Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan teruk kepada sebahagian besar Sumatera Barat, dengan kebanyakan kerosakan berlaku di Padang, ibu negara wilayah itu. Priyadi berkata, lebih 20,000 bangunan dan rumah rosak teruk atau musnah sama sekali, manakala yang dipercayai masih terperangkap adalah di Padang dan enam daerah lain.
Pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari mangsa, manakala bantuan antarabangsa termasuk khemah, ubat-ubatan, bekalan air bersih dan beratus pekerja penyelamat mula tiba di wilayah itu semalam.
Operasi menyelamat bagaimanapun terjejas berikutan terputusnya bekalan elektrik dan kekurangan jentera berat bagi mengalihkan runtuhan batu.
Gempa bumi dengan kekuatan 7.6 pada skala Richter, melanda wilayah itu petang Rabu lalu, mengakibatkan beribu-ribu bangunan runtuh, manakala telefon terputus hubungan, menyebabkan sukar untuk menentukan angka sebenar kerosakan dan kehilangan nyawa.
....................................................................................
Kali ini Malaysia di kira bernasib baik tidak menerima satu bala besar yang baru sahaja melanda Padang Indonesia beberapa hari lepas. Jumlah angka korban, kerosakan bangunan, harta benda dan sebagainya sangat tinggi dan perkara ini mengingatkan kita kepada peristiwa hitam Tsunami yang pernah menggegar sekitar Asia Tenggara.
Peristiwa Tsunami sudah lama berlalu, kini datang pula bencana baru, manusia semakin lupa peringatan dulu, semakin jauh, kesedaran kian hilang. Bala Allah datang bila-bila masa tanpa sebarang petanda, waspada lah semua, bala tidak mengenal sesiapa, yang baik atau yang jahat.
No comments:
Post a Comment