Wednesday, September 24, 2008

Kubersyukur kepada-Mu


Salam sayang kepada semua. Alhamdulillah, kubersyukur kepada Allah kerana diberi ruang dan masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia bagi meneruskan perjuangan serta memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan khalifah di bumi Allah ini.


Kurasa sangat terharu dengan kehidupanku yang kini telah mencecah 20 tahun dan mengharapkan sesuatu yang dapat mendidikku ke arah menjadi insan yang lebih baik selepas ini. Semoga umurku mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah serta diizinkan-Nya dengan umur yang penuh berkat dalam mengabdikan diri di dalam perjuangan Islam.


Diri ini juga ingin mengucapkan seribu kemaafan kepada Ibu bapaku yang telah berkorban segalanya untuk membesarkan anaknya ini yang kini telah berusia 20 tahun. Tidak lupa juga diriku ini ingin mengucapkan seribu kemafaan kepada teman-teman seperjunganku semoga mereka juga dilimpahkan Allah keberkatan di dalam umur persinggahan yang singkat ini. Sekian, wassalam.


Kubersyukur kepada-Mu


Salam sayang kepada semua. Alhamdulillah, kubersyukur kepada Allah kerana diberi ruang dan masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia bagi meneruskan perjuangan serta memegang amanah dan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan khalifah di bumi Allah ini.

Kurasa sangat terharu dengan kehidupanku yang kini telah mencecah 20 tahun dan mengharapkan sesuatu yang dapat mendidikku ke arah menjadi insan yang lebih baik selepas ini. Semoga umurku mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah serta diizinkan-Nya dengan umur yang penuh berkat dalam mengabdikan diri di dalam perjuangan Islam.

Diri ini juga ingin mengucapkan seribu kemaafan kepada Ibu bapaku yang telah berkorban segalanya untuk membesarkan anaknya ini yang kini telah berusia 20 tahun. Tidak lupa juga diriku ini ingin mengucapkan seribu kemafaan kepada teman-teman seperjunganku semoga mereka juga dilimpahkan Allah keberkatan di dalam umur persinggahan yang singkat ini. Sekian, wassalam.

Monday, September 22, 2008

Kepada Insan Teristimewa

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa

Permata Yang Dicari



Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik walaupun di bulan ramadhan, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. .....

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir. Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka...Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid-murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam...Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR

Wednesday, September 17, 2008

Selamat hari lahir kepada emak yang tersayang



Tanggal 18 September 2008, genaplah umur emak yang ke-47. An(Mohamadazhan) mewakili adik-adik ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada emak yang tersayang yang kini berada di Sungai Petani, Kedah Darul Aman.





Kami memohon seribu kemaafan dan keampunan yang tidak

terhingga dan redhailah hidup kami serta doakan kejayaan kami bertiga supaya berjaya di dunia dan akhirat.



Tidak lupa juga Selamat hari lahir kepada Mak Tam ( Puan Faridah Hj Talib) kakak kepada emak saya yang juga lahir pada tarikh 18 September.



Semoga Allah mengurniakan umur yang bermanafaat dengan kehidupan yang diredhai kepada emak dan mak tam, dimurahkan rezeki dan dimuliakan di dunia dan di akhirat.



Anak Merdeka



16 September 1963 merupakan tarikh penubuhan Malaysia iaitu gabungan Tanah Melayu bersama Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.



Suatu tarikh yang tidak boleh dinafikan sejarahnya tersendiri, yang sudah tertulis di dalam lembaran hasil perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Tarikh itu juga menjadi tarikh keramat dan menjadi sebutan baru-baru ini. Mungkin ramai anak watan yang masih tertanya-tanya dan keliru kenapa dengan tarikh 16 September itu? Banyak persoalan yang timbul. Mungkin tarikh tersebut tidak pernah menjadi kenangan dan tarikh penting di Malaysia, ramai yang masih samar-samar dengan sejarah penubuhan Malaysia.



