islam

Rusuhan Bagi Mempertahan Aqidah Seorang Wanita Islam

Orang yang paling kecewa dan paling terpukul dengan keputusan ini tentunya peguam Ahmad Ibrahim. Pukulan yang amat berat dan kekecewaan yang besar ini menjadi suatu pendorong bagi beliau untuk berjuang sehingga ke akhir hayatnya bagi memartabatkan sistem perundangan syariah dan mahkamah syariah. Bagi beliau undang-undang Islam merupakan undang-undang yang paling baik kerana ia diturunkan oleh Allah yang bersifat Maha Mengetahui, Maha Adil. Hasil kesungguhan beliau itulah maka perkara 121(1A) telah digubal dan menjadi benteng dan perisai yang ampuh terhadap tangan-tangan jahat yang cuba meminta campurtangan mahkamah sivil terhadap keputusan-keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah seperti peristiwa Natrah. (sila lihat surat menteri-menteri bukan Islam kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Surat berkenaan jelas meminta Perkara 121(1A) ini dikaji). Pertubuhan seperti Sisters In Islam (SIS), yang sebenarnya Sisters In Satan, juga jelas berjuang bersungguh-sungguh agar undang-undang syariah dihapuskan (semoga mereka mendapat hidayah daripada Allah).

Semoga Allah melimpahkan rahmatnya terhadap roh Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim dan menempatkan beliau dikalangan hamba-hambanya yang soleh. Jasa-jasa beliau dan sifatnya yang menggunakan ilmu untuk kebaikan umat Islam tidak dapat dibalas oleh manusia, hanya Allah yang dapat membalasnya. ALFATIHAH!

Wassalam.


Bapa Kehakiman: Prof Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim (Siri 1)

Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim

Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim

Tan Sri Ahmad Ibrahim merupakan contoh terbaik seorang individu yang menggunakan sepenuh ilmunya untuk penambahbaikan kehidupan umat Islam. Beliau yang berasal daripada keluarga yang kuat mengamalkan cara hidup Islam telah lahir di Singapura. Ayahnya adalah seorang pengamal perubatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan Islam. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pensyarah di Singapura dan Universiti Cambridge

Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan yang berkaitan dengan undang-undang di Singapura seperti majistret, Hakim Daerah, Pensyarah Undang-undang, Peguambela dan peguamcara, Ahli Majlis Perundangan, Peguam Negara, Duta ke UAE dan perunding utama dalam aspek undang-undang sewaktu Tanah Melayu dan Singapura hendak disatukan dalam Malaysia.

Allahyarham telah dilantik sebagai Profesor Pengajian Undang-undang di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya dari tahun 1969 hingga 1972, Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya dari tahun 1972 hingga 1983, Profesor Emeritus Universiti Malaya pada tahun 1984 dan jawatan terakhirnyaadalah sebagai Shaikh dan Dekan Kulliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari tahun 1983 hingga 1999.

Beliau merupakan pengasas kepada penubuhan 2 buah Sekolah Undang-undang terkemuka iaitu Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya dan Kulliyyah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Minat beliau amat mendalam dalam pengajian perbandingan antara undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Minat dan cita-cita bagi mewujudkan pengajian dalam perbandingan antara 2 undang-undang ini tercapai melalui UIAM. Di UIAM. Allahyarham berpeluang luas untuk menggubal dan melaksanakan sebuah sistem pembelajaran yang berinteraksi antara undang-undang sivil dan syariah di Kulliyyah Undang-undang. Hasil perjuangan beliau, sistem perundangan syariah telah diterima dan diiktiraf sebagai berperanan penting dalam sistem perundangan Malaysia. Beliau juga cuba untuk menerapkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai syariah dalam sistem undang-undang sivil Malaysia melalui pendekatan perbandingan.


Allahyarhamlah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai pembaharuan di dalam sistem undang-undang sivil dan syariah di Malaysia dan Singapura. Jasa beliau yang paling besar dalam mengangkat dan menaiktaraf undang-undang syariah adalah penggubalan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Fasal (1A). Fasal (1A) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Melalui Fasal (1A) ini, bidang kuasa kedua-dua mahkamah itu, telah ditetapkan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan.Ini bermakna, Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam Senarai 1, Jadual Kesembilan sementara Mahkamah Syariah pula adalah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes melibatkan perkara yang dinyatakan dalam Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Ahmad Ibrahim juga berusaha untuk menjadikan aplikasi undang-undang Islam lebih mudah. Beliau pernah terlibat dengan pelbagai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri bagi mengubah dan menaiktaraf organisasi Mahkamah Syariah dan melakukan penambahbaikan kepada undang-undang syariah yang diperkenalkan semasa era penjajahan British.

