Thursday, August 27, 2009

Isu Kartika satu perbahasan


MALAYSIAKINI.COM
Menteri diminta berhenti mengeluarkan "kenyataan jahil" berhubung prosedur mahkamah syariah kerana tindakan itu mencampuri urusannya dan boleh dianggap menghina mahkamah, kata Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).Timbalan presidennya Muhammad Burok turut menyeru pihak-ihak yang tidak berkaitan dengan urusan perundangan Islam supaya tidak mencampuri urusan mahkamah syariah.

Beliau mengeluarkan amaran ini susulan kenyataan beberapa menteri yang mengulas hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah mengambil alkohol oleh mahkamah syariah Pahang."Apabila umat Islam, lebih-lebih lagi pucuk pimpinan kita hendak keluarkan kenyataan, yang pertama mesti dapatkan maklumat yang tepat.

"Jangan keluar kenyataan yang menunjukkan kejahilan kamu tentang undang-undang Islam dalam Malaysia dan menunjukkan kita tidak yakin dengan undang-undang Islam ini," katanya."Ini adalah amaran kepada sesiapa yang cuba halang hukuman tersebut kerana itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah."Sesiapa yang menghalang atau cuba menghalang perjalanan kes, itu adalah menghina mahkamah.

Saya tidak tahu berapa ramai yang sudah melakukan kesalah menghina mahkamah, termasuk menteri," kata Muhammad dalam satu sidang akhbar anjuran gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) di Kuala Lumpur hari ini. Beliau turut mendakwa campur tangan yang wujud daripada menteri telah menyebabkan perjalanan kes ditangguhkan dengan tidak mengikut prosedur.

“Kes ini telah diputuskan di mahkamah... tetapi bila ada campur tangan pihak tertentu, itu menyebabkan ketidakadilan kepada institusi mahkamah itu sendiri dan juga kepada orang yang dijatuhi hukum. “Orang itu pula memang hendak menjalani hukuman. Beliau sudah insaf dan mahu menjalani hukuman secepat mungkin, tidak kiralah pada bulan Ramadan atau sebagainya.
Kalau kita tidak boleh buat siang sebab berpuasa, kita boleh buat (sebatan) waktu malam,” kata Muhammad lagi.

Menteri dalam negeri kelmarin menegaskan bahawa hukuman ke atas Kartika tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaanHukuman ditangguhkan kerana ia merupakan kes pertama yang dihadapi, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Beliau juga dilaporkan berkata, Jabatan Penjara perlu dipersiapkan dengan keperluan-keperluan bagi menjalankan hukuman berkenaan.

Bagaimanapun kenyataannya itu dipertikaikan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Abdul Ralip dengan alasan hukuman tersebut pernah dilaksanakan seperti pernah didedahkan dalam satu seminar anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), April lalu. Selain PPMM dan PGSM, Pembela turut disertai antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).
......................................................................

Isu Kartika, ulasan menteri terutama berkaitan hal penindasan terhadap wanita jelas menunjukkan bahawa mereka sangat jahil tentang perlaksanaan hukum Allah. Islam tidak menindas sesiapa malah hukuman yang disyaria'atkan adalah hukuman yang setimpal di atas dosa yang dilakukan.

Kenyataan menteri tersebut yang mengatakan hukuman sebat merupakan satu bentuk hukuman yang melampau terhadap wanita? Persoalannya, adakah meminum arak bukan suatu perbuatan yang melampau? Kenapa pemimpin2 ini tidak memberi ulasan kepada perbuatan maksiat yang dilaknat ini? Kenyataan yang berbaur menentang ini sudah lama berlaku sejak Pas mula menyatakan niat untuk melaksanakan Hudud dan Qisas di Malaysia dahulu.

Hal berkaitan hukum hakam biarkan para ulama dan ahlinya sahaja yang memberi padangan kerana mereka sahaja golongan yang selayaknya bertutur hal demikian. Jangan kerana lidah iman binasa, waspada lah apabila bertutur! Semoga Allah terus memberi hidayah dan petunjuk kepada sahabat sekalian. Amin.

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
(Surah Maidah: ayat 90)"

"Hadis Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi s.a.w kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali." Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 3218

Al Fatihah untuk Allahyarham Prof Ismail Salleh



Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini, kata isteri allahyarham Hasnah Wahab.Hasnah yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlentuk kepalanya ke atas bahunya."Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," katanya kepada Bernama semasa ditemui di Masjid Ba’alwie di Jalan Lewis, Singapura sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan.Hasnah berkata suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi.


Menurutnya, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.Mereka bertolak 25 Ogos dan pulang malam keesokannya dan dijadual tiba di Singapura pada 3.45 pagi ini.Sebaik tiba di sini, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.Jenazah Ismail kemudian dibawa ke Masjid Ba’alwie untuk dimandi dan dikafankan.Kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Ahmad Anuar Adnan membantu menguruskan jenazah Ismail.


Jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh imam Hasan Al-Attas bersama para pegawai kedutaan dan jemaah masjid.Jenazah kemudian dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang.Hasnah berkata jenazah suaminya akan dibawa ke rumah mereka di no. 7140, Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2, Kajang.


Beliau berkahwin dengan Ismail selama 27 tahun dan pasangan itu dikurniakan enam anak.Beliau terkilan kerana arwah suaminya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pertama anak mereka pada hujung tahun ini."Suami saya beria-ia sangat hendak menghadiri perkahwinan pertama anak kami," kata Hasnah sambil menambah tiga anaknya masih bujang dan tiga lagi masih bersekolah.Ismail mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya dan cacat penglihatan di Malaysia.Allahyarham juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), ketua pegawai eksekutif Twintech Holdings dan naib canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.


Allahyarham Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya termasuk anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah doktor falsafah.Sementara itu di Kajang, abang allahyarham Zakaria Salleh, 64, berkata jenazah adiknya dijangka tiba di rumah allahyarham kira-kira 6.30 petang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Kantan.Katanya, adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum berlepas ke Beijing.Bagaimanapun, Isnin lepas, Ismail yang menghadapi masalah buah pinggang, telah menjalani rawatan dialisis di Kuala Lumpur.Zakaria bertindak sebagai "mata", penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepada Ismail sejak kecil."Saya telah berjanji dengan arwah mak saya, saya akan jaga dia selama-lamanya," kata beliau. (Bernama)


Ucap takziah
Sementara itu, ketua Dewan Pemuda PAS mengucap takziah kepada keluarga allahyarham Dr Ismail.Dalam satu kenyataan hari ini, Nasrudin Hassan berkata, Dr Ismail sebagai seorang ikon yang berjaya walaupun dalam keadaan kurang upaya."Namun peranan serta semangat beliau melebihi daripada orang kebiasaan."Dewan Pemuda PAS menghargai peranan beliau terutama dalam memperjuangkan nasib serta hak golongan orang kurang upaya di Malaysia dan berharap agar kerajaan melaksanakan segala usaha dan peranannya sebagai satu tanda penghargaan kepada beliau," katanya.


Wednesday, August 19, 2009

Sejarah Solat Sunat Tarawih


Definisi Tarawih
ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”

Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”


Qiyamu Ramadhan

Solat Tarawih juga disebut dengan Qiyamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isya’ dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu

Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.


Sejarah Solat Tarawih

Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.

Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”

Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.

Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertiny

"Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."


Tarawih Zaman Umar Al-Khattab

Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, semakin ramailah umat Islam mengamalkan solat sunat Tarawih ini. Menurut Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam di bulan Ramadhan, beliau pergi ke masjid bersama Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya di masjid, beliau dapati ramai orang yang berkelompok-kelompok membuat jamaah-jamah mengerjakan solat ini. Sebahagiannya mengikut seorang imam dan sebahagian lagi mengikut imam yang lain. Melihat kepada amalan yang tiada keseragaman itu, Khalifah Umar berkata: “Aku bermaksud menyuruh mereka supaya berimam kepada seorang imam yang baik bacaannya.” Seterusnya beliau menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka’ab.

Pada malam berikutnya mereka mengerjakan solat Tarawih dengan seorang imam. Khalifah Umar berkata: “Ini termasuk bid’ah yang baik; tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu.” Maksud Khalifah Umar, orang yang mengerjakan solat Tarawih pada akhir malam (setelah tidur lebih dahulu) mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat Tarawih pada awal malam.

Bid’ah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar ialah bahawa solat Tarawih itu hendaklah dikerjakan secara berjamaah dengan pimpinan seorang imam yang baik bacaannya. Sayidina Umar sebenarnya hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pada ketika mula-mula solat Tarawih itu disyari’atkan. Baginda terpaksa memberhentikan cara yang demikian pada malam yang ketiga, kerana takut ibadat solat Tarawih itu diwajibkan kepada umatnya.


Amalan Solat Sunat Tarawih

Di samping mengamalkan ibadat puasa yang diwajibkan, umat Islam digalakan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadan yang diberkati Allah itu. Di antaranya yang utama sekali ialah ibadat Solat Sunat Tarawih; dan seterusnya solat-solat Qiamullail (Tahajjud, Hajat, Tasbih), membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “Lailatul-Qadr” pada salah satu malam sepanjang bulan Ramadhan itu. Seperti yang tersebut di dalam Al-Quran, surah Al-Qadr, mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi pahala ganjaran seperti beribadat 1,000 bulan (83 tahun).

Fadhilat, kelebihan dan pahala yang paling besar dikurniakan Allah S.W.T daripada berbagai ibadat itu ialah solat sunat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari)


Hukum Solat Tarawih

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih

Lafaz niat: (Solat Sendiri)
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'al

Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)
Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala


Berjemaah Lebih Afdhal

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian atupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah

Rasulullah s.a.w. pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjemaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggaap solat Tarawih itu sebagai wajib.

Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjamaah bersama Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadat solat itu sebagai wajib, bukan kerana tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok-kelompok di sana sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat Tarawih itu dalam satu sahaja jamaah yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar itu, keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam, dan suasana mayarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dikuatkan), bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar.

Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz




HARAKAHDAILY.COM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos:
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Pada sidang media di pejabat Harakah siang atdi, Mahfuz memberitahu keputusan tersebut telah membersihkan dirinya dari fitnah ekoran laporan akhbar itu.

Gambar: Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman."

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran sehingga menuding jari sebagai mengajak Mahfuz keluar dewan namun ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa.

Najib juga perlu bersih diri

ImageMahfuz pada sidang media sama menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan sama dengan mengemukakan saman kepada media yang telah mengaitkannya dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibuu dan juga kes rasuah pembelian kapal selam.

Ianya penting bagi membersihkan imej bukan sahaja diri Najib, malah rakyat dan negara secara keseluruhannya.

"saya kira Datuk Najib perlu mengambil tindakan undang-undang khususnya terhadap media luar negara bagi membersihkan nama baik dia dan lebih besar daripada itu adalah membersihkan nama baik rakyat dan Negara Malaysia. Sehingga hari ini saya tidak lihat Datuk Najib mengambil tindakan undang undang," tegasnya lagi.

Sebelum ini media antarabangsa antaranya akhbar Perancis, Liberation mendedahkan kaitan Najib dengan Altantuya. Bagaimanapun tiada sebarang penafian dibuat.

Isu itu juga telah menyebabkan nama Altantuya diharamkan dalam ceramah-ceramah kempen pilihanraya khususnya pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.

Siar rakaman sebenar kenyataan Tok Guru

Berhubung hal sama, Mahfuz pada sidang media tadi juga turut menggesa media elektronik, khususnya Radio Televisyen Malaysia dan Media Prima menyiarkan rakaman video atau audio sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu "Ahli Umno tak masuk syurga."

Ini kerana katanya tiada sebarang rakaman sebenar disiarkan dalam berita stesyen tersebut dan hanya sekadar menunjukkan gambar Nik Aziz dan kenyataan yang ditafsir sendiri oleh wartawan mereka.

"Saya mintak RTM ataupun TV3 siarkan pertuturan, percakapan Tok Guru yang mengatakan ahli umno tak masuk syurga. Kalau betul ada, kita tengok tepat ke tak, kalau tidak mereka perlu bersedia berdepan tindakan mahkamah, kecuali mereka memohon maaf secara terbuka dan diulang-ulang dalam televisyen," ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah memohon maaf di atas kesilapan memutar belit kenyataan Nik Aziz berhubung cadangan kerajaan perpaduan yang pada waktu itu sedang hangat diperdebatkan yang disiarkan mereka pada 15 Jun 2009.

Kenyataan Nik Aziz dipetik sebagai "nasihat saya mesti didengar"sedangkan kenyataan sebenar adalah "nasihat saya tidak semestinya didengar".


Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Mubarak


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ وَابْنُ حُجْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

.......................................................................................................................................

Salam Ramadhan kepada semua sahabat yang dikasihi dan dihormati, sempena ketibaan bulan yang mulia ini, saya memohon seribu kemaafan di atas kekhilafan dan kejahilan diri yang disedari atau tidak disedari. Sama-sama kita merebut peluang di bulan yang penuh keberkatan ini untuk beribadah dan beramal soleh, semoga kita semua beroleh syafaat dan ganjaran yang tinggi dari-NYA.


Dato' Mahfuz Omar Menang Saman RM150ribu


HARAKAHDAILY.COM
TERKINI- KUALA LUMPUR, 19 Ogos:
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily.

Ramadhan Karim

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

Tuesday, August 11, 2009

Dr Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki-Mujadid Abad 21



Pengenalan

Nama beliau ialah Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi ibn 'Abbas ibn Abdul Aziz Al-Maliki Al-Hasani. Beliau berasal dari keturunan Sayyid Idris Al-Azhar ibn Idris Al-Akbar ibn Abdullah Al-Kamil ibn Hasan Al-Muthanna ibn Sayyidina Hasan r.a. ibn Saiyidina Ali k.r.w., suami kepada Saidatina Fatimah r.a. binti Rasulullah s.a.w.

Beliau dilahirkan di rumah ayahandanya, di Babus Salam, Makkah Al-Mukarramah pada tahun 1365 Hijrah bersamaan dengan 1946M. Keluarga beliau mendapat gelaran Al-Maliki kerana salah seorang nendanya dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah Al-Mukarramah pda zaman pemerintahan Syarif 'Aun.

Beliau merupakan anak, bahkan cucu kepada ulama-ulama besar di Makkah Al-Mukarramah. Ayahandanya Sheikh Syed 'Alawi ibn 'Abbas Al-Maliki merupakan seorang ulama' besar di Makkah Al-Mukarramah, begitu juga datuknya 'Abbas ibn Abdul Aziz Al-Maliki.


Pendidikan Sheikh Muhammad 'Alawi Al-Maliki r.a.

Beliau memulakan pendidikan awalnya di Madrasah Al-Falah dan Madrasah Tahfiz Al-Qur'an dan pengajian-pengajian tidak formal di dalam halaqah-halaqah pengajian ilmu di Masjid Al-Haram daripada ulama'-ulama' besar Makkah Al-Mukarramah.

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di India ketika usianya mencecah 20 tahun. Di sana, beliau tinggal bersama Sheikh Muhammad Ali Zainal di Bombay. Beliau juga sempat belajar di Pakistan dengan Mufti Pakistan pda ketika itu, iaitu Sheikh Muhammad Syafi'e dan sebagainya.

Beliau juga pernah belajar di Libya. Di sana, beliau belajar di Ma'ahad Al-Azhari dan seterusnya menyambungkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar di Mesir.

Kemudian, beliau terpaksa pulang semula ke Makkah Al-Mukarramah untuk menjaga ayahandanya yang tidak berapa sihat. Beliau seterusnya menyambung pengajiannya di Kuliah Syariah Universiti di Makkah.

Namun, setelah tamat pengajian beliau di Makkah, beliau kembali menyambung pengajiannya di Al-Azhar di peringkat Master dan Ijazah Kedoktoran. Beliau akhirnya mendapat keputusan MUMTAZ (amat cemerlang). Tesis karangan beliau mendapat pujian daripada ulama'-ulama' besar Al-Azhar.



Guru-guru Sheikh Muhammad 'Alawi Al-Maliki r.a.:

Di antara guru-guru dan pembimbing beliau adalah:

Dari Makkah dan Madinah(antaranya):

Ayahandanya Sayyid 'Alawi ibn 'Abbas Al-Maliki

Sheikh Muhammad Yahya ibn Aman Al-Maliki

Sheikh Muhammad Al-'Arabi ibn Tabbani Al-Maliki

Sheikh Hasan ibn Sa'id Yamani Al-Maliki

Sheikh Hasan ibn Muhammad Al-Mashsyat

Sheikh Muhammad Yaasiin ibn Isa Al-Fadani

Al-Habib Hasan ibn Muhammad Fad'aq

Al-Habib Abdul Qadir ibn 'Aidarus Al-Bar

Dari Hadramaut (antaranya):


Al-Habib Umar ibn Ahmad Sumait

Al-Habib 'Alawi ibn Abdullah Al-Tarimi

Al-Habib Muhammad ibn 'Alawi ibn Syihab

Al-Habib Abdul Rahman ibn Abdullah Al-Attos'

Al-Habib Masyhur ibn Toha Al-Haddad


Dari Mesir (antaranya):


Sheikh Al-Syarif Muhammad Al-Hafiz Al-Tijani Al-Misri

Sheikh Hasanain ibn Muhammad Makhluf (Mufti Mesir)

Sheikh Soleh ibn Muhammad Al-Ja'fari (Imam Besar Masjid Al-Azhar)

Sheikh Amin ibn Mahmud Khattob As-Subki

Sheikh Muhammad ibn Abdullah Al-'Aquri

Dari Indonesia (antaranya):


Al-Habib Ali ibn Abdul Rahman Al-Habsyi

Al-Habib Ali ibn Husein Al-'Attos

Al-Habib Hamid ibn Muhammad Al-Sari

Al-Habib Sheikh ibn Salim Al-'Attos

Al-Habib Abdul Rahman ibn Abdullah Al-Habsyi Al-Falembani

Dari Syam (antaranya):


Sayyid Al-Syarif Muhammad Al-Makki ibn Muhammad Al-Kattani

Sheikh Hasan ibn Muhammad Al-Maidani

Sheikh Abdul Aziz ibn Muhammad Ali Al-Sud

Sheikh Muhammad Soleh ibn Abdullah Al-Farfur Al-Hasani

Al-Tobib Sheikh Muhammad Abu Yusr ibn Muhammad Al-Husaini (Mufti Syam)

Dari Moroco (antaranya):


Sheikh Al-Syarif Abdul Kabir ibn Muhammad Al-Soqali

Sheikh Sayyid Abdullah ibn Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi

Sayyid Abdul Aziz ibn Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi

Sheikh As-Syarif Muhammad Al-Muntasir ibn Muhammad Al-Zamzami

Dari India dan Pakistan (antaranya):


Sheikh Muhammad Zakaria ibn Muhammad Yahya Al-Kandahlawi Al-Madani (Sheikh Hadis di Saharanfur)

Sheikh Habib Al-Rahman ibn Muhammad Sobir Al-A'azomi (Sheikh Hadis di Mazar Al-Ulum, Madras)

Sheikh Al-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria Al-Bannuri (Sheikh Hadis di Karaci)

Sheikh Muhammad Syafi'e ibn Muhammad Yasiin Al-Uthmani Al-Deobandi (Mufti Pakistan)

Sheikh Zafar Ahamd Al-Uthmani Al-Tahanawi Al-Hindi

Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Balyawi

Masih banyak lagi para pembimbing dan guru Sheikh Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki namun tidak termampu untuk disenaraikan di ruang yang sangat padat ini. Semoga Allah merahmati mereka sekalian. Amin.


Kegigihan Beliau dalam Bidang Pendidikan

Sayyid Muhammad Al-Maliki merupakan seorang penyebar dakwah yang sangat gigih, disamping juga sebagai seorang murobbi. Beliau tetap keluar untuk mengajar sekalipun dalam keadaan tidak sihat atau ketika demam.

Kesungguhan beliau tergambar pada kata-kata anak-anak muridnya seraya berkata: "Ustaz (Sayyid Muhammad Al-Maliki) lebih tekun daripada anak muridnya sendiri".

Beliau juga sentiasa memberi galakan kepada anak-anak muridnya supay gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. Disamping itu, beliau turut memuliakan ilmu. Beliau sering berkata bahawa: "Saya tidak akan menerima seseorang itu belajar dengan saya kecuali dengan isyarat."

Disamping itu juga, beliau merupakan seorang yang amat memuliakan guru-guru dan para ulama'. Beliau sering mengingatkan para muridnya dengan perkataan Sheikh Al-Habib Abdullah ibn 'Alawi Al-Haddad: "Tidaklah seseorang itu dinamakan sheikh insan kecuali orang yang telah terhimpun hatinya dengan gurunya hinggakan dia tidak melihat seseorang yang lebih afdal daripada gurunya itu. Maka, yang demikian itu memberikan manfaat kepadanya."

Beliau juga turut mengasihi anak-anak muridnya sehinggakan beliau tidak membenarkan mereka memanggilnya dengan panggilan "sheikh" atau "ustaz" tetapi menyuruh mereka memanggilnya dengan panggilan "Abuya" (bererti, bapaku), untuk mengeratkan hubungan kasih sayang sesamanya dengan para muridnya.


Ketinggian Peribadi Beliau dan Pengabdian Beliau kepada Allah s.w.t.

Beliau merupakan seorang yang sangat zuhud dalam setiap aspek kehidupan. Beliau menolak keseronokan di dunia dan perhiasannya dan hidup dalam keadaan penuh tawadduk dan rendah diri. Beliau juga sentiasa berkhidmat kepada umat Islam yang memerlukan khidmatnya.

Beliau pernah memohon untuk berundur diri dari jawatan pensyarah di Universiti Ummul Qura. Beliau juga sentiasa mengerjakan solat jema'ah dan solat tahajjud.


Terbenamnya Matahari Ilmu Ahlus Sunnah wal Jamaah

Sesungguhnya, pemergian beliau pada 15 Ramadhan 1425 H, benar-benar merupakan suatu kehilangan yang amat menyedihkan umat Islam. Ini kerana, beliau pergi bertemu dengan Allah s.w.t. sewaktu beliau masih lagi diperlukan oleh umat Islam. Sungguhpun perjuangan beliau disambung oleh para pewaris ilmunya, namun, beliau sesungguhnya tiada tolak bandingnya dari sudut pendidikan dan tarbiah.

Pada hari tersebut, rumah beliau di penuhi oleh lebih 600 para penuntut ilmu, yang mengikuti pengajian akhir beliau. Lebih kurang 2 jam selepas majlis pengajian beliau yang berakhir pada pukul 2.00 pagi, beliau pulang ke rahmatullah dalam keadaan yang tenang, bagaikan seorang kekasih menemui sang kekasihnya. Jenazah beliau diiringi oleh lebih 200 000 orang, yang mana kebanyakkannya dari kalangan anak murid beliau.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Haram, dan kemudiannya, jenazah beliau dikebumikan di Perkuburan Ma'la. Sepanjang perjalanan ke sana, kedengaran bacaan tahlil dan takbir dengan kuat mengiringi jenazah beliau di samping tangisan pencinta-pencinta beliau di atas pemergiannya.

Semoga Allah s.w.t. memcucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam.

Al-Fatihah ila Hadrati As-Sheikh As-Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki………Amin

(Biografi ini diadaptasi dan dinukil dari buku "Al-Maliki: Ulama' Rabbani Abad ke-21" karangan Sheikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, salah seorang anak murid kesayangan beliau, dan juga merupakan guruku yang amat disanjungi.)

Hadis Pengharaman Arak

" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "

(riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Maksud arak dr segi bahasa ialah diambil drp perkataan Al-HAMRU yg bererti menutupi
Dari segi istilah pula : Setiap minuman yg memabukkan hasil drp perahan anggur dll .


SEJARAH PENGHARAMAN ARAK ( ada 3 peringkat)

Peringkat pertama ( Penjelasan baik dan buruk arak )

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqoroh ayat 219 :

"219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, "

segala minuman yang memabukkan.

Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum .penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan ,keburukkannya lebih banyak drp kebaikan

Cth : Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya ,manusia yg meminum arak akan mabuk ( hilang ingatan ) kurang pertimbangan akal ,apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cth seorang suami yg baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yg buruk akhlaknya ketika dia mabuk seperti menengking isterinya ,memukul , dan melakukan perkara yg di luar batasan ,padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras . Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yg pertama ini.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yg meminumnya.


Peringkat ke dua ( Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa' ayat 43
43. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun.


menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat juga larangan untuk bersembahyang bagi orang junub yang belum mandi.

Pada peringkat ke dua ini Allah mula mengharamkan arak di minum ketika hampir masuk waktu solat ,kerana dikhuatiri solat yg didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yg lain ,melakukan penambahan /pengurangan rakaat dsb . Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh di minum .



Peringkat ke 3 ( pengharaman secara mutlak)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa ayat 90-91
90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

[# ]panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.

Setelah turun ayat yg ke 3 maka hukum arak diharamkan secara mutlak .

  1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
  2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
  3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
  4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
  5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
  6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
  7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram.
  8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
  9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
  10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram .

Monday, August 10, 2009

Pengkhianat Bangsa Vs Pengkhianat Agama


UTUSAN ONLINE.COM

UMNO Bahagian Johor Bahru yang bersidang semalam sebulat suara melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat bangsa.’Suasana mesyuarat bertukar dramatik apabila perwakilan mula bangun satu persatu sambil mengangkat tangan dan melaungkan ‘Anwar pengkhianat bangsa!

Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau mengemukakan Memorandum Menentang Pengkhianat Melayu yang ditandatangani lebih 160 ahlinya sebagai sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pemuda UMNO Pahang berikrar akan menyokong Muhyiddin dengan kira-kira 38,000 ahli dari seluruh negeri sanggup menjadi saksi bahawa kenyataan Muhyiddin itu adalah benar.

Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi minta Muhyiddin jangan tunduk kepada tekanan Anwar. KUALA LUMPUR 9 Ogos – UMNO Bahagian Johor Bahru yang bersidang hari ini sebulat suara melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat bangsa.’

Ketetapan berkenaan disuarakan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Shahrir Abdul Samad sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh 398 perwakilan pada Persidangan Perwakilan UMNO bahagian di sini.

Suasana mesyuarat bertukar dramatik apabila perwakilan mula bangun satu persatu sambil mengangkat tangan dan melaungkan Anwar pengkhianat bangsa sebaik sahaja isu itu dibangkitkan oleh Shahrir dalam ucapan alu-aluannya.

Shahrir kemudian meminta kesemua mereka bangun lalu melaungkan kata-kata ‘Anwar pengkhianat bangsa!’ secara serentak dengan penuh bersemangat.

“Mari kita bangun dan melaungkan Anwar pengkhianat bangsa supaya Anwar boleh sama-sama ambil tindakan undang-undang kepada kita.

