Saturday, June 27, 2009

PM vs Tok Guru


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.


Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

"Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini pagi ini.

Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Nik Aziz berkata, hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.

........................................................................................................................

Kancah politik tanah air sentiasa diserikan dengan pelbagai agenda baru yang tidak pernah lekang dengan suasana perbahasan dan perdebatan. Bahang semakin dirasai apabila Tok Guru sendiri ingin menjemput PM kita bagi membincangkan isu-isu yang dianggap perlu duduk bersama secara profesional dek kerana wujudnya tohmahan berbaur hasutan. Saya menganggap perdebatan ini sangat menarik kerana melibatkan dua orang tokoh utama politik tanah air.

Dua karektor penting yang menjadi tuan pengarah kepada filem politik negara ; saling berbeda pendapat dan fahaman bakal bertentang mata. Pertemuan secara bersama akan mewujudkan suasana lebih mesra berbanding perbalahan dan tuduh menuduh kadang2 tiada usul periksa dan bukti yang sahih.

Sekiranya PM bersetuju dengan perlawaan Tok Guru, reputasi dan kredibiliti sebagai pemimpin ''ONE Malaysia'' akan dipandang tinggi kerana kesudian beliau untuk berdebat bersama seorang ulama'. Keberanian beliau akan dicontohi oleh pak menteri yang lain. Keharmonian dan kesejahteraan bakal mewujudkan beberapa kesimpulan dan rumusan yang baik sekali pun pertunjangan hati yang berbeza.
Bincang2lah elok2 ya('',)

No comments:

Post a Comment