Monday, November 30, 2009

DEMO Terbesar-50 orang

HARAKAHDAILY.COM

KOTA BHARU, 1 Dis: Kira-kira 50 penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan.

Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.

Che Johan, Timbalan Umno Pasir Mas itu kemudiannya telah menyerahkan satu memorandum kepada Setiausaha Politik MB, Anuar Bakhri Haron.

Selain berteriak dan melaungkan slogan anti PAS, mereka juga menaikkan kain rentang mendesak Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Polis telah mengawal ketat demo ini.

Malam tadi, Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis bagi memaklumkan rancangan demo ini.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan, Wan Azimin Wan Adnan, ditemani oleh beberapa orang peguam, dilihat memasuki balai polis Kota Bahru, jam 10.30 malam tadi.

Dalam kenyataan media selepas itu, Naib Ketua Pemuda DPPNK, Hisam Fauzi memberitahu, pihak mereka mendapat tahu perhimpunan berkenaan dianjurkan oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan.

SMS yang mengajak para penyokong Umno menyertai perhimpunan ini mula tersebar sejak pagi semalam.

SMS itu memaklumkan, Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan akan menyerahkan satu memorandum bagi membantah Nik Aziz yang dikatakan berdoa agar Allah melaknat Perdana Menteri.

........................................................
Ahli Parlimen "Tak Kenang Budi" buat demo bantah Tok Guru, nak jadi hero pulak. Cermin lah diri sendiri dulu...

5 comments:

  1. Kalau di pihak yang benar kenapa takutkan doa?

    Allah akan makbulkan doa manusia yang dizalimi. Kalau yang kena doa itu benar, Allah akan kembalikan ke atas tengkuk orang yang berdoa.

    Jadi apa yang UMNO dan Najib risaukan?

    ReplyDelete
  2. betul, kalau tak salah knp nak risau kan?

    semoga Allah bg pngjaran kpd orang yg zalim ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Terima Kasih kepada saudara atas kunjungan saudara ke blog saya.

    Mengenai persoalan demonstrasi. Tidak ada sebarang kebenaran dari hadis nabi, nas atau sunnah khulafa ar-rasydin yang membenarkan demonstrasi ini. Maka dalam hal ini saya membantah tindakan UMNO Kelantan.

    Walaubagaimanapun saya juga tidak bersetuju dengan tatacara Nik Aziz yang melakukan doa laknat pada pemerintah yang beragama Islam.

    Memang terdapat nas yang mengatakan mengenai doa orang yang teraniaya itu diterima, namun dalam masa yang sama Islam tidak pernah menghalalkan mana-mana muslim berdoa agar saudaranya ditimpa balak.

    Rasulullah S.A.W sendiri hanya mengamalkan qunut selama sebulan setengah untuk meminta ALLAH menurunkan bala pada sesuatu kaum, tetapi tidak pernah berdoa meminta balak diturunkan kepada umatnya @ mana-mana umat Islam yang tidak mengikut syariat Islam.

    Mengenai persoalan yang dikemukakan yang mahu kita keluar dari kepompong politik berbangsa, saudara perlu kembali merujuk kepada Perlembagaan Negara yang mendifinisikan orang Melayu sebagai seorang menganut Agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan Melayu dalam kehidupan seharian.

    Jika dirujuk pada hiraki bahasa yang digunakan, Perlembagaan negara telah mengakui hanya orang Melayu yang beragama Islam sahaja diiktiraf sebagai bumiputra. Mkaa dalam hal ini perjuangan kita adalah untuk kepentingan Islam dan bangsa. Janganlah hanya kerana mahu menjaga hati kaum kafir, kita terpaksa bertolak ansur dalam hal-hal urusan agama kita.

    Kita boleh bertolak ansur, tetapi dalam masa yang sama kita harus bersikap sedikit kiasu demi kepentingan diri.

    PAS yang dianggotai ramai ulama mempunyai tanggugjawab yang besar dalam menasihati pemerintah. 'Menasihati' disini ialah menasihatkan pemerintah tetapi tidak bermakna harus menentang pemerintah beragama Islam.

    Hampir kesemua Imam Mukhtabar pernah dipenjara dan diseksa. Sebagai contoh Ibn Taimiyyah dipenjara gara-gara mengeluarkan fatwa yang tidak selaras dengan dasar pemerintah. Lalu dia dipenjarakan. Namun IBN Taimiyyah yang mempunyai ribuan pengikutnya ini tidak pernah mengeluarkan arahan kepada pengikut / anak muridnya untuk keluar dan menentang pemerintah. Malah dia memberi amaran agar anak muridnya sentiasa taat kepada pemerintah selagi mana pemerintah itu bersolat.