Tan Sri Ahmad Ibrahim adalah seorang Muslim yang benar-benar mengikuti jejak para ulama Islam silam dari segi kepintaran dalam membahagikan masa. Beliau amat jarang berbual kosong dalam sesuatu mesyuarat tetapi hanya membincangkan hal-hal yang penting dan berkaitan sahaja. Beliau juga jarang membatalkan kuliahnya semata-mata untuk menghadiri mesyuarat kerana beliau amat berminat mengajar. Kejayaan beliau dalam hidup kerana kepatuhannya terhadap amalan Islam.

Tan Sri Ahmad Ibrahim adalah seorang yang merendah diri, penyayang dan penyabar apabila berurusan dengan rakan sekerja dan para pelajarnya. Beliau sentiasa berwuduk, yang menurutnya dapat menghindarinya daripada penyakit. Beliau menganggap kerja yang dilakukannya adalah ibadah, sesuai dengan tuntutan Islam. Semua tanggungjawab yang dipikulkan ke bahunya dianggap sebagai amanah.

Sebelum beliau meninggal dunia, Tan Sri Ahmad Ibrahim sempat meninggalkan sebuah lagi khazanah ilmu buat umat Islam. Beliau berjaya menyiapkan bukunya yang terakhir berjudul ‘Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia’ beberapa hari sebelum meninggal dunia.

BERSAMBUNG

Bahagian kedua akan menyorot mengenai kejayaan-kejayaan beliau, sebab-sebab beliau berusaha bersungguh-sungguh memperkenalkan Perkara 121(1A), gelaran terhadap beliau yang diberi oleh para sarjana undang-undang dan peranan beliau dalam peristiwa Natrah pada tahun 1950.

SUMBER RUJUKAN:

Laman Web Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di http://www.iium.edu.my

Laman Web Institut Kefahaman Islam Malaysia di http://www.ikim.gov.my/ahmadibrahim/index

Fatini Yaacob, Perbicaraan kedua memisahkan Natrah, di http://www.mesra.net/forum/index.php

Tuesday, February 9, 2010

Novel Sejarah Islam : Imam Syafie Pejuang Kebenaran


Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak.

Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.

Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.



Mohamadazhan: Kisah pejuangan Imam Syafie mengajar kita akan erti kesabaran, keikhalasan, ketabahan, kesungguhan, istiqamah dalam mencari ilmu dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Ana sudah mengikuti bacaan novel PTS sejak mula2 keluarannya, ana dapat rasakan perbezaan dari segi penyampaian mesej yang lebih terkesan kepada hati apabila membaca novel kisah imam besar, Imam Syafie r.a, semoga novel ini dapat membantu kita membina jiwa dan rohani untuk mencontohi beliau sebagai mujadid ulung.

Monday, February 8, 2010

Kalah Bukan Tanda Menyerah Tapi Penuh Hikmah Disebaliknya...


Salam sayang untuk para sahabat yang dikasihi,

Sekali pun tewas, bukan tanda kekalahan yang mutlak tetapi permulaan yang lebih bermakna untuk terus cekal dalam medan politik demi menegakkan yang hak dan menentang yang mungkar.

Demi Allah kita perlu terus tingkatkan usaha dan memperbaiki niat dan keazaman dalam mengejar redha Allah semata2 dalam melayari pengorbanan ini. Salam perjuangan untuk sekalian sahabatku. Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.


“tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak-Nya”,


Rasulullah SAW bersabda lagi maksudnya:


“Apabila Allah menyayangi hamba-Nya maka dia diuji agar Allah mendengar rintihannya (dengan kerendahan diri).” (Riwayat Al Baihaqi)

“… Boleh kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak”. QS Al Baqarah 2 : 216

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung”. QS Al Imran 3 : 200

“Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : “Cukuplah Allah bagiku ; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung “. QS At Taubah 9 : 129

“Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamu adalah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”. QS Al Imran 3 : 139

“Dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”. QS Yusuf 12 : 88


Nizar vs Zamry: Pesanan YB Nizar Untuk Semua.


Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!

Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

Sunday, February 7, 2010

Tok Guru: Kesal Blogger UMNO Tiada Moral!

Salmah Mat Husain & Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.

(Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis)

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.

Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut.



Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan.

Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.

“Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.

“Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan,” tegasnya.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju.

Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini.

“Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya.

Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.

Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya.

“Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya.

“Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.

Friday, February 5, 2010

Pesanan Imam Syafie Tentang Nilai Persahabatan



Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.

Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri. Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati. Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit. Sahabat sejati pada waktu susah. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia. Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. Menghormati orang lain.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. Menghadapi musuh.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Tipu daya manusia. Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. Tempat menggantungkan harapan. Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik. Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Demo Anti Guan Eng

Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.


Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan), menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.

Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".

Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.


Wednesday, February 3, 2010

Pegawai Khas Najib Biadap!


Sekurang-kurang 12 laporan polis dibuat ke atas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka, semalam.

NONEMenurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin, semua 12 laporan itu dibuat di seluruh negara dan beliau memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan.

Ditanya samada Nasir akan ditahan atau diheret ke mahkamah berhubung kenyataannya itu, Mohd Bakri berkata adalah terlalu awal untuk mengulas sementara siasatan dijalankan.

“Biar kami menyiasat terlebih dahulu. Kami mesti mengumpul semua fakta dan saksi. Hanya selepas itu, kami akan menentukan samada untuk menahannya,” katanya.

Ucapan Nasir di Melaka semalam itu menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.


Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Beberapa jam selepas Malaysiakini mendedahkan berita itu, Pejabat Perdana Menteri pada satu kenyataan malam semalam mengumumkan Nasir akan meletakkan jawatan.

Menurut kenyataan media itu lagi, kenyataan Nasir juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.


Siri Konspirasi Jahat terhadap Anwar Ibrahim

Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi , 19 Disember 2009


Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu.

Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja.

Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008.

Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Kes hairan yang benar-benar pelik

Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur ("HKL") yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu.

Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya "si mangsa"yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.


Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel COncorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619.

Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah.

Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Umum juga telah didedahkan "si mangsa" ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.

Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.

Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan "plastik" yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.

Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, "tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur ..." sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis.

Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.

Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:

”Dalam keadaan ini, apakah beliau ("Anwar") dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?"

Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia.

Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan - laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku "bersalah" hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:

"Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang."


Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.

Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi (Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.

Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela.

Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.

Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini

Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.

Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.

Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.

Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.

Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan.
Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.

Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil

Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.

Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.

Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.

Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan.

Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.

Konspirasi politik

Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.

Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.

Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.

rubbertaperz.blogspot.com

Monday, February 1, 2010

Tazkirah: Menyingkap Sirah Umar Abdul Aziz



Hukama’ mengatakan, “Dunia ini didukung oleh empat tiang; kebijaksanaan golongan cendekiawan, keadilan pemerintah, doa orang yang jujur dan kegagahan orang yang berani.” Pepatah ini sememangnya sangat tepat kerana hanya golongan cendekiawan yang bijaksana, pemerintah yang adil, orang jujur yang berdoa serta orang berani yang gagah sahaja dapat memakmurkan dan meneguhkan bumi ini. Selain itu, mereka inilah juga yang membentuk suasana sejahtera – bi’ah salihah/hasanah dalam sesebuah keluarga atau masyarakat.

Sifat-sifat mulia yang ada pada empat golongan ini dimiliki oleh pemimpin agung seperti Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz. Dengan keluhuran peribadinya itulah, Khalifah ‘Umar berjaya memadamkan pemberontakan kaum Khawarij yang sangat ekstrim selain peperangan antara suku yang berlaku sejak sebelum beliau memimpin negara. Khalifah ‘Umar telah berusaha mengadakan sesi dialog secara terbuka dengan kumpulan ini sehingga semua pihak berpuas hati.

Keperibadian Khalifah ‘Umar sendiri dipengaruhi oleh sifat serta akhlak luhur keturunan atau ahli keluarganya dan yang paling hampir ialah bapanya sendiri iaitu gabenor Mesir. Zaman pemerintahan ‘Abdul ‘Aziz merupakan zaman yang gemilang. Beliau telah membina alat pengukur air Sungai Nil dan sebuah jambatan di Teluk Amir al-Mu’minin. Begitu juga beliau berusaha membina semula dan meluaskan Masjid Jami’ `Amru. Manakala di kawasan kota pula dibangunkan kolam air, ditanam pohon-pohon kayu serta tamar dan didirikan masjid-masjid lalu dipindahkan pejabat-pejabat pemerintahan dan Baitulmal ke situ.

‘Abdul ‘Aziz merupakan seorang pemimpin contoh dan seorang yang dermawan. Beliau tidak pernah mengumpulkan kekayaan untuk dirinya sahaja walaupun daerah Mesir itu dapat dijadikan sumber kekayaan peribadinya. Menurut riwayat, beliau telah membelanjakan seluruh harta kekayaannya dan semasa meninggal dunia, ‘Abdul ‘Aziz hanya meninggalkan tujuh ribu dinar sahaja. Ini merupakan jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan kedudukan serta kekayaannya.

Khalifah ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz membesar dan dewasa di kota Madinah. Beliau meriwayatkan Hadith dan berguru dengan sekumpulan sahabat yang pakar dalam bidang tersebut. Antara mereka ialah Anas bin Malik (wafat pada tahun 90H.) – seorang guru yang pernah menjadi makmumnya ketika solat, `Abdullah ibn ‘Umar, bapa saudaranya (wafat pada tahun 74H.) dan ‘Abdullah ibn Ja`far ibn Abi Talib (wafat pada tahun 80H.).

‘Umar ibn ‘Abdil ‘Aziz dilantik menjadi khalifah setelah kemangkatan Khalifah Sulaiman ibn ‘Abdil Malik. Semua rakyat dan pembesar negara berkumpul di masjid. Seterusnya, surat wasiat khalifah pun dibuka lalu diumumkan nama ‘Umar ibn ‘Abdil ‘Aziz. Beliau benar-benar berasa terkejut lalu berkata, “Demi Allah! Ini sama sekali bukanlah permintaanku, sama ada secara rahsia mahupun terang-terangan.” ‘Umar segera menaiki mimbar dan berucap kepada hadirin :

“Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dibebani dengan tugas ini tanpa diminta pendapatku terlebih dahulu. Ini bukan juga atas permintaanku sendiri dan tidak pula berdasarkan musyawarah kaum Muslimin. Sesungguhnya aku kini membebaskan saudara-saudara sekalian daripada bai’at yang terletak di atas bahu saudara semua terhadap diriku. Pilihlah siapa yang kamu sukai untuk dirimu sekalian dengan bebas!”

Amalan demokrasi yang cuba dipraktikkan oleh ‘Umar ini sekali gus mengubah tradisi Bani Umayyah sejak zaman Mu`awiyah ibn Abi Sufyan. Walau bagaimanapun, orang ramai segera bersuara, “Kami telah memilih kamu, wahai Amir al-Mu’minin dan kami telah rela terhadap kamu. Perintahlah kami dengan baik.”

Akhirnya, apabila tiada lagi pencalonan lain yang dikemukakan oleh orang ramai, ‘Umar pun menyampaikan pidatonya. Antara lain katanya :
“Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah kerana taqwa kepada Allah itu adalah penting daripada segala-galanya. Tiada kemuliaan dan kehormatan yang dapat menggantikan ketaqwaan kepada Allah. Beramallah kamu untuk akhiratmu kerana sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, maka Allah s.w.t. akan menjamin bahawa selesailah urusan kehidupan dunianya. Amalkanlah tingkah laku yang baik sewaktu kamu bersendirian, nescaya Allah akan menjadikan tingkah lakumu baik ketika kamu berada di kalangan orang awam.”

“Banyaklah mengingati mati dan sediakanlah bekalan menghadapinya sebelum ia datang menjemput kamu kerana ia boleh mencegah kamu daripada hidup berfoya-foya dengan kenikmatan. Sesiapa yang tidak mahu mengenang nenek moyang yang telah pergi terlebih dahulu sejak zamannya hingga Nabi Adam a.s., ia pasti akan mati dalam keadaan hina.”

“Ketahuilah! Bahawa tindakan mentaati makhluk dalam perkara maksiat terhadap Khalik adalah dilarang. Sesiapa yang mentaati Allah, wajiblah ia ditaati dan sesiapa yang mendurhakai Allah, maka ia tidak harus ditaati. Taatlah kamu kepadaku selagi aku taat kepada Allah. Jika aku mendurhakai Allah, maka kamu tidak lagi harus mentaatiku. Aku mengucapkan kata-kataku ini dan aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar untuk diriku sendiri dan untuk saudara-saudara sekalian.”

‘Umar ternyata terlalu bersedih dan gelisah dengan beban tanggungjawab yang dipikulnya sesudah dilantik menjadi Khalifah. Selesai menunaikan solat, beliau berdoa dan menangis. Kepada isterinya, diadukan bagaimana resahnya beliau mengenangkan beban untuk menguruskan umat Muhammad s.a.w. Katanya, “Aku terfikir tentang nasib orang fakir dan miskin yang kelaparan, orang sakit yang terlantar, orang yang tidak berpakaian, orang yang teraniaya, orang asing yang menjadi tawanan perang, orang tua, keluarga yang memiliki anak yang ramai tetapi hartanya sedikit dan orang lain seperti mereka yang terdapat diseluruh pelosok negeri. Aku mengenang bagaimana Tuhanku akan menanyakan dan memintaku bertanggungjawab ke atas mereka semua pada hari kiamat kelak. Aku takut jika aku tidak dapat memberikan keteranganku.”

Diceritakan bahawa selepas dilantik menjadi Khalifah dan ketika mahu berangkat pulang daripada urusan pemakaman Khalifah Sulaiman, ‘Umar diberikan berbagai-bagai jenis kenderaan khalifah. ‘Umar bertanya, “Apakah ini?” Jawab mereka, “Inilah kenderaan buat khalifah.” ‘Umar berkata, “Haiwanku lebih sesuai bagiku.” Kemudian beliau menjual semua kenderaan tersebut dan wangnya diserahkan kepada Baitul Mal. Begitu juga dengan perhiasan, permaidani dan pengalas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah yang baharu. Semuanya dijual oleh ‘Umar dan wangnya diserahkan kepada Baitul Mal.

Di samping itu, turut diceritakan bagaimana ‘Umar menghadapi masalah kewangan untuk menunaikan haji disebabkan harta kekayaannya telah diserahkan kepada negara untuk kepentingan umum. ‘Umar memberitahu pembantunya, Muzahim, “Aku ingin menunaikan ibadah haji. Adakah kamu mempunyai sesuatu?” Muzahim menjawab, “Ada lebih kurang sepuluh dinar cuma.” “Apakah yang dapat kulakukan dengannya?” ujar ‘Umar. Muzahim terdiam sejenak dan akhirnya berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, bersiaplah! Ssebanyak tujuh belas ribu dinar iaitu sebahagian daripada harta Bani Marwan telah diserahkan kepada kita.”

‘Umar menjawab, “Masukkanlah harta tersebut ke dalam Baitul Mal. Sekiranya ia datang daripada barang yang halal, maka kita telah mengambilnya sekadar keperluan kita dan jika ia datang daripada harta yang haram, maka cukuplah bagi kita apa yang menimpa diri kita.”

‘Umar juga melatih ahli keluarganya supaya turut zuhud sepertinya. Anak beliau sendiri memakai pakaian yang terlalu sederhana; meskipun bersih tetapi koyak, pada hari raya. Kebijaksanaan ‘Umar juga jelas terbukti dalam berinteraksi dan menyelesaikan pertikaian dengan penganut agama lain. Sebagai contoh, ‘Umar telah mengembalikan gereja yang diambil oleh khalifah sebelumnya dan diubah menjadi masjid. Kaum Nasrani yang memaklumi sifat adilnya telah memohon kepada ‘Umar supaya gereja tersebut dikembalikan kepada mereka.

Keadilan dan ketegasan ‘Umar dalam pemerintahannya benar-benar menjadikan rakyatnya hidup aman dan kaya. Yahya ibn Sa’id pernah meriwayatkan, ‘Umar ibn `Abdil Aziz telah mengutusku ke Afrika Utara untuk membahagi-bahagikan zakat penduduk di sana. Aku pun melaksanakan perintah tersebut. Aku mencari golongan fakir miskin untuk kuberikan zakat itu kepada mereka. Akan tetapi ,kami tidak menemui seorang pun dan tiada pula orang yang mahu menerimanya. ‘Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya. Akhirnya, kubeli beberapa orang hamba dengan harta zakat itu lalu kumerdekakan.”

