Sunday, July 5, 2009

Jangan Bermain Api


Salam kepada sahabat semua, bersyukur kepada Ilahi diatas kurniaan hidayah dan petunjuk kepada kita semua. Sejak beberapa hari lalu saya masih tak mampu menulis sebarang post kerana mempunyai sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan.

Saya tiada apa sangat yang hendak dikongsi melainkan sedikit pandangan tentang isu2 yang timbul di Negeri Kesayangnku, Kedah dan Negeri jiran, P.Pinang. Secara jujurnya saya sendiri tak pasti masalah sebenar yang berlaku di Kedah. Cuma saya sempat tegok berita mengatakan Kerajaan Negeri ingin merobohkan kuil2 hindu dan buddha. Thomas Su dikatakan mempunyai bukti berkenaan notis MBAS untuk merobohkan kuil2 selepas pihak MBAS merobohkan tempat ternakan babi.

Isu2 seperti ini akan dimanipulasikan oleh media kuno untuk memecah belahkan PR. Peranan media telah lama dipersoalkan tentang ketelusan dan kejujuran, tidak lebih menyampaikan berita secara melampau2, semak perut tengok.

Saya percaya MB Kedah Ust Azizan merupakan MB yang berpegang teguh dengan agama. Islam sendiri melarang umatnya merobohkan tempat ibadah sewenang2nya. Konsep ini juga diamalkan dalam memerangi puak kuffar. Contoh yang paling mudah, Rasulullah melarang Panglima Perang Islam merobohkan rumah2 ibadah sesuka hati apabila telah berjaya menawan sesebuah wilayah atau kawasan. Larangan itu menunjukkan Islam sangat menghormati agama lain.

Perkara yang melibatkan isu perkauman dan keagamaan perlu diselesaikan dengan cara yang baik dan wujudkan perbincangan. Bukan merajuk dan keluar parti. Macam budak2 sahaja. Elakkan tuduh-menuduh secara melulu2, bersikaplah profesional dan matang kerana anda merupakan pemimpin parti.

Jangan bermain api, api akan memakan diri. Perkara yang penuh sensitiviti, perlu diberi perhatian yang serius supaya tidak merosakkan perpaduan sesama kita. Sekian salam muhibbah.


No comments:

Post a Comment