Salam 2 all.
Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Arif Hakim Dato' Abu Zaky daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM16,00-00 keatas Abdul Kahar yang mengaku sebagai Nabi.
Saya kira ini adalah satu langkah berani dan wajar dibuat. Kesalahan mengaku Nabi adalah sangat serius dan dikutuk dalam Islam. Malahan sejarah membuktikan bagaimana beberapa Nabi palsu yang bangkit selepas Rasulullah telah diperangi dan dibunuh oleh para sahabat.
Jenayah ini adalah satu kesalahan serius. Kita umat Islam tidak boleh berkompromi dalam hal saperti ini. Saya cadangkan supaya satu kajian dibuat agar hukuman bagi kesalahan saperti ini dikenakan hukuman lebih keras, mungkin hukuman bunuh perlu dipertimbangkan.
YB ZULKIFLI NORDIN.COM
...................................................
Ikut Syariat dah lama dah si mamat ni kena penggal kepala. Selepas kewafatan Rasulullah muncul ramai nabi2 palsu. Semuanya diperangi habis2an oleh para sahabat yang dipimpin oleh Khalifah Abu Bakar As Siddiq ketika itu.
No comments:
Post a Comment