Menarik melihat perkembangan ungkapan Kerajaan Baru yang bakal tertubuh. Melihat suasana perkembangan politik negara yang kian pincang dengan banyak agenda dari pimpinan kerajaan dan pembangkang yang masing-masing menguji ‘senjata’ bagi menghadapi ‘pertempuran’ di lapangan politik moden sekarang. Suasana ini cukup memberi kesan kepada rakyat, kini dilihat semakin matang dan cergas menilai arus perkembangan politik Malaysia. Tarikh 16 September ini bukanlah permulaannya tetapi adalah sorotan agenda daripada kemenagan pihak pembangkang menawan beberapa negeri dalam Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang lepas.



Kesan positif kepada pembangunan minda atau dengan kata lain pemikiran ‘luar kotak’ yang diuar-uarkan pemimpin tertinggi sedikit sebanyak menjadi kenyataan kepada masyarakat. Tidak penting apa istilah sekalipun digunakan. Yang paling penting mewujudkan masyarakat berilmu merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Berbalik semula kepada isu tunjang, tarikh ini juga menceritakan beberapa kisah menarik antaranya ‘lawatan sambil belajar ke Taiwan’, kenyataan penukaran kuasa pucuk pimpinan tertinggi, perletakan jawatan oleh salah seorang menteri yang dinyatakannya kecewa dengan penggunaan ISA ke atas beberapa orang ‘penting’ negara, penukaran portfolio secara tiba-tiba oleh PM dan TPM menjadi tanda tanya dan aneh untuk dibicarakan, dan kemungkinan besar akan muncul lagi beberapa peristiwa yang lebih menarik dan tidak diduga selepas ini.



Semua ini ‘angkara’ tarikh 16 September yang penuh bersejarah. Sejarah ini tidak mustahil bakal berulang, mungkin kisahnya berbeza dan lebih menarik dengan penubuhan Malaysia Baru yang diimpikan oleh ramai ANAK MERDEKA.



Kronologi hidupnya



Sayu hati

Semua manusia mengambil kesempatan

Menghina, mencerca

Membuang seperti sampah

Tiada nilai dimatanya



Aku tunggu jua

Tetap tidak muncul

Sekian lama mataku merah

Berair menitis mutiara

Penuh duka kecewa

Mengenangkan.



Ditinggalkan umpama pelarian

Bak tiada penggantungan

Tiada teman, sunyi suara

Hancur bersama dunia fana



Aku buntu

Mula bergerak mencari diriku

Kutuju ke segenap pelusok

Terjah alam menerokai jiwa

Makin dekat aku pada-Nya

Tenang nyaman kembali diri

Mula terkenang diri

perjuanganku dahulu



Tekad membara

Tanpa menoleh, bergerak penuh azam

Api membakar jiwa muda

Hijrah hati, tulus ikhlas

Memohon Mardhatillah



Insan kerdil ini

Sangat meminta, meminta

Dimudahkan Allah kekal

Memburu cinta-Nya

Abadi selamanya



Nukilan: Sahabatku

Monday, September 15, 2008

Contohi Luqman didik anak



Oleh: WAN RAHIMAH DRAMAN

Utusan Malaysia

KANAK-KANAK hari ini adalah pemimpin dan tenaga kerja akan datang. Merekalah yang akan meneruskan dan mencorak kehidupan agama, bangsa, negara serta dunia akan datang. Namun apakah sifat insani dalam kehidupan yang semakin terhakis sekarang akan bertambah baik dan ada kesinambungannya untuk generasi kemudian?

Jika melihat, mendengar dan menonton budaya hidup serta masalah kanak-kanak dan sikap serta gaya hidup ibu bapa sekarang, umum seharusnya merasa gusar. Yang jelas, kehidupan moden dengan kemajuan dalam pendidikan dan teknologi yang diraih ibu bapa dengan kehidupan serta hak kanak-kanak kini sudah tidak ada keseimbangan lagi.

Malah semua pihak dari segenap peringkat seluruh dunia kini mula menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan kanak-kanak dan generasi akan datang, sehingga wujud Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) antarabangsa . Malaysia antara negara yang menandatangani dan mengiktiraf untuk mengguna pakai CRC sejak Februari 1997 lalu, di samping penggubalan serta pewujudan pelbagai akta undang-undang perlindungan dan hak asasi bagi melindungi kanak-kanak.

Masalah dan ancaman

Tetapi masalah dan ancaman terhadap hak dan perlindungan kanak-kanak terus berlaku. Malah jenayah di kalangan dan ke atas kanak-kanak terus meningkat.

Soalnya kepada siapa hendak ditudingkan jari untuk dipersalahkan. Apakah ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat yang masing-masing adalah pemimpin, atau terhadap dasar, sistem undang-undang dan kemodenan serta keadaan?

Keadaan tentu tidak terlibat, kerana yang mencorak keadaan adalah manusia itu sendiri. Sebenarnya ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakatlah yang perlu dipersalahkan. Sebabnya dari sinilah kepimpinan, dasar, sistem, undang-undang, kemodenan dan keadaan tidak seimbang berlaku dalam kehidupan kanak-kanak.

Sebab itu al-Quran mencatatkan kisah manusia bijaksana, Luqman Al-Hakim untuk dijadikan contoh, iktibar dan panduan hidup bagi seluruh manusia dalam mendidik dan membina sahsiah anak-anak.

Kebijaksanaan Luqman

Kebijaksanaan Luqman yang dicatat dalam al-Quran dan digambarkan kisah-kisahnya oleh para tabien sepanjang hidupnya terlalu banyak untuk diaplikasikan dalam kehidupan ibu bapa, keluarga dan pemimpin masa kini.

Antara lain pesanan Luqman kepada anaknya ialah firman Allah SWT dalam mafhum-Nya:

l“...Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus (maksudnya, ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya] lagi Maha Mengetahui.

l “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

l “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.

l“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan (maksudnya, ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlalu lambat) dan lunakkanlah suara- mu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman: 16-19).

Kata-kata hikmah Luqman yang dicatat oleh para tabien dalam mendidik anak-anak pula antara lain:

lJanganlah engkau mengajar anak dan keluarga engkau dengan harta engkau, sebab jika ia sedikit engkau mengkhianati mereka, dan jika ia banyak tidak pula akan memberi kepuasan kepada mereka.

lTiga perkara, sesiapa yang memilikinya sesungguhnya telah sempurnalah iman iaitu seorang yang kasih kepada seorang yang lain tetapi kasihnya tidak melampau batas kebatilan dan apabila dia marah, marahnya tidak keluar daripada batas kebenaran, dan apabila dia berkuasa, tidaklah dia melampau batas. (Rujuk-Kuliyyah Tafsir Surah Luqman: Mendidik anak cemerlang oleh Dr. Abdul Rashid Ahmad, Universiti Malaya).

Namun berapa ramai manusia yang melihat, membaca dan mengkaji al-Quran serta kitab-kitab tafsir untuk dijadikan panduan dan amalan kehidupan. Jadi tidak hairanlah krisis akhlak dan sosial kanak-kanak seluruh dunia kini semakin kronik dan membimbangkan semua manusia prihatin.

Kanak-kanak zaman moden sekarang bukan sahaja berdepan dengan krisis identiti diri, akhlak dan budaya hidup tetapi hak, perlindungan dan keselamatan mereka juga semakin terancam. Jika orang dewasa yang terancam adalah perkara lumrah kerana masing-masing ada kepentingan dan mahu bersaing mengikut cara sendiri.

Krisis akhlak

Namun apabila kanak-kanak di bawah umur (belum baligh) yang terancam dan diancam, ia berpunca daripada krisis akhlak dan kehidupan manusiawi dewasa.

Itulah yang boleh dirumuskan hasil forum Hak Asasi Manusia dan Keadilan Terhadap Pengurusan Juvana anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), baru-baru ini.

Forum hampir tiga jam yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota itu diadakan sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2008.

Oleh itu, Profesor Sekolah Undang-Undang Universiti Ateneo de Manila, Filipina, Dr. Sedfrey M. Candaleria berkata, perubahan minda dan cara hidup secara drastik setiap individu dewasa penting dalam mengembalikan hak asasi pada kehidupan setiap kanak-kanak di dunia.

“Kehidupan kanak-kanak akan terus terancam, terabai dan terbiar selagi kita yang dewasa masing-masing berusaha untuk menjadi ‘juara’ dalam komuniti rekaan kita,” katanya. Beliau yang terlibat dalam pengkajian dan penggubalan hak dan dasar perlindungan kanak-kanak itu berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada forum tersebut.

Menurut Dr. Candaleria, undang-undang mungkin boleh menangani masalah kanak-kanak tetapi ia tidak akan dapat mengatasinya. Ini kerana jelasnya, berapa banyak undang-undang digubal dengan pelbagai akta yang sentiasa diperbaharui untuk disesuaikan dengan keadaan dan permasalahan semasa, tetapi kehidupan kanak-kanak di seluruh dunia terus ‘terancam’ dengan hak asasi mereka untuk hidup sebagai ‘anak’ diragut.

Hak asasi kanak-kanak untuk hidup sebagai ‘seorang anak’ kata Dr. Candaleria hanya akan terlaksana jika seluruh individu terutama ibu bapa dan ahli keluarga tahu serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai pelindung, pembela dan pembimbing.

Menjadi ‘musuh’

“Tetapi apa yang berlaku sekarang, ibu bapa dan ahli keluarga sendiri menjadi ‘musuh’ yang sentiasa mengancam kehidupan mereka,” katanya.

Itu juga yang disuarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Mohd. Zaid Ibrahim ketika merasmikan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2008 dan forum setengah hari itu.

Menurut Zahid, seluruh warga masyarakat perlu mengubah minda dan cara hidup dengan mengutamakan kasih sayang dan tanggungjawab dalam keluarga dan sesama insan dalam hidup seharian.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun pula berkata, setiap kanak-kanak memerlukan perhatian khas dari dan dalam semua aspek kehidupan.

“Hak kanak-kanak dalam kehidupan adalah saham dalam pembentukan generasi akan datang,” ujarnya.

Ini kerana tambah Simon, kanak-kanak hari ini belajar dan membentuk dari bagaimana budaya serta amalan kita kita hari ini. Untuk itu tegas beliau, setiap individu mesti bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak bukan menjadikan mereka mangsa kepada sistem undang-undang dan akta-akta jenayah mahupun perlindungan yang kita sendiri adakan.

Saturday, September 13, 2008

Mulianya Bangsa Kerana Islam Agamanya



Salam perjuangan, salam reformasi, salam ukhwah kepada semua sahabat seagamaku seterusnya umat Islam seluruh dunia, semoga di suasana bulan penuh berkat iaitu Bulan Ramadhan memberi kesan baik dan didikan kepada hati kita untuk mendekatkan diri kepada Allah Rabul Jalil. Kita sama-sama munajat penuh kesyukuran kerana Allah masih memilih kita untuk merebut peluang untuk beribadah di bulan yang mulia ini.



Meskipun begitu, rentetan peristiwa suka duka berlaku sejak kebelakangan ini menggambarkan suasana politik negara yang semakin mencabar dan ada ketikanya dinilai dengan jijik angkara pelbagai tomahan dan fitnah semakin 'beranak-pinak'. Tidak habis dengan semua itu, muncul pula suasana sumpah-menyumpah yang sama sekali masing-masing ingin menggambarkan dirinya dikerusi yang benar bak ingin menutup najis bertaburan, busuk baunya tetap dirasa. Tidak habis dengan semua itu, ditimbulkan pula isu perkauaman yang sangat sensitif; mungkin untuk mengapi-apikan sesama bangsa yang dilihat semakin jauh jurangnya dari segi ekonomi, pendidikan, dan prinsip kemanusiaan.



Melayu, Melayu, Melayu, ungkapan yang sering kali diucapkan kekadang itu memualkan hati-hati insan yang cintakan Islam. Ada apa dengan BANGSA? Persoalan yang pernah ditimbulkan oleh Sohibusaamahah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membincangkan erti bangsa di akhirat kelak yang tidak mempunyai nilai sedikitpun di sisi-Nya.



Mungkin dapat dikongsikan bersama teman-teman yang sama agama denganku tetapi berbeza perjuangan. Fikirkan sejenak wahai teman. Jika bangsa melayu dijadikan kebanggaan mungkin kerana kehandalan Hang Tuah bersama keajaiban kerisnya Taming Sari bersilat dahulunya tetapi kini tiada lagi warisan pejuang sejati begitu. Yang tinggal mencium keris sambil melaung-laungkan Hidup Melayu. Mungkin kufikirkan adalah lebih mulia bangsa Yahudi dari bangsaku kerana Allah mengutuskan sekalian ramai para Anbiya' dikalangan bangsa Yahudi tetapi Allah juga menghina dan mencela Yahudi beberapa ayat di dalam AlQuran.



