Saturday, January 30, 2010

Warga Emas "Kantoi" Judi.



WARGA emas yang ditahan ketika membeli nombor ekor di Bandar Bukit Sentosa, meronta-ronta cuba melepaskan diri daripada penguat kuasa Jais. Warga emas kemaruk nombor ekor bertindak ganas, meronta ketika disoal.

Seorang warga emas berusia 60 tahun bertindak ganas dan meronta-ronta apabila ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan Operasi Judi di kedai ejen nombor ramalan di Bandar Bukit Sentosa, di sini kelmarin.

Pada awalnya, dia cuba menggunakan pelbagai helah termasuk melarikan diri ke keretanya bagi mengelak dicekup pada operasi yang dijalankan selama sejam itu.
Warga emas itu adalah antara enam pelanggan beragama Islam yang ditahan dalam operasi judi yang dijalankan pegawai Jais cawangan Hulu Selangor dan Gombak di dua kedai nombor ramalan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jais cawangan Hulu Selangor, Khairul Hazri Sulaiman, berkata operasi bersepadu menahan penduduk Islam berjudi itu disertai tujuh kakitangan.
Katanya, operasi pertama tahun ini mendapat kerjasama empat pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
"Dalam serbuan pertama di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, kami menahan lima pelanggan beragama Islam kerana membeli nombor ekor.

"Kehadiran pegawai penguat kuasa tidak disedari membolehkan operasi berjalan lancar," katanya kepada Sentral di sini, semalam.Beliau berkata, dalam operasi di premis kedua di Jalan Bunga Kertas di sini, pihaknya menahan warga emas itu yang berasal dari Kampung Sungai Buaya, juga kerana kesalahan sama.

"Beliau bertindak ganas dan mahu melarikan diri apabila disoal siasat. Semua suspek dibawa ke Balai Polis Bukit Sentosa menaiki kenderaan rasmi Jais untuk proses jaminan polis," katanya.
Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 17 (9/95) Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Bersabit kesalahan pesalah boleh didenda RM3,000 atau dipenjarakan dua tahun.
Khairul Hazri berkata, operasi judi akan terus dijalankan mereka mengikut jadual dalam usaha membanteras penduduk Islam berjudi dan mendidik mereka mentaati perintah Tuhan sepanjang masa.

Katanya, beberapa bandar di Hulu Selangor dikenal pasti ‘port’ kaki judi Islam dan memberi jaminan serbuan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Ibu Tunggal Jadi Mangsa Kekejaman Polis

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Dipaksa untuk membuat pengakuan

Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.

Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.

Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.

Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.

Kemalangan jalan raya, kata polis

Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.

Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.

Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.

sumber klik (di sini)

Thursday, January 28, 2010

Ku Li : Kelantan Layak Terima 2 bilion

(Gambar: Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak)

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Harakhdaily.com

Wednesday, January 27, 2010

Mana Lebih Penting: Berilmu atau Beradab



Satu kenyataan yang kadang terlupakan oleh insan. Ternyata beradab itu adalah lebih tinggi daripada berilmu. Kebanyakan manusia berusaha mencari dan terus mencari ilmu setinggi-tingginya, namun malangnya banyak diantara mereka yang lupa akan pembelajaran adab.

Dengan ilmu yang tinggi, belum tentu seorang manusia bisa dikatakan sebagai insan yang mulia. Tapi bila seseorang sudah beradab, maka insya Allah orang tersebut akan menjadi insan yang mulia dan luhur dimata sesama manusia bahkan dimata Allah. Insya Allah. Dan akan menjadi sangat lebih baik lagi bila dapat memiliki keduanya sekaligus -beradab dan berilmu-. Dengan begitu pemahamannya akan ilmu menjadi semakin terarah dan insya Allah akan terhindar dari per-budak-an ilmu, dimana seseorang yang memiliki ilmu tinggi tapi ia malah dikuasai atau bahkan dikendalikan oleh ilmu tersebut.

Mengapa banyak terjadi disekitar kita, orang yang berilmu tinggi namun terkadang praktek dalam keseharian hidupnya tidak mencerminkan bahawa ia berilmu tinggi? Misalnya dengan memandang rendah orang lain, menghina kehadiran orang lain, bahkan menganggap dirinya lah yang paling pintar dan berilmu, dan sedikit kejahilan yang tersamar iaitu dengan berat hati bila ada seseorang yang datang padanya untuk menimba sedikit ilmu. Semua ini tidak mustahil terjadi karena kurangnya adab tadi. Kerana manusia yang beradab sentiasa menjaga segala sikap dan tindak tanduknya agar jangan sampai sedikitpun meninggalkan kesan merugikan atau bahkan sampai menyakiti orang lain. Betapa luhurnya bukan sifat beradab ini?

Ini juga mungkin akan menjadi salah satu faktor yang harus menjadi pertimbangan kita dalam memilih ilmu untuk dipelajari. Seperti kata pepatah, salah perencanaan maka akan gagal lah semuanya. Lalu bagaimana? Ilmu duniakah atau ilmu akhiratkah? Jawabannya adalah, seimbangkanlah antara keduanya. Bukankah tujuan kita hidup ini adalah untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat?

Ilmu adab ini mungkin juga pernah kita pelajari di sekolah ataupun tempat menuntut ilmu lainnya, namun masanya tidak akan lebih banyak dari mata pelajaran matematik, bahasa, ilmu pengetahuan alam, dsb. Lalu dimana kita akan mendapatkannya dalam masanya yang lebih? Pertama mungkin dari orang tua, bila yang ini tidak memungkinkan, maka cubalah belajar dan teladani cara hidup orang-orang bijak. Dan yang terutama adalah Rasulallah. Dan boleh juga kita dapatkan dari sekitar kita. Para orang tua yang bijak dan banyak lagi. Seperti sebuah kalimat yang pernah saya baca, belajarlah dari pengalaman orang lain kerana kita tidak akan memiliki waktu yang cukup untuk mengalami semuanya sendiri.

