Saturday, September 13, 2008

Mulianya Bangsa Kerana Islam Agamanya



Salam perjuangan, salam reformasi, salam ukhwah kepada semua sahabat seagamaku seterusnya umat Islam seluruh dunia, semoga di suasana bulan penuh berkat iaitu Bulan Ramadhan memberi kesan baik dan didikan kepada hati kita untuk mendekatkan diri kepada Allah Rabul Jalil. Kita sama-sama munajat penuh kesyukuran kerana Allah masih memilih kita untuk merebut peluang untuk beribadah di bulan yang mulia ini.



Meskipun begitu, rentetan peristiwa suka duka berlaku sejak kebelakangan ini menggambarkan suasana politik negara yang semakin mencabar dan ada ketikanya dinilai dengan jijik angkara pelbagai tomahan dan fitnah semakin 'beranak-pinak'. Tidak habis dengan semua itu, muncul pula suasana sumpah-menyumpah yang sama sekali masing-masing ingin menggambarkan dirinya dikerusi yang benar bak ingin menutup najis bertaburan, busuk baunya tetap dirasa. Tidak habis dengan semua itu, ditimbulkan pula isu perkauaman yang sangat sensitif; mungkin untuk mengapi-apikan sesama bangsa yang dilihat semakin jauh jurangnya dari segi ekonomi, pendidikan, dan prinsip kemanusiaan.



Melayu, Melayu, Melayu, ungkapan yang sering kali diucapkan kekadang itu memualkan hati-hati insan yang cintakan Islam. Ada apa dengan BANGSA? Persoalan yang pernah ditimbulkan oleh Sohibusaamahah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membincangkan erti bangsa di akhirat kelak yang tidak mempunyai nilai sedikitpun di sisi-Nya.



Mungkin dapat dikongsikan bersama teman-teman yang sama agama denganku tetapi berbeza perjuangan. Fikirkan sejenak wahai teman. Jika bangsa melayu dijadikan kebanggaan mungkin kerana kehandalan Hang Tuah bersama keajaiban kerisnya Taming Sari bersilat dahulunya tetapi kini tiada lagi warisan pejuang sejati begitu. Yang tinggal mencium keris sambil melaung-laungkan Hidup Melayu. Mungkin kufikirkan adalah lebih mulia bangsa Yahudi dari bangsaku kerana Allah mengutuskan sekalian ramai para Anbiya' dikalangan bangsa Yahudi tetapi Allah juga menghina dan mencela Yahudi beberapa ayat di dalam AlQuran.



No comments:

Post a Comment