Sunday, October 4, 2009

Kenapa lantik orang yang ada kes Rasuah??

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan hari ini enggan mengulas sama ada calon BN Tan Sri Isa Samad akan dijadikan exco kerajaan negeri itu sekiranya memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

"Saya tidak mahu komen. Tunggulah ( MOhd Isa) menang dahulu, kata Mohamad Hassan ketika ditemui selepas merasmikan satu program di sebuah sekolah di Siliau, Port Dickson.

Parti pembangkang dilihat menggunakan isu berkenaan sebagai tekanan kepada Mohamad Hassan sekiranya Isa memenangi pertandingan ini, memandangkan ketua bahagian Umno Teluk Kemang itu sangat berpengaruh sepanjang menjadi menteri besar selama 21 tahun.

Mohamad telah mengurangkan bilangan exco daripada 10 kepada lapan jawatan.

Isa dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan tetapi meletakkan jawatan pada 2005 selepas didapati bersalah melakukan rasuah politik dalam pemilihan Umno 2004.

Pilihan raya kecil ini merupakan peluang untuk Isa kembali aktif di dalam politik dan beliau juga dijangka memenangi kerusi Bagan Pinang. Beliau berdepan dengan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

DUN Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno. Satu pertiga daripada pengundi di DUN tersebut merupakan pengundi pos.

Dalam satu majlis sebelumnya, Mohamad dilaporkan telah menafikan hubungan antara beliau dan Mohd Isa kini retak.

Katanya lagi, beliau merupakan antara orang antara orang pertama yang mencadangkan Mohd Isa untuk bertanding di Bagan Pinang.

"Saya yang suruh dia (bertanding), ramai yang saksi masa di hospital lagi, masa jenazah allahyarham (Azman) ada lagi dalam wad, saya cakap, Tan Sri (Isa) bersiap untuk bertanding," katanya, yang dilaporkan Bernama hari ini.

Mohamad juga berkata Isa telah meminta tempoh untuk menimbang hal berkenaan.

...............................................

salam perjuangan kepaa semua, sudah lama saya tidak menulis tentang politik ni, banyak sangat tanggungjawab lain yang terpaksa di selesaikan terlebih dahulu. Menjelang Pilihanraya kecil Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober nanti, saya kurang mengambil tahu sangat perkembangan dan proses berkempen kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan segera.

Apa pun saya hanya ingin menulis berkenaan calon yang ditampilkan kerajaan iaitu Tan Sri Isa Samad, saya agak hairan kenapa kerajaan menampilkan seorang pemimpin yang pernah melakukan kesalahan rasuah dijadikan sebagai calon untuk mewakili rakyat? Kenapa kerajaan tidak menampilkan calon yang lebih bersih dan lebih berkredibiliti lagi dari Tan Sri Isa Samad? Seperti ketandusan "orang-orang".

1 comment: