Salam perjuangan kepada semua
Bersyukur kita kepada Allah kerana masih memberi ruang dan peluang kepada kita semua untuk mendekatkan diri lagi kepada Allah. Masa yang diberi ini saya ingin kupaskan sedikit hal yang sering kali berlaku dalam kehidupan umat Islam dewasa ini. Saya terbaca suatu artikel yang ditulis oleh seorang pendakwah terkenal dan beliau banyak membahaskan tentang sikap para agamawan atau pendakwah terhadap masyarakat, penulisannya banyak berkisar tentang cara, pendekatan yang salah terutama memberi teguran atau nasihat.
Antara yang dibicarakan adalah para pendakwah terlalu syadid dan keras dalam mempertahankan hujah dalam menentang kemaksiatan yang dilakukan oleh seseorang individu mukmin. Mungkin kita sangat benci akan maksiat yang timbul, akan tetapi sekiranya dengan tegas dan kasar kata-kata yang dilemparkan oleh seorang pendakwah mustahil individu tersebut akan berubah, terutama melihat pendakwah yang bersikap sedemikian. Tiada unsur menghormati, kasih sayang dan contoh teladan yang baik. Yang difikirkan maksiat pelu dibanteras, tetapi cara dan pendekatan dakwah adalah gagal.
Berdasarkan pemerhatian saya, segelintir golongan agama yang bersikap sedemikian akan merencatkan sendiri minat orang lain terhadap agama contohnya, pernah terjadi seorang kawan saya ini baru mula untuk mengetahui dan mempelajari agama, tetapi kerana sikap seorang "orang masjid" yang selalu pandang serong dan mencemuh kelakuan sahabat ini yang dahulunya bermasalah, perubahan rakan saya itu terus terbantut dan permulaannya untuk mempelajari agama terhenti dengan sikap segelintir agamawan yang kurang hormat itu.
Fikir2kan lah, jangan kerana usaha murni untuk berdakwah terencat dengan sikap dan pendekatan kita yang gagal dan tidak bertepatan dengan suasana semasa yang memerlukan penelitian dan strategi dakwah yang lebih berhikmah. Sekian, salam persaudaraan untuk semua.
ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين
Mafhumnya : Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah ( berdebatlah ) dengan mereka dengan ( jalan ) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk (1)
( Surah Al-Nahl ayat 125)

No comments:
Post a Comment