Semoga kita terlebih dahulu menjadi orang yang beradab baru kita menuntut ilmu yg setinggi-tingginya. Kita tak perlu bimbang lagi diri kita akan dijajah oleh ilmu yang kelak kita miliki. Semoga kita memiliki keduanya. Adab dan ilmu. Amin :)

....................

Terkini, Blogger yang kena tahan, kes hina Sultan, amat menyedihkan juga terdapat blogger yang masih mempertahankan dia yang secara jelas bukan sahaja menghina Sultan tetapi lebih teruk hina para sahabat, imam mazhab dan macam2 lagi tohmahan.

Ini lah antara contoh orang berilmu tetapi tiada adab dalam menulis, menulis ikut hati dan emosi yang dipandu oleh tipuan iblis dan syaitan sahaja. Tak kan blogger PR ni nak ikut jejak langkah Bloggers UMNO yang terang2 tiada adab dan mengecam ulama dan pemimpin sesuka hati?

mungkin kesan dari belajar agama tidak berguru, tiada penjelasan dan panduan yang jelas, amat menyedihkan apabila saya baca artikel2 AT yang jelas amat cetek tentang sirah nabawiyah tetapi beri ulasan ikut sedap mulut sahaja.

Kepada Blogger PR yang lain, semoga menjadi pengajaran kepada kita semua, ingat lah tiada guna ilmu bergulung2 PhD pun tetapi tiada adab dan akhlak dalam diri. Begitu lah pesanan dan nasihat Prof Syed Naqiub yang kesal dengan kebanyakkan ahli politik yang berilmu tetapi tidak dapat menjadi contoh kepada pengikut (rakyat) kerana kedangkalan adab dan akhlak.

wallahua'lam.

Tuesday, January 26, 2010

Timb. Menteri: Jangan Halang Suara Mahasiswa

Pihak universiti diminta bersikap liberal tidak mengenakan banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat awam di sudut pidato, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk
Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya mereka perlu mengggunakan kebijaksanaan dan kaedah terbaik bagi kewujudan semula sudut itu di universiti membawa perubahan positif penuntut khususnya dalam meningkatkan kemahiran pengucapan awam, katanya.

"Sudut pidato adalah platfom yang sesuai untuk melahirkan mahasiswa yang serta mempunyai kemahiran insaniah seperti berpidato dan berfikir kritis.

"Saya bimbang jika terlalu banyak peraturan dikenakan ini akan mematikan mereka dalam meluahkan pelbagai idea sekaligus melenyapkan minat mereka pengucapan awam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan semula Sudut di perkarangan Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya, Kuala Lumpur.



Beliau juga berkata hala tuju politik di kampus harus ditentukan oleh
mahasiswa dan tidak perlu campur tangan daripada pihak lain kerana mereka pandangan dan hasrat mereka yang tersendiri.

'Jangan cepat label mahasiswa itu pro-pembangkang'

"Suara mahasiswa perlu didengari. Sudah pasti mereka mempunyai pelbagai dan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu tetapi janganlah kita cepat melabelkan mahasiswa itu pro-pembangkang apabila mereka tidak bersetuju dengan sesuatu hal," katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaya Prof Datuk Dr Azarae Idris pula berkata pihak unversiti itu sedang merangka garis panduan bagi menentukan kaedah terbaik bagaimana para penuntut boleh manfaat yang positif daripada sudut pidato itu.

"Kita akan kaji dari sudut isi kandungan pengucapan yang bagaimana yang dibenarkan. Kita di sini mempunyai pelajar antarabangsa daripada lebih 80 negara ini yang kita mahu pastikan agar ucapan oleh para penuntut tidak menyalahi agama, politik dan hubungan dua hala antara dua negara," katanya.

Ketika ditanya sama ada pihak universiti itu akan mengenakan tindakan mahasiswanya yang ditangkap ketika menyertai demonstrasi perhimpunan proses pilihan raya kampus, beliau berkata ia bergantung kepada siasatan yang dibuat oleh polis.

"Kes tersebut masih dalam siasatan polis dan kita akan bertindak berdasarkan polis. Tetapi jika ada tindakan dibuat ia tidaklah sampai melarang daripada menduduki peperiksaan," katanya.

Pada kejadian Sabtu lalu polis menahan sembilan mahasiswa daripada
pelbagai universiti di sekitar Lembah Klang yang menyertai perhimpunan proses pilihan raya kampus di ibu negara.

- Bernama


Ilmu, Adab dan Kejayaan Bangsa




“Berjuanglah untuk memperoleh pelbagai ilmu dan peliharakan.
Wahai pemuda, jika kamu dapat menyebarkan ilmu nescaya
kamu(lah) yang sempurna keperwiraannya. Himpunlah
pelbagai kitab yang diciptakan. Allah berfirman
kepada Nabi Yahya, peganglah kitab yang diwahyukan
serta dengan kesungguhan.”

