Picture snap dari jauh sahaja, kemesraan pemimpin pakatan rakyat
duduk bersama memeriahkan perhimpunan.
Polis berkumpul di perkarangan stadium mengawal para tetamu
Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan untuk kita hidup dengan aman dan harmoni dengan kesempurnaan yang seadanya yang dikurniakan. Sejak akhir2 ini, berlaku banyak persengketaan dan fitnah yang dilontarkan terhadap PR bertalu2 menusuk segenap penjuru ruang bagi menggugat kesejahteraan PR yang semakin utuh.
Pada 30 Jun 2009, PR telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program Perhimpunan Perdana Pakatan Rakyat secara pantas bertujuan mematahkan semula serangan jijik pihak lawan. Perhimpunan yang berlansung di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya dihadiri oleh sekian ribu rakyat untuk mendapat input2 terkini yang lebih jelas dan benar.
Perhimpunan yang dipengerusikan oleh Dr Hatta Ramli yang penuh bersahaja sering menarik perhatian penonton yang hadir. Perasmian majlis dirasmikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim selaku tuan rumah pada malam itu. Seterusnya Y.B Lim Kit Siang memulakan sesi pertama pidato dengan membuka bicara dengan penuh semangat. Y.B Kit Siang banyak menyentuh perbahasan Sidang Parlimen kerana Y.B sangat agresif dan penuh fakta membangkitkan usul dan hujah.
Y.B membuka kisah berkenaan tentang PKFZ yang rugi berbillion ringgit dan menjadi isu yang utama sejak akhir ini. Selain itu, Y.B menyentuh soal populariti rating PM yang hanya memperoleh 45% selepas sekumpulan badan NGO membuat tinjauan sekitar Kuala Lumpur. Berbeza dengan Tun Pak Lah yang mempunyai populariti rating yang sangat tinggi sehinggakan PRU ke-11 tahun 2004 Parti Pemerintah dapat menguasai 90% kerusi di Parlimen.
Perhimpunan digamatkan lagi dengan pidato dari Tuan Guru Hj Hadi penuh semangat dimulakan dengan sepotong ayat Quran, menyentuh soal manusia dijadikan dengan pelbagai bangsa supaya saling mengenali serta menunjukkan kebesaran Allah menjadikan sesuatu. Saya melihat ucapan Tuan Guru menarik perhatian sebilangan besar hadirin yang bukan Islam. Mereka memberi sepenuh perhatian setiap bait ayat yang dituturkan oleh Tuan Guru.
Pidato terakhir disampaikan oleh Ketua Pembangkang Parlimen DSAI, tokoh penuh karismatik yang dikagumi kawan dan lawan. DSAI membuat pelbagai rumusan ringkas sebagai penutup kepada majlis. Pemidato yang handal sangat mengagumkan saya dengan ucapan yang menyelitkan unsur2 kecindan dan bahasa yang indah menjadi aset utama kepada DSAI.
Kemeriahan perhiimpunan diserikan dengan ucapan ringkas oleh Presiden Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh. Turut diadakan simbolik pelepasan dua ekor merpati sebagai tanda kebebasan kepada cengkaman undang-undang rimba ISA. Tok Guru Nik Aziz tidak dapat hadir kerana Sidang DUN Kelantan masih berlansung di malam hari.

No comments:
Post a Comment