Khalifah yang demikian salih, adil dan menepati ciri pemimpin sejati yang dikasihi Allah, akhirnya wafat kerana diracuni makanannya. Anehnya ‘Umar yang sememangnya mengetahui ketika, di mana dan siapa yang meracuninya itu tidak pula menghukum orang tersebut. Inilah kelebihan firasat orang yang beriman. Menyentuh tentang firasat ini, Rasulullah pernah bersabda, “Takutilah olehmu firasat Mukminin kerana mereka memandang dengan nur Allah.” Beliau hanya memanggil orang tersebut dan bertanya berapakah harga ia diupah untuk meracuni beliau. Wang seribu dinar itu dimintanya bukan untuk mengubati bisa racun tersebut tetapi diberikan kepada Baitul Mal untuk kepentingan umat Islam.

Keimanan dan sifat zuhud ‘Umar sememangnya cukup menakjubkan. Daripada kehidupan yang sedemikian mewah sebelum menjadi khalifah, beliau sanggup meninggalkan semuanya, semata-mata kerana takutkan azab Allah sekiranya beliau cuai menjalankan amanah. Ketika meninggal dunia, harta beliau hanya tinggal tujuh belas dinar sahaja. Ia dibahagi-bahagikan untuk penyelenggaraan pemakamannya iaitu lima dinar untuk kain kafan, dua dinar untuk tanah perkuburannya dan baki sepuluh dinar itulah yang dibahagi-bahagikan untuk sebelas orang anaknya.
Sebagai seorang hamba yang dikasihi Allah, ketinggian darjatnya ditunjukkan oleh Allah untuk dijadikan panduan oleh manusia lainnya. Demikianlah kehebatan seorang manusia agung, seorang hamba Allah yang memperoleh nikmat syurga, hasil keimanan yang kudus hanya kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita dapat berusaha mencontohi akhlak mulianya

Saturday, January 30, 2010

Warga Emas "Kantoi" Judi.



WARGA emas yang ditahan ketika membeli nombor ekor di Bandar Bukit Sentosa, meronta-ronta cuba melepaskan diri daripada penguat kuasa Jais. Warga emas kemaruk nombor ekor bertindak ganas, meronta ketika disoal.

Seorang warga emas berusia 60 tahun bertindak ganas dan meronta-ronta apabila ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan Operasi Judi di kedai ejen nombor ramalan di Bandar Bukit Sentosa, di sini kelmarin.

Pada awalnya, dia cuba menggunakan pelbagai helah termasuk melarikan diri ke keretanya bagi mengelak dicekup pada operasi yang dijalankan selama sejam itu.
Warga emas itu adalah antara enam pelanggan beragama Islam yang ditahan dalam operasi judi yang dijalankan pegawai Jais cawangan Hulu Selangor dan Gombak di dua kedai nombor ramalan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jais cawangan Hulu Selangor, Khairul Hazri Sulaiman, berkata operasi bersepadu menahan penduduk Islam berjudi itu disertai tujuh kakitangan.
Katanya, operasi pertama tahun ini mendapat kerjasama empat pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
"Dalam serbuan pertama di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, kami menahan lima pelanggan beragama Islam kerana membeli nombor ekor.

"Kehadiran pegawai penguat kuasa tidak disedari membolehkan operasi berjalan lancar," katanya kepada Sentral di sini, semalam.Beliau berkata, dalam operasi di premis kedua di Jalan Bunga Kertas di sini, pihaknya menahan warga emas itu yang berasal dari Kampung Sungai Buaya, juga kerana kesalahan sama.

"Beliau bertindak ganas dan mahu melarikan diri apabila disoal siasat. Semua suspek dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa menaiki kenderaan rasmi Jais untuk proses jaminan polis," katanya.
Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 17 (9/95) Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Bersabit kesalahan pesalah boleh didenda RM3,000 atau dipenjarakan dua tahun.
Khairul Hazri berkata, operasi judi akan terus dijalankan mereka mengikut jadual dalam usaha membanteras penduduk Islam berjudi dan mendidik mereka mentaati perintah Tuhan sepanjang masa.

Katanya, beberapa bandar di Hulu Selangor dikenal pasti ‘port’ kaki judi Islam dan memberi jaminan serbuan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Ibu Tunggal Jadi Mangsa Kekejaman Polis

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

sumber klik (di sini)