Wednesday, September 17, 2008

Anak Merdeka



16 September 1963 merupakan tarikh penubuhan Malaysia iaitu gabungan Tanah Melayu bersama Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.



Suatu tarikh yang tidak boleh dinafikan sejarahnya tersendiri, yang sudah tertulis di dalam lembaran hasil perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Tarikh itu juga menjadi tarikh keramat dan menjadi sebutan baru-baru ini. Mungkin ramai anak watan yang masih tertanya-tanya dan keliru kenapa dengan tarikh 16 September itu? Banyak persoalan yang timbul. Mungkin tarikh tersebut tidak pernah menjadi kenangan dan tarikh penting di Malaysia, ramai yang masih samar-samar dengan sejarah penubuhan Malaysia.



Menarik melihat perkembangan ungkapan Kerajaan Baru yang bakal tertubuh. Melihat suasana perkembangan politik negara yang kian pincang dengan banyak agenda dari pimpinan kerajaan dan pembangkang yang masing-masing menguji ‘senjata’ bagi menghadapi ‘pertempuran’ di lapangan politik moden sekarang. Suasana ini cukup memberi kesan kepada rakyat, kini dilihat semakin matang dan cergas menilai arus perkembangan politik Malaysia. Tarikh 16 September ini bukanlah permulaannya tetapi adalah sorotan agenda daripada kemenagan pihak pembangkang menawan beberapa negeri dalam Pilihan Raya ke-13 (PRU13) yang lepas.



Kesan positif kepada pembangunan minda atau dengan kata lain pemikiran ‘luar kotak’ yang diuar-uarkan pemimpin tertinggi sedikit sebanyak menjadi kenyataan kepada masyarakat. Tidak penting apa istilah sekalipun digunakan. Yang paling penting mewujudkan masyarakat berilmu merangkumi ilmu dunia dan akhirat. Berbalik semula kepada isu tunjang, tarikh ini juga menceritakan beberapa kisah menarik antaranya ‘lawatan sambil belajar ke Taiwan’, kenyataan penukaran kuasa pucuk pimpinan tertinggi, perletakan jawatan oleh salah seorang menteri yang dinyatakannya kecewa dengan penggunaan ISA ke atas beberapa orang ‘penting’ negara, penukaran portfolio secara tiba-tiba oleh PM dan TPM menjadi tanda tanya dan aneh untuk dibicarakan, dan kemungkinan besar akan muncul lagi beberapa peristiwa yang lebih menarik dan tidak diduga selepas ini.



Semua ini ‘angkara’ tarikh 16 September yang penuh bersejarah. Sejarah ini tidak mustahil bakal berulang, mungkin kisahnya berbeza dan lebih menarik dengan penubuhan Malaysia Baru yang diimpikan oleh ramai ANAK MERDEKA.



1 comment:

  1. ketahuilah apa makna 'merdeka' dgn sebenar2nya... merdeka bukan hanya pd bahasa dan lafaz..bukan jg sbg lambang utk kemegahan yg tiada makna..namun ia memberi makna bebas dr belenggu yg membelenggu kehidupan dan diri kita sdiri tanpa kta sedari.....

    ReplyDelete