Thursday, July 30, 2009

Kepada Tan Sri Harussani Zakaria

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya Allah memberi kita kesempatan untuk hidup dalam dunia serba tunggang langgang ini. Saya ingin mengulas berkenaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Dahulunya saya sangat mengagumi beliau sebagai ikon ulama paling berani bersuara.

Sejak akhir2 ini terlalu banyak saya baca artikel2 dari pelbagai blog yang menghentam beliau yang kian lantang menyatakan pendapat tentang politik. Tidak tergamak juga saya baca artikel blogger2 yang marah dengan kelantangan beliau itu. Tapi kita tak dapat menyekat semua itu.


Secara jujurnya saya sendiri tidak bersetuju dengan pendapat-pendapat beliau yang makin berani bersuara tentang politik kepartian ini. Fatwa terbaru berkenaan pengharaman demo mansuh ISA. Apa yang saya pelajari syarat seorang ulama untuk mengeluarkan fatwa mesti hafiz quran, menghafaz dan menguasai ilmu hadis dengan arif, mengetahui selok belok ulum hadis dan pelbagai lagi syarat.

Saya kasihan melihat seorang ulama yang saya hormati dahulu dihentam dari pelbagai sudut berbanding dahulunya kebanyakkan masyarakat menghormati kreadibiliti beliau yang berani menyatakan hujah. Mungkin ini satu ujian yang Allah timpakan untuk beliau, semoga Allah kembali memberi hidayah dan petunjuk kepada Tan Sri Harussani Zakaria.

Saya berharap beliau memahami tugas belaiu sebagai Mufti. Masih banyak lagi permasalahan umat yang masih belum terbela. Tidak perlu lah Mufti2 terlibat dalam soal politik kepartian ini. Utamakan yang lebih utama. Walaupun saya tidak bersetuju, serta banyak perbezaan pendapat dengan beliau tetapi sebagai seorang muslim saya tetap menghormati beliau sebagai salah seorang Mufti di negara kita.


No comments:

Post a Comment