Thursday, June 25, 2009

Kemaskini blog

Salam persahabatan kepada semua muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah setelah beberapa bulan belajar menulis blog, saya dapat belajar banyak perkara dan memperoleh pelbagai ilmu baru menerusi sahabat-sahabat blog yang lain.

Sejarah saya mula menulis blog adalah berinspirasikan kepada seorang sahabat saya yang telah meningggal dunia iaitu Allahyarham saudara Mohd Ammar Dzulkifli yang baru meninggal pada 2 minggu yang lepas akibat kemalangan jalan raya di Mesir.

Saya mendapat berita kematian beliau menerusi sepupunya yang juga sahabat sekelas dan serumah. Agak terkejut dengan khabar yang menyedihkan itu. Saya mula berjinak-jinak dengan laman blog setelah melihat blog beliau yang sangat menarik dan mempunyai fikrah yang matang.

Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang yang soleh. Amin. Mari kita sedekahkan Al- Fatihah untuk Allahyarham.

Sekarang saya mempunyai masalah untuk menyesuaikan layout blog yang baharu ini. Terdapat beberapa masalah yang saya sendiri masih samar2 untuk menyelesaikannya. Sebelum ini laman blog lama telah dihapuskan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sekarang tengah pening cari layout yang sesuai untuk digunakan. Dharapkan sesiapa yang mempunyai cadangan boleh diutarakan nanti. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment