Monday, December 7, 2009

Tazkirah : Andai benar ingin berdakwah


http://khairatul-huwaina.blogspot.com/

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, saat ini Allah memberikan keizinan untuk jari-jari tangan yang kesejukan peluang untuk menekan punat2 huruf pada laptop ini untuk berkongsi sesuatu buat diri sendiri dan semua yang membaca. Apatah lagi yang menaip ini, orang yang pertama membacanya perlu mengambil iktibar yang lebih daripada apa yang disampaikan berbanding orang yang menerima selepasnya..

Firman Allah s.w.t; "Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah............." [surah ali-Imran; 110]

Cuba kita renungkan serta perhatikan kalam Allah s.w.t di atas, Allah berfirman bahawa umat yang terbaik ialah umat Islam yang menyeru kepada ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran, jadi.. adakah kita umat yang terbaik?? Allah menyebut "Khaira Ummah..".. Sebaik2 umat.. Adakah itu kita? atau dia? atau mereka? Ayat Allah ini menunjukkan kepentingan dakwah itu dalam kehidupan seorang muslim..

Namun, adakah kita benar2 faham? apa itu dakwah? adakah sekadar mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran? Skop dakwah merupakan skop yang sangat luas.. terlalu luas.. jika ingin disebutkan setiap satunya pasti terlalu banyak. Apa yang penting, menyuruh kepada makruf dan mencegah kepada kemungkaran itu adalah tanggungjawab setiap insan yang bergelar muslim.. Tidak hanya fokus kepada seorang ustaz yang mengaji bidang agama sahaja, atau ustazah yang mengajar di sekolah2 agama.. malah setiap insan yang telah Allah pilih untuk merasai nikmat Islam dan nikmat iman.. Adakah itu kita?? Ya~ semestinya itu kita.. Kita yang Allah telah pilih untuk berjuang dijalanNya..

Firman Allah s.w.t; "Wahai orang2 yang beriman, Mahukah kamu AKU tunjukkan perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih?? Iaitu kamu beriman dengan Allah dan RasulNya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan diriku. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2 dan ke tempat tinggal yang baik di syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung." [surah As-Saaf; ayat 10-12]

Lihat~ betapa hebatnya tawaran Allah terhadap mereka yang sanggup berjuang di jalanNya.. Antara dakwah dan jihad di jalan Allah merupakan kaitan yang sangat besar memandangkan sesiapa yang berada di landasan dakwah bermakna dia sedang berjihad dijalanNya.. Tidak cukup dengan itu, Allah memuliakan lagi orang yang berjihad di jalanNya dengan firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran ayat 169;

"Dan jangan sesekali kamu mengira bahawa orang2 yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka hidup di sisi Tuhannya dan mendapat rezeki"

Alangkah indahnya andai kita tergolong dalam golongan yang Allah muliakan seperti ayat di atas.. Sungguh, amat hebat mereka yang bejuang di jalan Allah pada pandangan Allah s.w.t.. Namun, apa skop yang sebenarnya jika dikaitkan dengan tajuk post kali ni? Andai benar ingin berdakwah.. Sebelum ini, ana ada berbincang dengan seorang yang lebih 'arif berkaitan hal ini.. Kami berbincang mengenai ada segolongan daripada kita yang ada niat untuk berdakwah, banyak bercakap mengenai dakwah, namun.. dari sudut praktikalnya kurang. Mungkin kebanyakan daripada kita yang mempunyai banyak ilmu di dada, namun tinggal hanya sekadar teori sahaja. Sedangkan kita sendiri ketahui bahawa Islam itu bukanlah agama yang menekankan kepada teori semata2, malah dari segi praktikal itu juga sangat penting..

Sebagai contoh mudah, kita mengatakan "aku seorang da'ie", namun.. adakah da'ie itu hanya menjalankan dakwah dengan kata2nya sahaja tetapi dari segi teladan yang ada pada dirinya tidak menunjukkan semangatnya untuk berdakwah. Contohnya, Kita mengajak orang beramai2 pergi ke masjid namun sekujur tubuh kita orang langsung tidak pernah nampak di masjid. Inilah yang dikatakan kesilapan konsep dakwah dalam kehidupan kita. Dakwah bukanlah sesuatu yang keluar daripada mulut kita untuk mengajak ke arah kebaikan, menyuntik semangat perjuangan, mencegah kepada kemungkaran semata2, malah lebih dari itu.. Kita perlu menjadi contoh teladan kepada para mad'u.. Barulah lebih mudah isi dakwah kita diterima oleh mad'u..

Firman Allah s.w.t; "Sesunnguhnya Allah amat membenci mereka yang berkata perkara yang tidak mereka perbuat" [As-Saaf ayat 3]

Selain itu, untuk menjadi seorang da'ie kita juga perlu menjadi seorang yang mudah bergaul dengan semua orang. Ada seorang sahabat ana pernah berkata "Orang2 alim ni susah lah nak dekat dengan diorang.." Jadi.. Cuba kita lihat? adakah silap mereka yang berkata begitu?? tidak~ peranan kita jelas disitu, orang alim a.k.a da'ie perlu mudah mendekati orang disekeliling untuk memudahkan gerak kerja dakwah kita.. agar tidak tercicir golongan2 yang memerlukan..

Oleh itu, sama2 kita hayati dan renung2kan apa yang ada dalam post kali ni.. mungkin bukanlah entry yang bagus kerana diri ini bukanlah insan yang terlalu faqih dalam hal ini.. namun, apa yang baik eloklah kita kongsikan bersama.. Ayuh sahabat, kita islah diri kita.. Mungkin post di atas amatlah sesuai dengan diri ana sendiri melebihi yang membaca.. wallahu'alam...

Sabda Rasulullah s.a.w; 'Barangsiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam maka ia bukanlah daripada golongan mereka"

6 comments:

  1. Berikut dalil2 yang dapat ana berikan:

    Pemimpin para syuhada adalah Hamzah ibn ‘Abdul Muthalib dan seseorang yang menasihati penguasa yang zalim, melakukan amar makruf nahi mungkar di hadapannya, dan kemudian penguasa itu membunuhnya. (HR al-Hakim).

    Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim. (HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

    Hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi mungkar, mencegah orang berbuat zalim, serta menggiringnya hanya ke arah yang haq dan membatasinya juga dalam perkara yang haq. (HR Abu Dawud dan at-Turmudzi).

    Imam itu adalah (seperti) penggembala dan dia bertanggung jawab atas apa yang digembalakannya. (HR Muttafaq ‘alaih).

    Kelak, akan ada para penguasa, lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja yang melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari pertanggungjawaban di hadapan Allah Swt.). Siapa saja yang melakukan nahi munkar maka dia akan selamat. Akan tetapi, siapa saja yang ridha dan mengikutinya (maka dia tidak akan bebas dan tidak akan selamat). (HR Muslim).

    Ingatlah, demi Allah, hendaklah kalian melakukan amar makruf nahi munkar, mencegah orang yang berbuat zalim, menempatkannya di wilayah yang haq, dan membatasinya hanya di wilayah itu saja…. (HR Abu Dawud).

    Dalam riwayat lain ditambahkan demikian:

    ….ataukah (kalian ingin agar) Allah menjadikan hati-hati kalian berpecah-belah atau Dia melaknat kalian sebagaimana Dia melaknat mereka. (HR Abu Dawud).

    Rasulullah saw. juga telah menjadikan perkataan yang benar di hadapan penguasa yang zalim sebagai jihad yang paling mulia. Demikian pernytaan beliau ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya, “Jihad apa yang paling agung?” Beliau menjawab demikian:

    Kalimat yang benar di hadapan penguasa yang zalim. (HR Ibn Majah dan an-Nasa’i).

    Auf ibn Malik al-Asyja‘i pernah bertutur demikian:

    Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baik pemimpin kalian adalah orang-orang yang mencintai kalian dan kalian pun mencintai mereka; mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Sebaliknya, seburuk-buruk pemimpin kalian adalah orang-orang yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.” Para sahabat bertanya, “Apakah kami boleh memerangi mereka?” Beliau bersabda, “Tidak, selama mereka menegakkan shalat.” (HR Muslim).

    Yang dimaksud dengan menegakkan shalat adalah memerintah dengan Islam atau, dengan kata lain, menerapkan syariat Islam. Ungakap di atas menggunakan gaya bahasa tasmiyah al-kulli bi ismi juz’i (menyebut sebagian tetapi yang dimaksud adalah keseluruhan).

    Sementara itu, ‘Ubadah ibn ash-Shamit juga bertutur demikian:

    Kami telah membaiat Rasulullah saw. untuk senantiasa mendengar dan menaati beliau, dalam keadaan senang maupun susah, dalam keadaan lapang maupun sempit; untuk selalu lebih mementingkan beliau daripada keluarga kami; untuk tidak merebut kekuasaan dari ahlinya. (Beliau lalu bersabda, “Kecuali jika kalian melihat kekufuran yang nyata yang didukung oleh bukti [burhân] di hadapan Allah Swt.); serta untuk mengatakan kebenaran di mana saja kami berada, sementara kami tidak takut terhadap celaan orang-orang yang suka mencela. (HR Muslim).

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Dakwah luas jalannya tetapi pilihlah jalan yang benar dan diredhai Allah..

    ReplyDelete
  3. insyaallah, mudah2an kita diberi hidayah.amin :)

    ReplyDelete
  4. Salam ya akhi. Ana belum pernah beri komen kat sini. Kali ini ana terminta dari lubuk hati untuk memberi sedikit pandangan. Bagi menyambung hujah Naim Nikmat sabahat ana. Hujah mungkin tidak lengkap tanpa alquran. Kita petik sedikit dari surah Al Ankaboot:

    سُوۡرَةُ العَنکبوت
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    الٓمٓ (١) أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣) أَمۡ حَسِبَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ أَن يَسۡبِقُونَا‌ۚ سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ (٤) مَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَأَتٍ۬‌ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ (٥) وَمَن جَـٰهَدَ فَإِنَّمَا يُجَـٰهِدُ لِنَفۡسِهِۦۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٦) وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِهِمۡ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَحۡسَنَ ٱلَّذِى كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٧) وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَٲلِدَيۡهِ حُسۡنً۬ا‌ۖ وَإِن جَـٰهَدَاكَ لِتُشۡرِكَ بِى مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ۬ فَلَا تُطِعۡهُمَآ‌ۚ إِلَىَّ مَرۡجِعُكُمۡ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٨)

    Al-Ankaboot
    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
    Alif, Laam, Miim. (1) Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3) Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. (4) Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (5) Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk. (6) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan dengan sebaik-baik balasan. (7) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (8) Sadaqallahuazim

    ReplyDelete
  5. salam, syukran utk para sahabat ana yg sudi memberi pndangan yg sedikit sebanyak dapat memberi ruang kpd ana untuk belajar memahami siyasah dgn lebih jelas. semoga Allah merahmati kalian :)

    ReplyDelete