Wednesday, August 5, 2009

Hampir Setahun Lahirnya...

Alhamdulillah setelah hampir sebelas bulan usia blog yang serba naif ini, bulan hadapan genaplah usia setahun blog kesayanganku. Aku mula belajar menulis blog bermula bulan puasa tahun lepas, tiba2 hati aku tergerak untuk menulis walaupun aku ni tak pandai pun menulis. Pada mulanya blog ni diusahakan dengan sumbangan broadband member aku, Yasser.Terima kasih ya, semoga anda mendapat balasan yang baik dari Allah.

Ketika itu, masa menulis, update blog agak terhad memandangkan broadband speed pun tak power lagi. Lambat juga nak post satu2 artikel pun. Alhamdulillah sekarang dengan penggunaan streamyx 1.0, kelajuan sangat membantu aku untuk membaca, memuat turun artikel dan sebagainya berkaitan blog, bersyukur segalanya dipermudahkan.

Walaupun sudah hampir setahun blog ini ditulis, aku masih belum puas dan rasa blog ini tidak banyak membantu rakan2 blogger yang lain. Aku memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat post2 yang tidak menyenangkan sebahagian pembaca yang disayangi.

Tujuan utama aku membina blog hanya sekadar suka2, ingin mencuba sahaja, tidak sangka pula blog ni byk dimuatkan dengan unsur2 berbaur politik. Kepada rakan seperjuangan, semoga segala teguran dan bimbingan anda dapat memberi manafaat dan meningkatkan kualiti kepada diri yang serba kosong ini. Kepada insan yang tidak sehaluan dengan fikrahku, aku memohon maaf sekiranya artikel2 yang menyentuh hati dan perasaan.

Sebagai penutup, semoga kita semua diberi hidayah dan petunjuk dari Ilahi, dilorongkan jalan hidup yang diredhainya selamanya. amin.

4 comments:

  1. Teruskan perjuangan ya akhi,ana pun masih baru dalam dunia blog ni.Semoga blog dapat menjadi wadah kita menyebarkan kebenaran dan dakwah untuk mermartabatkan agama ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  2. salam ya sahabat.terima kasih diatas perkongsian ilmu dan ukhwah yang terjalin. semoga mndapat rahmat darinya. segla teguran dan nasihat amatlah diharapkan.sekian...

    ReplyDelete
  3. Salam tuan,
    Teruskan menulis,perjuangan tuan diperlukan di media blog,sebarkan yg benar,yg salah diterjah..salam ukhwah dari wak.

    radenbanjar
    AO.com/albanjari online

    ReplyDelete
  4. salam terima kasih webmaster albnjari. semoga saya dapat belajar byk lagi dari wak

    ReplyDelete