“Biar Anwar Ibrahim saman kita semua kerana kita pun sanggup untuk menentang dia,” katanya semasa menyampaikan ucapan berkenaan di Hotel New York di sini hari ini.

Sementara itu Perwakilan Pemuda UMNO yang bersidang hari ini sebulat suara bersetuju agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengemukakan sebarang permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka juga berjanji akan berdiri teguh di belakang Muhyiddin dalam menghadapi apa juga tindakan yang bakal diambil oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang disifatkan sebagai pengkhianat besar perjuangan orang Melayu.

Di Hulu Selangor, Pergerakan Pemuda UMNO bahagiannya menyatakan sokongan padu terhadap tindakan Timbalan Perdana Menteri dengan mengemukakan memorandum.

Ia diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagiannya, Mahmud Karim kepada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Syahrin Md. Jamaludin pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor 2009 di Dewan Komuniti Serendah di sini.

Sokongan daripada Perwakilan UMNO Bahagian ini tercetus berikutan ketegasan Timbalan Presiden UMNO itu yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya ke atas Anwar walaupun pemimpin pembangkang itu bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya dan Utusan Malaysia.

Ini berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu menggelar Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

Mengulas mengenai memorandum itu, Mahmud berkata, Anwar selayaknya digelar pengkhianat kepada kaum Melayu kerana tindakannya yang terbukti bersifat talam bermuka-muka demi mencapai kepentingan politiknya.

“Kami menyeru supaya Timbalan Perdana Menteri jangan sesekali memohon maaf kepada Anwar secara terbuka mahupun tertutup dan mendesak saman yang difailkan ditarik balik,” kata beliau.

Di Pulau Pinang, Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau mengemukakan Memorandum Menentang Pengkhianat Melayu yang ditandatangani lebih 160 ahlinya kepada Muhyiddin.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketuanya, Aziaan Ariffin melalui Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu di sini.

“Kami menyeru dan merayu kepada Muhyiddin supaya tidak sesekali memohon maaf kepada Anwar secara terbuka mahupun tertutup dan pada masa sama mendesak saman yang difailkan ditarik balik,” katanya.

Beliau menjelaskan, pemimpin seperti Anwar ingin menghancurkan negara ini kerana kerakusan kuasa serta sanggup memperguna anak muda hanya kerana dendam politiknya pada UMNO.

Di Kuantan, Pergerakan Pemuda UMNO Pahang berikrar akan menyokong Muhyiddin berhubung kenyataannya terhadap Anwar yang dianggap pengkhianat Melayu.

Ketuanya, Abu Jimi Samat berkata, kira-kira 38,000 ahli dari seluruh negeri ini sanggup menjadi saksi bahawa kenyataan Muhyiddin itu adalah benar.

“Pemuda sanggup menjadi saksi bahawa Anwar adalah pengkhianat orang Melayu kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menganjurkan reformasi dan demonstrasi.

“Timbalan Presiden UMNO itu tidak perlu memohon maaf sama ada secara tertutup atau terbuka kepada Anwar,” katanya kepada pemberita selepas menerima tandatangan daripada Pemuda UMNO Paya Besar berhubung memorandum berkenaan.

Di Kota Tinggi, Pemuda UMNO bahagian itu menyerahkan memorandum menyokong Muhyiddin berhubung kenyataannya terhadap Anwar.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Roszaini Jahari berkata, memorandum itu antara lain meminta agar Muhyiddin tidak tunduk kepada tekanan Anwar.

“Justeru kami Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi sepakat menyokong Timbalan Presiden UMNO dan bersedia berjuang menentang pengkhianat bangsa demi agama bangsa dan negara,” katanya semasa mengadakan demonstrasi secara aman di Dewan Sekolah Menengah Teknik, Kota Tinggi.

.........................................................

Nak melabelkan DSAI pun siap kena bersidang ka?,hehe. dahsyat juga aura DSAi ni. Kali ni label pengkhianat bangsa. PR pula jangan pula dok bersidang untuk label org macam puak2 ni juga, kita perlu ada kesantunan sebagai bangsa Malaysia, bukan suka2 hati label orang. Persolanannya apa motif label tu.? Yang aku tau DSAI yang dikhianati dulu, dipenjara tanpa bicara bertahun-tahun. Dibebaskan dia dah maafkan semua org yang terlibat dalam konspirasi jahat tu. Tak dak pula dia khianat org.

Mungkin mereka ni lebih teruk kerana mengkhianati agama. Sejak dulu lagi Islam tak tertegak dengan sempurna, malah mendapat tentangan hebat dari puak2 penglabel penkhianat bangsa ni. Contohnya, Siapa yang menentang rang undang2 hudud yang suatu ketika pernah dibahaskan dahulu? Siapa yang pengkhianat sebenarnya.? Penglabel atau DSAI? Sama2 kita renungkan. Gajah di depan mata xnmpak, buta. semut di seberang pulau nampak sgt pulak dah! Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.amin.

Ikhwan Pencetus Gerakan Ummah



Imam As Syahid Hasan Al-Banna menggerakkan Ikhwan Muslimin di Mesir beliau telah memberi penekanan terhadap ahli-ahli Ikhwan Muslimin agar tidak lupa memberi keutamaan terhadap enam fokus gerak kerja Islami. Enam gerak kerja tersebut termasuklah:

Pertama; berusaha untuk meningkatkan iman melalui kefahaman yang betul, hati yang tulus serta aqidah yang bersih.

Kedua; berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Islam dalam sistem pemerintahan serta membantu mana-mana pihak di seluruh dunia Islam untuk memenuhi matlamat ini.

Ketiga; menubuhkan kelab-kelab sukan bagi menggalakkan ahli-ahli menghayati kehidupan yang sihat dan cergas.

Keempat; menggalakkan penyebaran pengetahuan Islam dan syariah di kalangan masyarakat Mesir dan lain-lain.

Kelima; membangunkan prasarana ekonomi dengan menggalakkan ahli-ahli untuk menaja penubuhan sekolah-sekolah Islam, klinik-klinik dan projek-projek kebajikan.

Keenam, mewujudkan hubungan dengan Ikhwan dan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia Islam dan seterusnya.

Dengan memberi tumpuan terhadap interaksi langsung dengan masyarakat melalui kelab-kelab sukan, sekolah, klinik dan projek-prjek kebajikan, Hasan Al-Banna telah berjaya menterjemahkan dakwah Islamiyah secara praktikal.

Projek-projek sosial dan kebajikan adalah wahana bagi pembinaan pandangan umum atau public opinion. Hasan Al-Banna memahami dan melaksanakan prinsip public opinion leadership ini dengan baik. Ianya bersumber daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan itu maklamatnya juga adalah selaras serta menepati matlamat yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, iaitu mendekatkan masyarakat dan sistem pemerintahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan.

Hasan Al-Banna juga sedar bahawa tumpuan terhadap kerja-kerja sosial dan kebajikan tidak terpisah dengan usaha untuk menguasai instrumen-instrumen perundangan, politik dan ekonomi melalui satu sistem pemerintahan.

Dengan sokongan masyarakat terhadap dakwah dan khidmat kemasyarakatannya, Ikhwan Muslim sejak era Hasan Al-Banna hingga kini tidak pernah memisahkan usaha untuk memperluaskan projek-projek kemasyarakatan dengan usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan melalui cara yang sah.

Namun sejarah telah menyaksikan bahawa setiap kali sokongan terhadap Ikhwan yang dicapai melalui kerja-kerja dakwah yang praktikal ini mahu ditingkatkan oleh rakyat melalui sokongan politik yang sah, maka setiap kali itulah ianya dinafikan secara kejam oleh rejim yang berkuasa ketika itu.

Sejak zama Raja Farouk, Jamal Abdul Naser, Anwar Sadat dan kini Husni Mubarak, trend dan tindakan sama terus dilakukan terhadap Ikhwan setiap kali sokongan rakyat semakin meningkat terhadap mereka.

Mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh Ikhwan selama hampir 80 tahun ini tidak pernah melunturkan semangat juang mereka. Berbagai pendekatan dan cara yang selaras dengan syara’ terus digerakkan oleh Ikhwan.

Kini pendekatan public opinion leadership yang bertepatan dengan fikrah Ikhwan Muslimin ini dilonjakkan oleh tokoh-tokoh pemikir dan ulamak yang mempunyai kaitan rapat dengan Ikhwan Muslimin. Tokoh paling utama memainkan peranan ini adalah Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Saluran paling utama yang digunakan oleh Al-Qardhawi adalah media cetak dan elektonik serta internet. Al-Qardhawi mempunyai satu laman web peribadi yang komprehensif. Beliau juga memainkan peranan yang besar dalam pembentukan saluran TV terkemuka di Timur Tengah, Aljazeera. Bahkan, melalui pengaruhnya majoriti editor dan staf kanan Aljazeera adalah mereka yang ada sedikit sebanyak hubungan dengan madrasah Ikhwan Muslimin.

IslamOnline.com satu sayap Aljazeera juga menjadi front bagi public opinion leadership yang diterima baik oleh masyarakat Islam seluruh dunia. Wikipedia turut membuat liputan yang agak menyeluruh tentang Al-Qardhawi.

Selaras dengan madrasah tarbiyyah Hasan Al-Banna yang telah dilalui olehnya, Al-Qardhawi melaksanakan tugas ini secara kolektif. Beliau membentuk flatform-platform dan forum-forum yang amat berkredibiliti. Dengan kerjasama ulamak bertaraf dunia, Al-Qardhawi telah membentuk pelbagai majlis ulamak, majlis fiqh, majlis fatwa dan badan-badan penyelidikan fiqh dan syariah di peringkat Amerika Utara, Eropah dan sedunia.

Tokoh-tokoh ulamak yang menjadi anggota majlis-majlis ini walaupun mampu berdiri di atas kredibiliti mereka masing-masing, tetap tidak boleh dinafikan bahawa mereka adalah tokoh-tokoh yang sudah sedia dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin.

Penubuhan Ittihad Ulamak Al-Muslimin Al-Alami atau Persatuan Ulamak Muslimin Sedunia pada tahun 2004 adalah satu rangka usaha untuk membentuk pandangan publik terhadap imej perjuangan Islam yang sebenar.

Berdepan dengan gagasan jihad global tajaan Al-Qaeda ekoran peristiwa 11 September 2001 yang menimbulkan kekacauan pandangan dunia tentang Islam dengan terorisme, Al-Qardhawi meletakkan perspektif sebenar perbezaan di antara jihad dengan keganasan.

Menolak tohmahan Islam militan berbanding gerakan Islam sah, Al-Qardhawi dan ulamak yang bersama-samanya telah berjaya membentuk pandangan umum yang tepat terhadap kedudukan dan pendirian Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

Pandangan umum yang diterajui oleh Al-Qardhawi inilah yang mendahului jalan ke arah usaha yang dilakukan oleh Hamas dan calon-calon Ikhwan untuk terlibat secara besar-besaran dalam proses demokrasi di Palestin dan di Mesir.

Ittihad Ulamak yang ditubuhkan setelah pencerobohan tentera Amerika ke atas Iraq juga menjadi satu saluran pembentukan pandangan umum umat Islam seluruh dunia dan di Iraq sendiri tentang pendirian terbaik yang mesti diambil oleh mereka.

Dalam kenyataannya, Ittihad Ulamak telah menegaskan sokongannya terhadap jihad di Iraq. Mengutuk keras kehadiran tentera asing. Menegaskan bahawa tiada seorang muslim pun dibenarkan oleh syarak untuk membantu tentera penceroboh.

Mana-mana orang Islam yang menjadi anggota pasukan polis Iraq, diharamkan ke atas mereka untuk menyakiti mana-mana rakyat Iraq. Pasukan jihad di Iraq tidak dibenarkan menyerang anggota polis selagi mana anggota polis ini tidak menyakiti rakyat Iraq dan tidak mematuhi arahan tentera asing.

Ittihad Al-Ulamak juga menyeru agar pasukan jihad di Iraq untuk patuh kepada syariat berhubung dengan undang-undang jihad. Mereka tidak dibenarkan menyerang orang-orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan termasuk warga asing dan rakyat negara yang sedang menceroboh terutama yang menjalankan tugas-tugas kemanusiaan. Mana-mana warga asing yang ditangkap hendaklah dilayan sebagai tahanan perang menurut undang-undang Islam. Mereka tidak boleh dibunuh atau disakiti. Di atas platform mana pun Al-Qardhawi mengeluarkan pandangannya, jelas ia adalah satu manifestasi baru penjelmaan fikrah dan dakwah Ikhwan Muslimin di pentas dunia.

Pilihan Raya N11 Bulan Puasa


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.


Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".

"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.

Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.

Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.

Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.

"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.

Thursday, August 6, 2009

Bibit Perpecahan Perlu Dielakkan


Sejak beberapa hari yang lalu, kes Dr Hassan Ali yang menempelak Ronnie Liu berkaitan isu arak memberi pelbagai reaksi yang menarik kepada semua. Masing-masing saling tuduh menuduh, tiada perbincangan. Blogger2 pula tak habis2 mengapi-apikan perkara tersebut. Blogger PR pulak tu. Masalah betul. Perkara yang kecil sebegini bukan digunakan untuk kita membesar-besarkan sangat, bukan untuk meraih populariti blog anda! Ianya melibatkan perpaduan PR itu sendiri sebenarnya.

Tiada maknanya kita terlalu menyokong kedua-dua belah pihak secara melulu tanpa kembali memberi ruang kepada mereka untuk memperbetulkan kembali kesilapan masing2. Sekarang bukan masa siapa betul dan siapa salah. Merujuk kepada kes tersebut, Ronnie mungkin secara logiknya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan arak yang diharamkan dalam Syariat Islam itu sendiri. Tindakannya campur tangan dalam kes rampasan itu mungkin beliau melihat dari sudut minuman keras dan alkohol yang difahami kepala otaknya itu. Kalau kita sebagai islam minuman keras dan alkohol adalah perkara sama haramnya tidak berubah hukum, hanya berbeza peratusan sahaja menyebabkan istilah berubah, kandungannya sama.


Dr Hasan pula cepat sangat melatah, sampai nak mohon dipecatkan Ronnie dari menjadi Exco Kerajaan Negeri. Mungkin beliau marah dengan tindakan Ronnie Liu tapi tidak perlu mengeluarkan kenyataan berbaur pepecahan, hanya merugikan PR secara keseluruhannya. Kes ni akan digunakan oleh media putar alam memutar seboleh-bolehnya supaya isu ini menjadi lebih keruh dan peluang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih populariti mereka dalam Pilihanraya akan datang dengan memburukkan PR. Ini semua merugikan kita sebenarnya.

Pada pandangan saya, perkara seumpama ini boleh diselesaikan secara baik dan tidak berlarutan sampai menjadi lebih parah. Ronnie tu bukan islam, mana la dia tau sangat hukum hakam ni. Sepatutnya yang perlu dipersalahkan dalam kes arak ni ialah kerajaan pusat sendiri, mereka yang "menghalalkan arak di Malaysia" sejak dahulu lagi. Kepala-kepala yang memerintah dan "menghalalkan arak" adalah dikalangan orang yang namanya Islam. Maka mereka itu lebih teruk dari Ronnie. Orang Islam yang menjadi musuh kepada orang islam sendiri.

Diharapkan setiap pihak yang terlibat perlu kembali kepada perpaduan yang terbina. Sukar sebenarnya PR ingin bersatu padu seperti sekarang, sudah banyak sejarah telah dicatatkan bagaimana persengketaan diantara PAS-DAP. Amat sukar untuk mencari titik pertemuan dan kesatuan itu sendiri, diharapkan kita semua menghargai perpaduan yang sudah sedia terjalin sekarang. Jangan kita robohkan dan ranapkan apa yang dibina, bersusah payah sejak dahulu lagi.

Setiap permasalahan yang timbul mestilah diselesaikan secara aman dan profesional. Mustahil tidak timbul sebarang masalah di dalam sesebuah pertubuhan, ni kan pula pemerintahan sebuah negeri. Masalah mesti lebih besar, lebih mencabar dan memerlukan komitmen dan iltizam yang tinggi. Sedangkan lidah lagi tergigit. InsyaAllah setiap masalah akan dapat diselesaikan dengan berhemah, sekiranya kita saling hormat menghormati sesama agama, bangsa, dan budaya.