    Saudara barangkali akan mengemukakan hujjah yang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum ALLAH maka dia adalah kafir. Namun harus diingat hadis ini adalah bersifat umum. Sekiranya begitu saudara juga boleh saya tuduh sebagai kafir kerana mungkin saudara masih mengamalkan atau berlanggan dengan bank konvensional yang mana diketahui riba itu adalah haram.

    Dalam konteks ketaatan kepada pemerintah, Rasulullah S.A.W telah melihat permasalahan yang timbul ini. Maka Rasulullah S.A.W telah berpesan kepada kita dengan sepotong hadis;

    Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

    "Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*

    Islam itu menyuruh kita bersabar dalam menghadapi pemerintah Islam yang zalim. Ini berdasarkan hadis yang selalu saudara dengar

    "Sabar itu separuh daripada Iman"

    Jadi dalam hal ini, apabila saudara mengaku beriman maka, saudara dan saya pasti diuji dalam segenap aspek tak kesahlah dari aspek percintaan, kewangan mahupun ideologi politik.

    Dalam masa yang sama PAS juga masih terus menegakkan syiar YAHUDI dengan berjuang di landasan Demokrasi yang tidak pernah dihalalkan dalam sistem pemerintahan ISLAM yang TULEN

    ReplyDelete
  4. Saudaraku, berpolitiklah berdasarkan AL-QURAN dan SUNNAH, bukannya berdasarkan ideologi politik demokrasi @ teori.

    ReplyDelete
  5. ya, berita yang disiarkan benar, ana pernah berbual sndiri dgn ahli rufaqa yg ceritakan segalnaya.

    ................

    sekiranya tidak bersalah tidak perlu takut dgn doa Tok Guru. itu ja.

    sekiranya saudara berkata politik berpndukan alquran dan sunnah,? knp saudara mnghina bukan islam? islam secara jelas melarang kita mnghina bukan islam kerana mereka bukan dikalangan kafir harbi yang layak diperangi.

    satu lagi persoalan yang ana ingin ajukan ttg politik demokrasi, ikhwan muslimin dahulu pernah mnyertai pilihnraya di Mesir, secara jelas Mesir juga tidak menjalankan hukum Quran sunnah. Ikhwan myertai politik di Mesir utk memperoleh kuasa utk mnegakkan syiar islam.

    adakah Ikhwan Muslimin dikira salah sedangkan ikhwan diterajui ramai Ulama muktabar yang membuat reformasi pemikiran abad moden.Adakah Ikhwan turut terlibat dalam menegakkan syiar Yahudi?

    "Sekiranya begitu saudara juga boleh saya tuduh sebagai kafir kerana mungkin saudara masih mengamalkan atau berlanggan dengan bank konvensional yang mana diketahui riba itu adalah haram."

    ttg petikan di atas, saudara perlu belajar byk lagi ttg ilmu fiqh dan hal berkaitannya. saudara rujuk kitab mana yang orang amal riba murtad? boleh nytakan nama kitab utk rjukan ana.

    siapa yang wujudkan bank konvensional? rakyat atau kerajaan?

    "Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

    "Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*"

    saudara ada nytakan hadis diatas, sedangkan byk lagi hadis yang dinytakan oleh rasulullah utk tidak taat kepada pemerintah yang zalim, saudara boleh rujuk kitab Fiqh Siyasah dan fiqh daulah.

    "Islam itu menyuruh kita bersabar dalam menghadapi pemerintah Islam yang zalim. Ini berdasarkan hadis yang selalu saudara dengar"

    ya, islam menganjurkan umatnya bersabar, benar sekali. tetapi saudara faham apa definisi sabar berlandaskan islam?

    sabar bukan beerti berdiam diri semata2, tidak menyatakan bantahan sekiranya berlaku kezaliman di depan mata. saudara boleh rujuk kitab Ihya' karangan imam ghazali.

    ttg ibnu taimiyah, ana tak perlu komen kerana beliau seorang ulama muktabar, mereka lebih memahami dan arif dari kita.

    tetapi dalam sejrah ikhwan muslmin, As Sayid Hasan Albanna pernah menubuhkan pasukan tenteranya sendri utk menentang kerajaan Mesir yang zalim ketika itu, rasanya PAS tidak akan sampai ke tahap itu kerana masih banyak ruang perbincangan.

    sebagai nasihat:-
    hadis dan ayat quran tidak semua boleh ditafsir secara zahir ayat tetapi perlu dirujuk dan dibuka kitab bersama ulama. belajar lah bertalaqi dgn guru yang mursyid.

    ReplyDelete