(Syekh Ahmad al Fattani)


Tahun 1850 Masihi, di Melayu muncullah kitab yang monumental yang ditulis Raja Ali Haji yang ditulis dalam bahasa Arab Melayu yang berjudul Bustan al Katibin. Menurut Prof. Hashim bin Musa dari Universiti Malaya, kitab ini merupakan tulisan paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh orang Melayu. Lapan tahun kemudian (1858 M), Raja Ali Haji juga menulis tentang bahasa Melayu, iaitu Pengetahuan Bahasa: Kamus Loghat Melayu Johor, Pahang, Riau dan Lingga. Terang Prof Hashim yang memberi pengantar dan memperkenalkan kitab ini:

“Sesungguhnya karya-karya tentang bahasa Melayu oleh Raja Ali Haji ini merupakan warisan yang amat berharga yang menjadi penyambung kepada tradisi pengajian bahasa dalam Islam yang bermula sejak zaman awal Islam lagi,”

(Bustan al Katibin, Raja Ali Haji, 2005:xiii)


Dalam Islam, memang ada keterkaitan yang dalam antara pemahaman bahasa atau ilmu dengan pentauhidan kepada Allah. Ungkap Prof. Hashim lagi,

“Dalam Islam, pengajian bahasa khususnya bahasa Arab dan bahasa penganut Islam yang lain, merupakan ilmu alat untuk mencapai makrifat iaitu mengenali Allah dan seluruh kewujudan, memperteguh keimanan dan ketakwaan, dan menyemai adab kesopanan yang mulia, yang mengandungi antara lain ilmu-imu nahwu (sintaksis), saraf (morfologi), qawaid (bahasa), mantiq (logika), balaghah (retorik), istidlal (pendalilan), kalam (penghujahan) dan sebagainya.”


Dalam kitabnya Bustanul Katibin ini, Raja Ali Haji memulai dengan Muqaddimah dengan judul Fi Fadhilati al ilmi wal aqli (Kelebihan Ilmu dan Akal). Pertamanya. ia mengutip hadith Rasulullah yang terkenal:

“Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan, maka ia diberi pemahaman kepada ilmu agama (ad diin).”


Kemudian Ali Haji menyatakan:

“Adapun kelebihan akal itu seperti kata hukama husnu hilyah, ertinya akal itu sebaik-baik perhiasan. Dan lagi kata hukama al fadhlu bil aqli wal adabi la bil ahli wan nasabi, ertinya kelebihan itu (pada) akal dan adab dan tiada (bukan) sebab bangsa dan asal.”

Maka, terangnya,

“Jikalau beberapa pun bangsa jika tiada ilmu dan akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya, yakni kehinaan juga diperolehnya.”


Di sini, Ali Haji mengaitkan hubungan yang erat antara ilmu, akal dan adab. Ertinya agar akal dan adab seseorang, masyarakat atau bangsa menjadi baik (menjadi unggul), maka mesti diberi ilmu yang benar. Lebih tegas lagi, Ali Haji menyatakan:

“Man sa’a adabahu dha’a nasabahu, ertinya barangsiapa jahat adabnya sia-sialah bangsanya.”


Selain itu, ulama, penasihat raja dan sasterawan dari Riau ini juga menjelaskan tentang tanda-tanda orang berakal. Ia mengungkapkan:

“Dan lagi kata Hukama, bermula itu akal bisur’atil fahmi, ertinya, tanda berakal segera faham dan tsamratul aqli husnul ikhtiyar wad dalil lahu suhbatul akhyar, ertinya buah akal itu membaikkan ikhtiar, dan tandanya bersahabat dengan orang yang pilihan daripada orang yang baik-baik.”


Kemudian, Ali Haji menunjukkan hubungan ilmu dengan kalam (kalimat/bahasa).

“Adapun kelebihan ilmu wal kalam amat besar sehingganya mengata setengah hukama, segala pekerjaan pedang boleh diperbuat dengan qalam. Adapun pekerjaan-pekerjaan qalam tiada boleh diperbuat dengan pedang, maka ini ibarat yang terlebih sangat nyatanya. Dan beberapa ribu dan laksa pedang yang sudah terhunus, dengan seguris qalam jadi tersarung, terkadang jadi tertangkap dan terikat dengan pedang sekali.”


Ali Haji menerangkan, apabila seseorang sudah mengetahui kelebihan ilmu, maka ia harus memelihara adab dan syaratnya.

“Adapun syaratnya itu, iaitu antara nafsumu dengan dirimu sendiri. Adapun adabnya itu antaramu dan gurumu.”


Lebih lanjut ia menjelaskan lima syarat keberhasilan menuntut ilmu:

“Pertama, al himmat, ertinya bersungguh-sungguh hal yang kuat pada hati pada berkehendak mendapat akan ilmu itu.

Kedua, al mudarasah, ertinya kuat mendaras (mengulang), meskipun sudah dapat akan mafhumnya, hendaklah didaras juga mana-mana ilmu yang sudah dibaca itu.

Ketiga, muzakarah, artinya menyebut-nyebut ilmu itu pada yang bersama-sama menuntut mengaji sertanya, barangkali taulan kita itu lupa atau kita sendiri pun lupa juga.

Maka tatkala dibawa beringat-ingatan itu menjadi menjadi bertambah-tambah ingatnya.

Kelima, mutala’ah, ertinya menilik pada ilmu yang sudah kita kaji itu serta memikirkan maknanya dan memikirkan mafhumnya, maka jika dapat maka iaitu yang dituntut.

Dan lagi tersangkut pada fikiran kita itu sama ada pada maknanya atau mafhumnya ingatkanlah baik-baik pada tentang yang kita tersangkut itu. Apabila berjumpa dengan taulan kita yang sama pengajian dengan kita itu, maka kita tanyalah kepadanya. Maka jika taulan kita tiada juga boleh menguraikan barang yang kita tersangkut, maka kembalilah pada guru kita bertanyakan yang kita musykilkan itu, insya Allah Taala hasillah maksud kita adanya.”


Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al Attas yang juga diamati oleh Prof. Braginsky (1989,1993), pekerjaan kalam – istilah yang merujuk pada kegiatan penulisan—adalah tonggak kebudayaan Melayu, yang mengakar umbi selepas kedatangan Islam ke rantau ini. Menurut beliau, di bawah pengaruh Islam, orang Melayu mula sadar tentang kewujudan sastera sebagai satu entiti yang utuh, yang menjadi sebahagian integral hidup mereka (lihat Prof. Ungku Maimunah Mohd Tahir, Kritikan Sastera Melayu, Antara Cerita dan Ilmu, 2007).


Ulama terkemuka Melayu lainnya, Syeikh Ahmad al Fathani (1856-1908 dari Pattani) juga pernah mengirim surat kepada Sultan Zainal Abidin, Sultan Trengganu, agar sultan-sultan berperanan aktif dalam menyebarkan ilmu di masyarakat. Ia menulis:

“Aku berharap semoga bangsa Melayu dapat maju dengan pimpinannya dan dapat mencapai kemuncak peradaban kesejahteraan. Aku berharap semoga baginda berkenan menyebarkan ilmu, makrifat dan petunjuk. Lalu baginda menjadi kegembiraan dan rakyat mendapat kejayaan. Agar mereka dapat membukukan bahasa Melayu. Kerana aku bimbang ia akan hilang atau dirosak oleh perubahan yang berlaku dari masa ke masa. Begitu pula hendaklah mereka mengarang sejarah Melayu yang meliputi segala perihal orang Melayu. Kalau tidak, mereka nanti akan hilang dalam lipatan sejarah. Wahai para cerdik pandai. Hidupkanlah sejarah bangsamu. Dengan itu kamu akan disebut dalam sejarah dan namamu akan harum sepanjang masa.”

(lihat poster Khazanah Fathaniyah oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah).


Dalam bukunya Hadiqatul Azhar war Rayan, Asas Teori Takmilah Sastera Melayu Islam (terjemah Wan Mohd Shaghir Abdullah, 1998:80) Syeikh Ahmad al Fathani menguraikan bab khusus tentang keutamaan ilmu, ahlinya, mengajar dan belajar. Dalam pendahuluan, ia mengutip al Qur’an surat Ali Imran ayat 18 :


“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan, para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”



Syeikh al Fathani mengomentari ayat ini:

“Maka tilik olehmu, betapa memulai Allah SWT dengan dirinya, dan menduakan dengan Malaikat dan 'menigakan' dengan ahli ilmu. Maka memadailah akan dikau dengan demikian itu, kelebihan, dan kemuliaan ilmu dan ahlinya.”


Ia juga mengutip pendapat Imam Syafii:

“Bermula menuntut ilmu itu terlebih utama daripada sembahyang sunat. Dan daripadanya juga Imam Syafii berpendapat: “Barangsiapa tiada kasih (cinta) akan ilmu, tiada kebajikan padanya. Maka janganlah ada antara engkau dan antaranya berkenal-kenalan dan bertaulan (bersahabat). Maka bahawasanya, yakni ilmu itu, kehidupan bagi segala hati, dan pelita bagi bashiran, yakni mata hati.”


Ia juga menyatakan:

“Ketahuilah olehmu bahawasanya ahli negeri yang besar-besar yang lain daripada bangsa kita sangat mengamat-amati (berusaha dengan sungguh-sungguh), mereka itu dengan syaan ilmu. Dan bersungguh-sungguh mereka itu mengajarkan dia akan anak-anak mereka itu hingga yang perempuan mereka itu sekalipun. Dan usaha mereka itu sehabis-habis usaha pada memudahkan menuntuti ilmu bagi segala orang yang gemar padanya dengan sekalian jalan... dan membina mereka itu akan beberapa banyak madrasah, iaitu rumah tempat mengajar, dan mengaji segala ilmu dan berbagai-bagai hikmah dan kepandaian yang bergantung dengan dunia dan akhirat mereka itu.”


Sultan Ahmad al Fathani juga menulis dalam bukunya itu harapan kepada kepada raja-raja Melayu yang besar di antaranya, Sutan Pattani, Sultan Kelantan, Sultan Trengganu, Sultan Kedah, Sultan Johor dan Sultan Deli, agar :

“Membesarkan segala himmah mereka itu, dan menghadapkan segala inayah mereka itu dan menyungguh-nyungguhkan usaha mereka itu pada bahawa dijadikan segala negeri mereka itu: bendaharaan ilmu, dan perladungan kepandaian, dan membukakan segala mata anak jenis mereka itu: kepada memandang cemerlang kebijakan dan handalan. Supaya ada kemegahan bangsa Melayu antara segala alam dan tertinggi nama mereka itu antara Bani Adam dan bertambah-tambah kelebihan ulama mereka itu atas segala ulama dan bertambah nyata agama mereka itu atas segala agama.”


Walhasil, kita tutup kajian ringkas tentang ulama Melayu ini dengan Gurindam Dua Belas, Raja Ali Haji:

Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan (diri dari) yang sia-sia

Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiada jemu

Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.


Oleh: Adian Husaini dan Nuim Hidayat
http://serambi-ilmu.blogspot.com

Pelik ni...Tiada Pegawai Tertinggi?




Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah selesai menjalankan siasatannya mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 dan mendapati tiada pembabitan pegawai peringkat tertinggi.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata, siasatan jawatankuasa itu mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi.

Bagaimanapun, katanya, PAC mendapati ia merupakan satu kecurian yang terancang dan dilakukan dengan rapi.

Azmi juga menolak dakwaan dalam media bahawa kos enjin tersebut melebihi RM50 juta.

Sebaliknya, kata beliau, kadar pertukaran wang sekarang menunjukkan kos kedua-dua enjin tersebut ialah RM400,000 tiap satu.
..................

Boleh percaya ka siasatan ni....?

Bak kata YB Mahfuz
"Israel pun terkejut tengok kecanggihan pertahanan Malaysia, mereka jet tiada pemandu pesawat/pilot, tapi Malaysia lagi hebat jet tiada enjin"

Sunday, January 24, 2010

Kembara Ziarah Sahabat: Mohon Doa dari Kalian.



Perjalanan menuju ke rumah Ehsan yang terletak disebuah perkampungan Melaka yang cantik.







Majlis bacaan Yasin di rumah Ehsan, Batu Gajah Melaka.







Datuk dan Datin memberi kata2 semangat kepada bapa Ehsan (berbaju hitam)









Datin Anismah dan rakan-rakan yang lain mengambil kesempatan untuk bertanya khabar kepada Ehsan.









Kelihatan beliau dan ibu, wajahnya kelihatan lesu dan malu dengan kunjungan kami secara mengejut, sangat menyedihkan melihat keadaannya sekarang yang berbeza ketika beliau sihat. Beliau ditempatkan di Hospital Melaka untuk rawatan dan terapi.





Wajah sugul yang menggambarkan keperitan beliau menghadapi penyakitnya, ibunya sentiasa memberi sokongan dan dorongan sambil mengambil mengharap beliau kembali sembuh. Kasihan melihat wajah ibunya yang sentiasa mengalirkan air mata.





Pada 23 Januari yang lepas, saya bersama rakan-rakan pelajar berkesempatan mengadakan kembara ziarah sahabat, iaitu mengunjungi saudara Mohd Ehsan Adb Ghaffar yang menghidapi penyakit yang berkaitan dengan saraf, beliau mula menghidapi penyakit ini pada awal tahun lepas setelah memberi beberapa tanda seperti mudah lupa sesuatu dan tidak dapat fokus kepada sesuatu kerja yang dilakukan.



Penyakitnya semakin teruk sehinggakan beliau kadang2 berada di luar sedar dan kawalan diri, menyebabkan bapa beliau En Abd Ghaffar memohon tangguh pengajian beliau selama setahun memandang beliau gagal untuk meneruskan pengajian dengan keadaannya sedemikian.



Kembara Ziarah ini adalah hasil usaha beberapa orang sahabat bersama dengan pensyarah institut, Datin Anismah ditemani suaminya Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah, turut serta dalam kembara ziarah sahabat ke Alor Gajah Melaka. Datin Anismah selaku pensyarah hal ehwal pelajar dan kebajikan berusaha keras untuk menjayakan ziarah ini walaupun mendapat beberapa halangan yang timbul.



Saya yang berkesempatan bertemu Ehsan di Hospital Melaka selepas majlis bacaan Yasin di ruma beliau, saya cuba menahan sebak apabila melihat keadaannya, saya sempat bersalaman dengannya, beliau masih mengingati nama rakan-rakan yang lain sambil tersenyum melihat kehadiran kami. Beliau merupakan seorang yang aktif bersukan dan seorang yang periang tetapi berubah apabila menghidapi penyakit misteri itu.



Kunjungan tersebut juga memberi keinsafan kepada kami semua tentang nilai kesihatan yang dkurniakan, kami berdoa dan berharap supaya Allah kembali memberi kesihatan yang baik kepadanya, semoga beliau cepat sembuh dan cepat kembali ke institut. Saya dengan rasa rendah diri memohon kesudian sahabat2 yang berkunjung ke blog ini untuk sama2 berdoa, semoga doa kalian dibalas dengan rahmat dan hidayah dari-Nya. Amin.



Friday, January 22, 2010

PAS ucap takziah kepada Pondok Lubuk Tapah

KUALA LUMPUR, 22 Jan: PAS mengucapkan takziah kepada pengurusan Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas yang kehilangan tiga blok asrama pelajar lelakinya dalam kebakaran kira-kira jam 2 pagi, hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata pondok berkenaan merupakan pusat pengajian agama yang tertua di Kelantan yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Che Wan pada tahun 1931.

“Pondok ini telah banyak berbakti kepada rakyat Kelantan dan umat Islam di negara ini umumnya dan PAS berharap agar alumni Lubuk Tapah bersama ahli PAS dapat memberikan sumbangan bagi membina semula bangunan yang telah terbakar,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi yang ingin memberikan sumbangan, bolehlah menghubungi pejabat pondok berkenaan di talian: 09-7905672 atau Saudara Azlan, 014-5064930

Harakahdaily.com

Pondok Lubuk Tapah atau nama rasminya Madrasah Al-Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah adalah sebuah institusi pengajian islam yang berkonsep tradisional dan merupakan antara pondok yang tertua di Kelantan.

Pondok Lubuk Tapah mula diasaskan oleh AllahyarhamTuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Che Wan pada tahun 1931 setelah kembalinya beliau daripada belajar di Mekah.Bertempat di Kampung Lubuk Tapah,Lemal Pasir Mas, dengan jarak kira-kira 4 km dari Bandar Pasir Mas dan 16 km dari Pusat Bandar Kota Bharu, keluasan kawasan Pondok Lubuk Tapah adalah kira-kira dalam lingkungan 6 ekar.

Pada peringkat awal penubuhannya,kegiatan pondok ini adalah agak terhad dengan bilangan pelajarnya yang tidak ramai manakala kemudahan-kemudahan asasnya pula tidak lengkap dan kurang memuaskan.Pada masa itu pondok-pondok pelajar terdiri daripada pondok sebuah-sebuah yang dibina sendiri oleh pelajar atau ibu bapa yang menghantar anak-anaknya memondok disini.Pondok-pondok dibina diatas tanah kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul Rahman.

Pelajar-pelajar yang datang menuntut di Pondok Lubuk Tapah datang dari seluruh negeri di Malaysia dan ada juga pelajar yang datang dari negara-negara jiran

seperti Thailand,Indonesia,Singapura dan kemboja.

Sehingga kini Pondok Lubuk Tapah telah melahirkan ribuan pelajar dimana ada dikalangan bekas-bekas pelajar pondok ini pulang menyebarkan ilmu dan memberi khidmat kepada masyarakat samada mengajar dengan membuka pondok atau sekolah agama,mengajar di masjid dan madrasah,menjadi imam masjid,bilal dan sebagainya. Bagi menambahkan lagi kefahaman dalam ilmu pengetahuan agama,terdapat juga bekas-bekas pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke negara-negara timur tengah seperti ke Mesir dan Syria.

Pondok Lubuk Tapah mengalami perkembangan dan kemajuan dari masa ke semasa dan perubahan itu semakin ketara apabila Tuan Guru Haji Abdullah pulang dari Mekah pada Disember 1966 setelah berkelana menuntut ilmu di sana selama 14 tahun semenjak tahun 1953.Beliau yang merupakan anak kedua kepada pasangan Tuan Guru Haji Abdul Rahman dan Hajah Nik Zainab binti Nik Mud membantu ayahnya mengajar dan mentadbir pondok hinggalah akhirnya beliau mengambil tempat ayahnya menjadi mudir pondok.Dibawah pentadbiran beliau Pondok Lubuk Tapah semakin berkembang pesat dan semakin dikenali bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh Malaysia.Bilangan pelajarnya semakin bertambah manakala infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asasnya juga semakin baik dan lengkap.Sehingga kini terdapat kira-kira 400 orang pelajar yang menghuni di Pondok Lubuk Tapah termasuk dari kalangan warga tua dan mereka yang sudah berkeluarga.


SISTEM PENGAJIAN

Sistem pengajian di Pondok Lubuk Tapah masih mengekalkan sistem pengajian pondok tradisional dalam bentuk yang asal berdasarkan metode halakah dan kuliah. Berdasarkan metode ini pelajar akan membuka kitab menghadap kepada guru yang membaca dan membuat huraian bagi setiap kandungan kitab tersebut didalam majlis kuliah yang diadakan.Pengajaran dan huraian secara teliti dan mendalam oleh guru bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas dan luas kepada pelajar.

Mata pelajaran yang dipelajari di sini pula meliputi hampir semua bidang asas pengajian islam seperti al-Quran, Tauhid, Fiqh, Usul Fiqh, Tasawuf, Tafsir, Hadis, Mustalah Hadis, Sirah, Nahu, Saraf, Balaghah dan lain-lain lagi.

Kitab-kitab yang dipelajari di Pondok ini pula terdiri daripada kitab-kitab turath yang muktabar karangan ulama-ulama mujtahidin dan lain-lainnya dalam bahasa Arab dan Melayu bertulisan jawi.

Tenaga-tenaga pengajarnya pula selain daripada tuan guru sebagai guru utama beliau turut dibantu oleh tenaga-tenaga pengajar yang lain yang terdiri daripada pelajar-pelajar lama.

Secara umumnya sistem pengajian di Pondok Lubuk Tapah terbahagi kepada empat tahap mengikut kepada kemampuan pelajar iaitu kelas rendah bagi pelajar yang baru hendak belajar menulis dan membaca jawi.Tahap dua pula adalah kelas peralihan untuk pelajar yang baru pandai membaca dan menulis jawi dan mereka biasanya mempelajari kitab-kitab jawi yang rendah dan mudah difahami.Tahap tiga pula adalah kelas menengah yang menyediakan kelas-kelas untuk pelajar yang sudah pandai dan lancar membaca jawi. Mereka mengikuti kelas pengajian kitab-kitab jawi yang agak tinggi serta turut diajarkan ilmu nahu ( tatabahasa arab ) dan sorof.Tahap empat pula adalah untuk pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian kitab-kitab arab yang dipanggil kelas tinggi/arab. Kebanyakan kitab-kitab arab diajar oleh tuan guru sendiri.

Kelas-kelas pengajian diadakan hampir tiap-tiap hari dan dibahagikan kepada tiga sesi iaitu sesi pagi,petang ( bermula selepas zohor hingga selepas asar ) dan malam. Walaupun hari jumaat dan sabtu diletakkan sebagai cuti mingguan pondok namun kelas tuan guru bagi sesi malam masih berjalan seperti biasa.Tuan guru juga mengajar di Madrasah Pondok Kubang Bemban ( Pondok ayah mertua beliau;Allahyarham Tuan Guru Haji Ghani ) pada tiap-tiap hari sabtu mulai sebelas pagi hingga zohor.


INFRASTRUKTUR

Infrastruktur di Pondok Lubuk Tapah terdiri daripada tiga bangunan utama dengan pecahan di lokasi-lokasi yang tertentu iaitu Masjid,Madrasah dan Asrama pelajar.


