Sunday, November 8, 2009

Apa Nak Jadi...


PENARIK BECA.COM
Saya copy and paste tanpa izin dengan memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada Zolkharnain Abidin:
Saya duduk berhampiran kumpulan peserta dari sebuah negeri. Saya mengenali mereka dan begitu pula sebaliknya. Ada yang bekas wakil rakyat dan sekarang memegang jawatan kanan dalam organisasi PAS negeri berkaitan.

Saya sakit telinga (dan sakit hati juga), semasa Aziz Bari dan Abu Hasan berhujah, mereka bercakap sesama sendiri dan sekali-sekali menyanggah hujah Aziz Bari dan Abu Hasan. Kadang-kala mereka iringi hujah penalis itu dengan ketawa. Mereka berhujah menyokong Presiden di tempat duduk masing-masing. Tumpuan saya terganggu, tambahan pula saya berusaha untuk mencatat semua hujah Abu Hasan.

Di penghujung pembentangan Abu Hasan barulah mereka agak diam apabila mendapati hujah-hujah Abu Hasan semakin mantap. Selepas makan tengahari, mereka tidak lagi duduk di tempat asal mereka.

Kalau beginilah mentaliti (dan akhlak) sebahagian pimpinan PAS (walau pun pimpinan negeri) apabila berhadapan dengan pangan yang mereka tidak persetujui, saya fikir PAS negeri itu tidak akan kemana. Mereka perlu tahu etika (sebenarnya adab) ketika berada di dalam majlis (baca selanjutnya dalam posting beliau bertajuk "Seminar memperkasakan parti - beberapa mulahazah")
Perwakilan negeri mana tu, Ustaz? Tak payah jawablah. Saja tanya ja. Elok tak tau dari tau. Tau pun jadi haru-biru pulak..

Kalau bakaq tak dak akhlaq, berdosa besar memang berdosa besar. Saya mohon ampun kepadamu, ya Allah! Tapi bakaq bukan pimpinan walau di peringkat mana pun. Maklumlah, blogger pemfitnah PAS..

Berkaitan:
Selangor MB slams PAS delegates (Malaysian Insider 8/11/09)
Kalau beginilah sikap pimpinan PAS (Ngomelan Sysop 8/11/09)
PAS di pinggiran kecundang....!! (Kedah Lanie 8/11/09)
PAS tidak boleh ditegur (Detikdaily 8/11/09)

Bagi saya seminar yang telah berlalu sangat berjaya. Berjaya menggambarkan bahawa PAS memang tidak boleh ditegur. Kepada pengkritik pengkritik PAS saya nasihatkan berhentilah menasihati PAS. Ternyata PAS telah 'sempurna'. Atau jika anda hendak juga menegur, mintalah panduan dari pemimpin PAS cara cara menegur PAS. Tanyalah sekali apa yang patut ditegur dan apa yang tidak patut ditegur.

Kekadang untuk mententeramkan hati, teringat saya dengan pepatah orang tua 'biarlah si luncai terjun dengan labu labunya'. Semoga PAS tidak menjadi parti 'syok sendiri'. Sama samalah kita tunggu rumusannya pada PRU13.

................................................................................................

CIPANTAPIRTENUK.BLOGSPOT.COM

Kalau Beginilah Sikap Pimpinan PAS

Gua tak terkejut la lepas nih... kalau beginilah sikap pimpinan PAS dan peserta seminar... takder la terkejut lagie lepas nih...

Selama nie gua ingat pimpinan PAS (walau diperingkat mana pun) bersikap rasional dan cuba untuk cari jalan tengah menyelesaikan kekusutan dalaman parti ... malah bersikap terbuka dengan kritikan..... tak macam UMNO/BN ... tapi.. rupa-rupanyer gua tersilap laa...

Sori la... PAS memang menempah maut.... tak per.. korang (pimpinan PAS serta peserta seminar yang nampak bangang tue) .... tunggu jer la... tak lama pon... PRU13 bukan la lama lagie.. cuma ader dua tiga tahun jer... paling awal 2012 nanti...

So... teruskanlah apa yang korang pertahankan tue... dan rasakanlah pahitnyer biler PAS dah tak diterima rakyat marhen pada PRU13 ... balik la korang jadi macam katak bawah tempurung balik.. hahaha... tak depek den nak nolong aih..

Sori la.. gua tak dapat pi seminar tue.. tapi dari sumber-sumber yang gua percayai... apa yang berlaku disana tue .. nampak sangat la geng-geng Kerajaan Perpaduan (UG) terlampau ramai dan pengaruh dah kuat giler... Hassan Ali dah letak orang dier dalam semua peringkat...

Kalau beginilah sikap pimpinan PAS ... jangan harap la dapat nak kekalkan kuasa pada PRU13 nanti ... PAS dah tak laku dah... orang tak percaya dah... yer la saper nak percaya Parti yang tak nak terima pandangan rakyat marhaen ... PAS dah sama macam UMNO...

PAS dan UMNO nampak lebih semacam adik beradik la... hahahaha... tak boleh percaya la... Buat malu gua jer... kalu ini macam.. gua cadang nak kuar jer dari PAS nih... makin karut... menang skit jer terus rasa besar kepala... terus rasa hebat.. terus rasa paling power skali...

Blah la lu...
................................................................................

PERISIK RAKYAT.COM

Wakil Terengganu, Pemuda (orang Terengganu juga), Selangor dan Ulama telah kuat menghentam konsep persepsi. Kononnya PAS tidak menjadikan “Dzan” sebagai sumber hukum. Semuanya wajib disahkan dan dipastikan 100%.

Yang menghairankan berapa banyak dalam contoh Seerah Nabawiyyah yang menunjukkan betapa Nabi S.A.W mementingkan persepsi di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah islamiyyah serta kerja2 politik Islam.

Saya nukil dari http://www.mail-archive.com/wanita-muslimah@yahoogroups.com/msg33551.html :
  • “Empat belas abad yang lalu, tepatnya di kota madinah pada masa Rasulullah saw. ada seorang munafiqun yang bernama Abdullah bin Ubay bin salul. Ketika itu ia bersumpah :
  • "Demi Allah, apabila aku kembali ke Madinah, tentu orang yang paling mulia akan segera mngusir orang yang paling hina."
  • Maksud Abdullah bin Ubay adalah bahwa dirinya yang ketika itu termasuk pemimpin di antara pemuka kalangan munafiqun yang menganggap lebih mulia daripada Rasulullah saw; dan bahwasanya Rasulullah Muhammad saw. itu adalah orang yang paling rendah martabatnya di antara mereka. Dengan demikian, beliau tidak layak lagi memimpin mereka. Begitulah maksud Abdullah bin Ubay.
  • Berita tersebut didengar oleh Zaid bin Al Arqam, kemudian ia menyampaikannya kepada Umar. Umar sangat geram mendengar hal ini, lalu ia melapor kepada Rasulullah saw. Dengan menahan emosi, ia berkata, "Izinkan aku, ya Rasulullah, untuk membunuh orang itu, orang yang telah menyebarkan fitnah, agar aku dapat memancung lehernya."
  • Mendengar permintaan Umar itu, Rasulullah saw lalu bertanya, "Apakah engkau akan membunuhnya, bila kuizinkan engkau melakukannya?"
  • Umar menjawab, :" ya tentu. Demi Allah, jika engkau memerintahkan kepadaku untuk membunuhnya, maka aku akan memancung lehernya, (sekarang juga).
  • Rasulullah saw berusaha menenangkan emosi umar, seraya berkata "Duduklah dulu".
  • Tak lama kemudian, datanglah salah seorang terkemuka dari kalangan Anshar yang bernama Usaid bin Hudlair. Ia kemudian berkata "Ya Rasululullah, izinkanlah aku untuk memancung leher orang yang telah menyebarkan fitnah di tengah masyarakat itu"
  • Kembali Rasulullah saw berlata persis seperti apa yang dikatakan Beliau kepada Umar : "Apakah engkau akan membunuhnya, bila kuizinkan engkau melakukannya?"
  • Usaid bin Hudzair menjawab: "Ya tentu saja. Demi Allah, jika engkau memerintahkan kepadaku untuk membunuhnya, maka aku akan memancung lehernya, (sekarang juga)."
  • Tetapi, lagi-lagi Rasulullah tidak mengijinkan Usaid melepaskan geramnya.”
Di akhir artikel ini disimpulkan :
  • “Nampaklah, sikap Rasulullah SAW tidak mengijinkan membunuh orang munafik Abdullah bin Ubay karena Beliau khawatir orang-orang mengatakan "Muhammad telah membunuh sahabat-sahabatnya". Bahkan Beliau bersedia menshalatkannya saat ia meninggal. Namun, Allah segera menurunkan larangan tentang hal itu (lihat surat at Taubah ayat 84). Sementara, untuk kasus lainnya, pengeksekusinya adalah para sahabat yang gagah berani dengan seijin Rasulullah sebagai Kepala Negara.”
Ertinya, Rasullullah SAW MEMENTINGKAN persepsi, dan persepsi negatif seperti “Muhammad mengizinkan Sahabat beliau dibunuh” adalah penting bagi Nabi SAW. Dengan kata lain, Nabi SAW mementingkan persepsi orang kepada Islam dan kepada usaha dakwah yang dilakukan oleh Baginda SAW.

Ertinya, kalau PAS Pusat mengikut contoh Nabi SAW dan para Sahabat, nesscaya mereka akan memandang serius pembentangan dari Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hasan dan tidak menolak ketepi kajian persepsi yang dilakukan oleh mereka.
Jalan yang PAS ambil.

HANYA PAS TERENGGANU MENOLAK PERSEPSI SEBAB NAK JAGA PEMIMPIN MEREKA

Kalau PAS Terengganu ni ikut contoh dan ajaran yang diberikan oleh Nabi SAW dalam dakwah dan politik nescaya dah lama PAS Terengganu menang dan dah lama UMNO berkubur.

Terengganu majoriti melayu dan Islam dan isu Islam ni isu yang rapat dengan hati rakyat Terengganu. Tapi, jelas dari seminar semalam, wakil Terengganu dan wakil Pemuda(pun dari PAS Terengganu) terang2 menolak persepsi.

Padahal, Nabi SAW jelas MENJAGA PERSEPSI umum terhadap Islam dan usaha dakwah yang Nabi SAW jalankan. Soal sekarang, bagaimana Allah SWT hendak memberi kemenangan kepada PAS Terengganu kalau mereka sendiri menolak sunnah yang ditunjuk oleh Nabi SAW.

Kalau Nabi SAW tidak pentingkan persepsi, nescaya semua orang munafik di Madinah sudah dipancung dan dibunuh oleh Nabi SAW. Tapi, majoriti orang2 di luar Madinah ni jahil dan tidak tahu membezakan antara orang munafik dan orang Islam. Abdullah Ubai itu solat di belakang Nabi SAW. Bagaimana orang luar Madinah dapat membezakan antara orang Islam dan orang Munafik?

Demi untuk mengekalkan beberapa kerat pemimpin yang duduk di kepimpinan Terengganu, mereka sanggup menolak sunnah Nabi SAW dan sanggup memaki Dr Aziz Bari dan Dr Abu Hasan semata-mata kerana kedua-dua doctor ini membentangkan laporan berkaitan persepsi.

Tak heranlah PAS Terengganu kerap kali kalah. Dan tak heranlah PJ Terengganu kena boo dengan penyokong sendiri.

Di Terengganu, orang atas pagar dan orang UMNO tidak akan pergi ceramah Anwar atau Pakatan Rakyat. Konfirm Harun Taib kena booo dengan penyokong sendiri.

Wallahualam

Tulang Besi
.....................................................................

Apa dah jadi ni...semua dah pakat buka pekung masing2, mungkin dah lama pendam sampai meletup. Saya pada mulanya malas nak ambil tahu sangat tentang isu kepimpinan kerana saya bukan orang penting pun tetapi setelah membelek dan membaca pelbagai sumber blog, saya sendiri menggeleng kepala melihat pergeseran yang berlaku. Masing2 terus menerus menuding jari antara satu sama lain. Di mana penyelesaiannya ni?

Sampaikan ada satu artikel blog menyatakan Tok Guru kena sindir sampai sakit perlu bawa ke IJN (wallahua'lam berita tersebut shahih atau pun tidak) Tak kan sampai mcmtu sekali jadinya. Kalau betul apa yang berlaku pada Tok Guru sampai begitu sekali, saya sangat dukacita dengan segelintir pemimpin yang berkelakuan tidak profesional ini.

Dah seperti bergolak pun ada, masing2 tak mau mengalah. susah. Kita semua perlu muhasabah semuala apa sebenarnya punca dan kelemahan yang timbul. Setiap invidu dalam jemaah perlu sedia menerima teguran dan bersikap berlapang dada, jangan terlalu jumud menganggap kita sudah terlalu sempurna sampai tidak boleh ditegur. Apa yang dibuat betul dan benar belaka. Berpolitik secara matang dan berilmu. Rakyat diluar sentiasa menilai dan memerhati gerak geri perjalanan parti dan pemimpinnya.

Semoga Allah membuka jalan penyelesaian yang terbaik untuk Jemaah Islam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment