Berhubung dengan kes dakwaan terhadap dua lagi pelajar API Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli yang dihadapkan di mahkamah mengenai tuduhan menconteng dinding di sebuah dewan Akademi Pengajian Islam (API) UM, dengan perkataan (C4, Pembunuh Altantuya, Bini Puaka)
Pihak Persatuan Mahasiswa Islam UPM dan Pro Mahasiswa UPM akan menyahut seruan daripada Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, saudara Shazni Munir sekiranya tindakan dua tatatertib dikenakan kepada siswa terbabit. Semasa dihubungi, presiden PMIUPM saudara Safwan Abdul Ghani mengatakan“Kerajaan, pihak polis dan pentadbiran Universiti Malaya bersikap terlalu kejam dan zalim kepada mahasiswa, sehingga boleh mengenakan tindakan sesuka hati mengikut apa yang mereka suka. Tiga orang siswa yang tiada kena mengena dengan kes ini juga boleh dilibatkan sama sehingga pihak polis boleh masuk ke kawasan kampus untuk memburu mereka. Dimanakah fungsi pihak keselamtan, Mahkamah universiti dan AUKU yang selama ini digembar-gemburkan dan dibahas dengan oleh perwakilan kerajaan di Parlimen? Ketara sangatlah ada pihak yang sengaja menghuru-harakan keadaan dan memburuk-burukkan mahasiswa”
Ditanya mengenai tindakan pihak PMIUPM mengenai tindakan pihak polis untuk memburu tiga orang siswa terbabit, saudara Safwan menjawab:
“Sekiranya ketiga-tiga siswa yang diburu itu ditangkap, disoalsiasat, dan didakwa di mahkamah, maka Rosma juga perlu untuk dilibatkan sama. Baru dikatakan adil, sejak daripada pembunuhan Altantuya lagi, pernahkah Rosma disoalsiasat oleh pihak polis? Pernahkah dia dan YAB Najib Tun Razak dihadapkan di Mahkamah? Siapakah dia ini, dia makan pun daripada titik peluh kita sebagai rakyat, kami rakyat mahukan keadilan, jangan buat sesuka hati. Sekiranya mereka ditangkap, kita mahasiswa akan melakukan satu gelombang bantahan yang mereka tidak pernah lihat dalam sejarah Malaysia ini”Difahamkan , sehingga kini pihak polis mencuba sedaya upaya untuk menjejaki tiga orang siswa termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Saudara Shazni Munir Mohd. Ithnin, bersama Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani. Untuk Maklumat Lanjut sila hubungi:
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM
Saudara Safwan Abdul
hani0132416406Http://promahasiswaupm.wordpress.com
....................................................................
Politik dan Mahasiswa suatu perkara yang perlu dipisahakan dan usaha ini berlajutan bermula wujudnya AUKU bagi menyekat segala kebangkitan mahasiswa menyatakan kebenaran. Sejak berlakunya kes seumpama ini saya sedikit tersentak, rasa takut pun ada. Mana tidaknya saya sendiri pernah jadi kes sehingga ke peringkat atasan angkara penulisan puisi yang penuh sindiran.
Keberanian memang goyah juga apabila ada beberapa ugutan dibuat. Alhamdulillah kes tersebut selesai juga akhirnya. Merujuk kepada sejarah mahasiswa UM, berbalik kita ke zaman lampau, kebangkitan mahasiswa di Malaysia khususnya segalanya bermula dengan suara kebangkitan mahasiswa UM yang sememangnya terkenal dengan semangat juang anak muda penuh iltizam dan keberanian, sehingga melahirkan ramai pemimpin yang terkenal sekarang.
Mahasiswa merupakan lapisan bakal peneraju negara tetapi dek kerana ketakutan bayang-bayang sendiri, habis semua diserbu dan ditangkap. Saya harap terdapat pembelaan untuk mahasiswa yang menjadi mangsa kes ini. Kebangkitan anda sangat dinanti2kan. Sekian salam sayang untuk sekian sahabat mahasiswa.
Pesan saya, "KALAU TAKUT PADA RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN".
ReplyDeleteOrang zalim tidak pernah kenal erti bertimbang rasa. Orang zalim tidak pernah kenal erti kesalahan sendiri. Orang zalim pantang dicabar. Orang zalim mengutamakan diri dari orang lain.
Kepada mahasiswa yang terlibat, salam perjuangan saya kirimkan buat antum semua...
Wahai sahabat seperjuangan... Bersabarlah kamu semua dengan segalan apa yang datang menentang perjuanganmu... Orang yang mengetahui akan menegakkan kebenaran. Tetapi orang yang jahil dan penakut tidak mahu mempedulikan perjuangan kamu...
Sahabat seperjuangan,,, Kamu berjuanglah demi menegak kebenaran dan agama... Di hari perhitungan nanti, kamu tuntutlah apa yang ingin kamu tuntut dari mereka yang membisu, membutakan mata dan yang tidak mempedulikan kamu...
Suara ini terlalu jauh dari UM... Suara ini tidak dapat bersama... Kerana suara ini sedang menyalakan api perubahan di sini walaupun menerima tentangan hebat dari ustaz-ustaz berjiwa sekular... Yang akan menjadi guru agama berjiwa Kamal Atartuk...
Kepada sahabat-sahabat... Teruskanlah perjuangan.. Pasakkan strategi dengan teliti... Hanya kepintaran menewaskan kezaliman... jika tidak, kita tertangkap.
Tetapi, tertangkapnya kamu dalam kemuliaan...
"KALAU TAKUT PADA RISIKO, JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN"
bjuanglah walaupun ia pahit bg mu...dan bbahagialah utk org2 yg bersusah di jalan Allah... sesungguhnya akan ada balasan yg tidak terduga akan dperolehi olehmu... insyaAllah....
ReplyDelete