Sejak setahun yang lepas, keterujaan membaca kisah para sahabat semakin meluap-luap dalam sanubari. Generasi terhebat iaitu generasi para sahabat R.A. Perjuangan bermati-matian para sahabat yang mulia demi mengangkat kalimah tauhid akan membuatkan air mataku menitis, membayangkan keagungan generasi terhebat, tiada galang gantinya.
Tiada kata yang selayaknya, tiada bicara yang sanggup dituturkan, untuk memuji keindahan kehidupan generasi terhebat. Merekalah generasi penguasa, penyuluh ilmu sekalian semesta. Indahnya kehidupan zaman penuh rahmat dan nur. Indahnya kehidupan bersama kekasih Allah insan penuh seribu kemuliaan.
"Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian generasi yang datang setelah mereka, kemudian generasi lain yang datang setelah mereka" (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kisah para sahabat amat menyentuh jiwa yang kerdil ini, melainkan rasa kagum dengan keimanan dan keikhlasan mereka bersama baginda Nabi S.A.W. Begitulah para sahabat penuh hatinya dengan gumpalan iman dan taqwa disemai bersama pentarbiahan oleh baginda Rasulullah. Semoga kisah generasi terhebat mampu menyentap jiwa-jiwa yang lalai. Mengikis karat hitam yang senantiasa membeku mata hati manusia.
Dengan izin Allah, penuh rasa hina akan kusingkapkan beberapa kisah generasi terhebat untuk tatapan kita bersama. Semoga penulisan yang lemah ini mampu memberi sedikit perkongsian ilmu kepada sahabat seislam yang kusayangi.
Imam Syafie menyatakan: "mereka (sahabat) adalah golongan paling tinggi berbanding dengan kita dari segala aspek keilmuan, ijtihad, warak, berakal dan pada setiap perkara yang mendatangkan ilmu atau diambil daripada mereka ilmu. Pendapat mereka lebih baik dan lebih utama buat kita dari pandangan kita sendiri..."
"Islam telah pun melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah s.a,w
Ridhwanullah alaihim, iaitu suatu generasi paling istimewa dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan seluruhnya..."
No comments:
Post a Comment