Badai Tsunami



Takbir,

Kalimah agung tersemat kemas

Mukjizat dan Sunnah panduan abadi

Ulama dan umara pencetus sinar harapan.



Reformasi,

Terbit dari keangkuhan dan kezaliman

Kesombongan dan pendustaan

Penganaiyaan dan penindasan

Bangkitlah bangsaku

Segalanya bakal berubah.



Reformasi

Bermula dengan kesedaran hati

Muncul keinsafan, tekad perjuangan

Tampak pengorbanan

Harta, tenaga, masa segalanya menjadi pertaruhan.



Reformasi

Muncul di jalanan manusia berdemonstrasi

Dipukul, semburan asid jijik menghujani

Jasad jiwa tetap teguh berdiri

Lawan tetap lawan

Laungan bergema terus bergema

Semata menuntut keadilan yang kian punah.



Suara rakyat suara keramat,

Jika takut akan risiko

Jangan bicara soal perjuangan,

Kata yang digeruni kawan dan lawan

Bersemarak serata ceruk rantau

Merenggut hati-hati yang kelam.



Kuasa rakyat

Mampu ranap kejahatan setengah abad

Tampuk kuasa zalim digulingkan

Terkejut dengan kemenangan

Mohon ampun menadah kesyukuran

Terkejut dengan kejatuhan

Saling menuduh berbalahan

Bezanya akhlak moral dua fahaman.



Kuasa rakyat

Membawa kisah menuntut segala

Membersihkan kepincangan penguasa,

Menyucikan polis dan tentera

mahkamah dan istana

diri, keluarga, bangsa jua negara.



Kuasa rakyat

Segalanya sudah berubah

Bulan penuh cahaya kehijauan

Bakal menyuluh semesta alam

Munajat doa Maha Penguasa Kerajaan

Semoga dilimpah rahmat keberkatan.

Friday, September 12, 2008

Guruku

Sinar pagi membawa cahaya

Sinar matamu membawa bahagia

Di saat diriku terleka

Kau hadir seribu makna



Madahmu menjadi azimat

Tiap kata membawa hikmat

Kembang mekar di sudut sanubari

Mengharungi dunia masa kini



Engkau ibarat pelita di malam gelap

Sinarnya memancar dengan rela

Tanpa mengenal erti putus asa

Tanpa meminta puji dan puja



Sesungguhnya

Engkaulah guruku

Ku sanjung pengorbananmu

Di setiap langkahku



Harapanku

Moga engkau berbahagia

meneruskan misi pendidikanmu

dalam doa

kau sentiasa di ingatanku

guruku

Guru Pedang Penghiris Duka

Bermulanya langkah digelar semangat

Dihatinya penuh dengan keringat keramat

Membawa segunung kekuatan untuk kita

Itulah perwira pembela sejati anak bangsa

Tangisannya menitis tidak siapa peduli

Hanya Tuhan yang Esa sahaja mengetahui.

Dahulu kala guru dipandang seperti pena

Mencorak kertas putih menjadi bermakna

Masa kini sekadar memenuhi makna ilmu

Jasanya dianggap seperti tugas alam kalbu

Namun bagi guru matahari harus bersinar

Menerangi alam nyata dengan penuh sabar.

Dugaan baginya mengajarnya kasih sayang

Walaupun perit menelan, ilmu harus diberi

Sabarnya seorang guru memecah sunyi jahil

Inilah guru pelita untuk anak bangsa kita

Terang cahaya menyinar pekung di dada

Terbukalah sinar iman di dada seorang insan

Walaupun dimamah zaman berlalu

Jasanya sering menuntut untuk beraksi

Tanpa mengira rasa penat dan halangan

Semua ditepis bak habuk berterbangan

Guru sejati di manakah hakmu itu

Terbelakah nasibmu ditangan anak bangsa

Namun harum nama seorang guru

Menjadi sebutan hingga penghabisan hari.

Bila matahari tidak mahu bersinar

Maka tugasmu pun lenyap bersamanya

Itulah guru permata senjata manusia mulia

Menjadi pedang penghiris duka.