Saturday, October 31, 2009

Lambaian Kaabah

Seramai 26,000 jemaah dari Malaysia akan menunaikan ibadah haji tahun ini. Pihak Tabung Haji pula akan menguruskan sebanyak 99 penerbangan sewa khas bagi membawa jemaah haji pada musim ini dan akan berlepas dari beberapa lapangan terbang iaitu KLIA, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu.

Bagi bakal-bakal haji yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka akan menghubungi pejabat Tabung Haji yang terdekat samada hadir ke pejabat Tabung Haji ataupun membuat pertanyaan melalui telefon.

Tidak kurang juga bakal-bakal haji mengunjungi laman web Tabung Haji untuk mendapat maklumat mengenai penerbangan musim ini, tetapi amat mendukacitakan kerana laman yang dikemaskini setiap minggu itu tidak memaparkan apa-apa maklumat mengenainya penerbangan jemaah haji.

Slogan baru “1Tabung Haji, Pendeposit Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dikhuatiri hanya tinggal slogan semata-mata, kerana laman web Tabung Haji dipenuhi dengan maklumat korporat yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada pendeposit terutama bakal-bakal haji.

Saya Mohamadazhan mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada semua bakal-bakal haji di seluruh negara. Semoga pergi dan pulang dengan selamat serta mudah2an sentiasa mendapat keberkatan dan kerahmatan dari-Nya.

........................................

Terkenang pula waktu pergi dulu. Tiada apa yang lebih khusyuk melainkan solat di hadapan Baitullah dan di dalam Masjid Nabi. Tahniah kepada semua jemaah haji yang dipilih oleh Allah menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Anda merupakan orang yang beruntung. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment