KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pindaan perlembagaan yang akan menetapkan kaedah baru pemilihan jawatan tertinggi UMNO boleh menghapuskan politik wang.
Presiden UMNO berkata, ini kerana perwakilan yang akan menentukan pucuk pimpinan parti nanti adalah dalam jumlah yang besar meliputi 146,500 orang berbanding 2,500 perwakilan sedia ada.
''Pindaan perlembagaan ini boleh menghapuskan politik wang kerana bilangan yang memilih lebih besar untuk cuba dipengaruhi oleh sesiapa.
''Kalau ada yang cuba lakukannya, ia akan mudah dapat dikesan," kata beliau pada sidang akhbar selepas mengadakan Majlis Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang ini.
Turut hadir pada taklimat sejam itu ialah Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepimpinan
tertinggi parti termasuk daripada sayap Pemuda, Wanita dan Puteri serta ketua-ketua bahagian.
Najib berkata, pindaan perlembagaan itu juga bersifat inklusif dan menekankan kepentingan peranan Wanita, Pemuda dan Puteri.
"Kita juga akan permudahkan orang masuk UMNO dan juga mereka menyertai dalam proses membuat keputusan dalam parti," katanya.
Perdana Menteri seterusnya yakin pindaan perlembagaan yang akan dibuat semasa perhimpunan agung nanti akan diterima berdasarkan sambutan para perwakilan semasa taklimat berkenaan.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pindaan itu akan membawa satu transformasi kepada parti yang bakal menentukan kesinambungan perjuangan UMNO pada masa depan.
Kata beliau, ia turut membuka ruang yang lebih luas kepada generasi muda untuk berada di dalam arus perdana politik UMNO.
Pindaan itu juga merupakan transformasi parti melalui penghapusan sistem kuota kerana ia akan membuatkan UMNO lebih terbuka dengan perluasan bilangan perwakilan kepada 146,500 orang untuk memilih pemimpin tertinggi parti jika pindaan itu diluluskan pada perhimpunan agung kali ini.
..........................................................
Sejak dulu lagi usaha hapus politik wang cuba dimainkan. Semua itu hanya retorik sekadar menyedapkan telinga dan mata2 hati yang buta antara hak dan batil. Kalau "kepala atas" pun PERASUAH, boleh ka rasuah dihapuskan.? Yang menarik sekarang, PERASUAH pun boleh jadi WAKIL RAKYAT.
No comments:
Post a Comment