1. Masjid

Masjid Pondok Lubuk Tapah terletak bertentangan dengan rumah tuan guru dan merupakan pusat bagi aktiviti ilmu dan ibadat dimana sebahagian besar daripada kelas-kelas pengajian diadakan di Masjid ini.Kelas pengajian tuan guru sendiri semuanya diadakan di Masjid ini.
Disamping menjadi tempat perhimpunan pelajar-pelajar pondok dan penduduk mukim Lubuk Tapah mengerjakan solat berjemaah dan jumaat,pelbagai program sambutan hari-hari kebesaran islam seperti Maulidur Rasul dan Isra’ mikraj turut diadakan disini.


2. Madrasah

Terdapat tiga buah Madrasah yang dijadikan tempat kuliah-kuliah pengajian kitab oleh tenaga-tenaga pengajar.Madrasah Al-Rahmaniah yang merupakan madrasah utama terletak disebelah Masjid berhadapan dengan Rumah Tuan Guru.Tapak Madrasah ini adalah tempat asal mula-mula kegiatan pengajian kitab dan solat berjemaah dibuat sejak dari awal penubuhan Pondok Lubuk Tapah,sebelum Masjid Lubuk tapah dibina.

Sekarang ini Madrasah Al-Rahmaniah merupakan bangunan kuliah kedua terpenting selepas masjid dengan kebanyakan kelas-kelas pengajian tenaga pengajar pondok diadakan disini.Disamping itu ianya turut dijadikan tempat pelajar-pelajar pondok berkumpul untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman dan mengadakan majlis-majlis tertentu seperti majlis meraikan tetamu dari luar dan majlis usrah yang diadakan pada tiap-tiap hari rabu malam khamis.Di tingkat atas madrasah ini dijadikan pejabat untuk urusan pentadbiran pondok.

Madrasah dua dan tiga pula terletak didalam kawasan asrama pelajar lelaki dan turut dijadikan tempat untuk mengadakan kelas-kelas pengajian dan aktivi pondok.


3. Asrama Pelajar

Asrama pelajar atau lebih sinonim dengan panggilan pondok sahaja terbahagi kepada tiga iaitu asrama pelajar lelaki,asrama pelajar wanita serta warga emas dan asrama serta rumah-rumah bagi pelajar yang sudah berkeluarga (pondok kelamin).

Asrama pelajar lelaki terletak di kawasan hadapan pondok iaitu disebelah jalan masuk ke kawasan pondok.Terdapat 4 blok asrama pelajar lelaki iaitu blok A,B,C dan D.Hanya asrama Blok A sahaja yang dibina satu tingkat manakala blok asrama yang lainnya adalah bangunan 2 tingkat yang mana kesemuanya boleh menempatkan lebih daripada 200 orang pelajar dalam satu-satu masa.Sebuah blok asrama berkembar 3 tingkat masih didalam pembinaan dan sekiranya siap dijangka boleh dihuni lebih 100 orang pelajar.

Asrama pelajar wanita pula terletak bersebelahan dengan rumah tuan guru.Terdiri daripada satu blok asrama tiga tingkat dengan tingkat pertama dan kedua didiami oleh orang-orang tua wanita (warga emas).

Manakala asrama rumah kelamin juga terdiri daripada satu blok bangunan 3 tingkat dengan 12 belas buah rumah dihuni oleh tenaga-tenaga pengajar pondok yang sudah berkeluarga pada 2 tingkat yang diatas sementara tingkat bawah pula dihuni oleh warga emas wanita.Selain itu terdapat juga rumah-rumah kayu yang terletak berselerakan di sekitar rumah tuan guru yang didiami oleh pelajar yang sudah berkahwin dan juga warga emas lelaki dan wanita.

Thursday, January 21, 2010

Refleksi, Luahan Hati Mahasiswa

Salam ukhwah untuk semua.

Hari ini timbul pula kes baru, dendam gereja dibakar, 2 surau menjadi mangsa serangan ekstrimis agama, perkara yang sudah dijangkakan mungkin siri serangan balas dendam puak pelampau agama. Isu yang Kalimah Allah yang sepatutnya diselesaikan dengan penuh hemat, amat malang semakin menjadi2, akan bermula bibik2 pergeseran agama, pepecahan perpaduan dalam era "Satu Malaysia" yang penuh dengan retorik. Sangat memalukan!

Beberapa hari yang lalu, saya sempat bertemu beberapa orang aktivis mahasiswa, secara jujurnya sebagai mahasiswa mereka tercari-cari parti yang mampu berjuang seiring dengan jiwa bergelora anak2 muda ini. Jika dikaitkan dengan isu Kalimah Allah, dalam kalangan mereka tidak berpuas hati dengan cara penyelesaian pemimpin2 politik termasuk pemimpin2 dari PR. Antara yang disuarakan:-

  • Pemimpin PR tidak sehaluan dalam menyatakan pendapat, terdapat yang bersengketa pula dalam isu ini, yang rugi PR sendiri. Keyakinan dan persepsi mahasiswa semakin terjejas mempersoalkan kemampuan mereka bersepakat dalam menyelesaikan sesuatu isu secara bijaksana.

  • Mahasiswa lebih cenderung menghadiri demonstrasi berkaitan Kalimah Allah dari demonstrasi Bantah Mesir yang berlansung pada minggu2 yang lalu. Mahasiswa kurang pendedahan tentang objektif dan maklumat demostrasi yang dijalankan oleh PR, berbanding demonstrasi berkaitan isu Kalimah Allah.

  • Dari sudut ilmu, ramai mahasiswa tidak memahami secara jelas tentang isu Kalimah Allah, kerana banyak perberbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin PR sendiri. Kurang penjelasan secara ilmiah diwujudkan, yang muncul banyak kenyataan2 yang kontroversi. Isu Kalimah Allah suatu isu yang baharu dan perlu penjelasan yang lebih jelas dan terang.

  • Pihak gereja yang sentiasa mendapat simpati pelbagai lapisan, sehingga menjadi perhatian para menteri, mereka memperoleh rm500 ribu, dan simpati dari pelbagai pemimpin dari PR. Siapa yang untung? Tetapi orang Islam terus bersengketa sesama sendiri. Agak2 surau kena bakar itu memperoleh nilaian yang sama dari para menteri?

  • Pelbagai masalah dalaman parti PAS yang tidak putus2 muncul, penyelesaian yang masih tergantung dan tidak menyenangkan sebahagian besar mahasiawa. Lebih buruk lagi, kesempatan itu dimain2kan oleh media "berlidah biawak" dalam memburuk2kan pemimpin2 PAS. Pemimpin sentiasa menjadi perhatian masyarakat, dalam segala hal kehidupan.

  • Kenyataan2 politik menjadi bahan putar alam oleh media2 ber"lidah biawak", yang tidak sepatutnya muncul dari mulut para pemimpin yang menjadi contoh dan perhatian umum. "Kerana Lidah Badan Binasa". Kenyataan yang memakan diri ini turut memberi kesan kepada masyarakat yang kurang memahami sesuatu isu, mereka mudah terpengaruh dengan propaganda yang dimain2kan oleh media arus perdana yang menjadi sajian utama dan sumber ilmu zaman berzaman.

Begitu lah sedikit perbincangan yang terbit dari mulut beberapa orang aktivis mahasiswa yang jelas kelihatan sangat mengimpikan sebuah keadilan dan sedang tercari2 kebenaran yang semakin malap dengan dek angkara permasalahan2 yang muncul.

Sekadar perkongsian dan luahan hati mahasiswa yang menilai beberapa isu dari sudut pandangan mereka sebagai anak muda. Saya sangat mengharapkan suatu perubahan dan usaha besar dalam menarik minat mahasiswa2( terutama atas pagar) dalam memahami perjuangan dan pendirian PR, semoga suara kecil ini mendapat perhatian pemimpin2 yang ikhlas bersama rakyat. Salam perjuangan!

Nah! Dua surau di Muar jadi sasaran dibakar

Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini - sebuah daripadanya rosak teruk.

Menurut polis, surau tersebut terletak kira-kira dua kilometer dari satu sama lain.

Ketika dihubungi, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar.

Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.

Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu Malaysiakini bahawa penyerangnya menggunakan minyak tanah untuk membakar tirai itu.

Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini, berkata kebakaran di suraiu pertama itu disedari oleh tiga orang yang sedang menaiki sebuah kereta ketika lalu di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Menurutnya, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka berhenti kereta dan bergegas masuk untuk memadamkannya.

Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasatnya.

Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja - menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.

Ianya dipercayai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God'.

Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.

Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing.

"Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini.

"Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita," katanya.


Wednesday, January 20, 2010

Perak Bersiap Sedia!

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman.

enurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.

Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN).



Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.

Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang.

Sidang
media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.

Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh iselesaikan melalui pilihan raya negeri.

Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan
Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai enteri Besar Perak yang sah.

Tuesday, January 19, 2010

Felda Bayar RM 12 Juta Kepada Peneroka


Mahkamah Persekutuan semalam enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.


Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.

Mursyidul Am Baharu Ikhwanul Muslimin

Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.


Pada pukul 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia) tadi, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.

Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijaatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahu, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.

Semoga Allah swt mengurniakan beliau TaufiqNya dalam memimpin jemaah Ikhwan Muslimin yang menjadi salah satu tempat harapan ummah Islamiyah dalam mengembalikan identity Islam kedalam diri dan masyarakat Islam, berhadapan dengan penentangan dan projek gergasi Amerika, Yahudi dan barat untuk menguasai dunia dan menghancurkan Islam. “Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan akan meneguhkan pendirian dan kedudukan kamu” (Al-Quran).

Monday, January 18, 2010

Siapa Yang Menghina, Apa Komen Anda?



Kupasan Buku: ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU, PERANAN DAN PENGARUH TIMUR TENGAH

Islam merupakan elemen yang penting dalam identiti masyarakat Melayu. Perkataan Melayu dan Islam seolah-olah tidak dapat dipisahkan dalam konteks pendefinisian jatidiri Melayu itu sendiri. Perkembangan politik dan sosial masyarakat Melayu pasca-kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak dapat tidak, berkait dengan perkembangan Islam itu juga. Agama ini telah menjadi sumber penyatu bangsa Melayu, pencetus revolusi minda dan juga pembinaan serta pematangan tamadun kecendekiaan Melayu.

Karya Prof Madya Dr Mohamad Redzuan Othman ini dihasilkan bertujuan untuk memperjelaskan peranan yang dimainkan oleh Islam dan pengaruh Timur Tengah dalam membawa anjakan paradigma kepada masyarakat Melayu. Buku ini dimulakan dengan diskusi teori pengislaman orang Melayu dan pengaruhnya dalam melentur pola pemikiran orang Melayu. Penulis telah membentangkan 3 polemik utama dalam perbincangan ini iaitu asal-usul Islam ke Tanah Melayu, tarikh sebenar kedatangan Islam ke sini dan apakah proses utama yang membawa kepada pengislaman orang Melayu secara ‘besar-besaran’.

Dalam polemik pertama, penulis secara panjang-lebar membincangkan pertembungan 2 teori berbeza tentang asal-usul perkembangan Islam di Tanah Melayu iaitu teori bahawa ia berasal dari Benua Kecil India yang disokong oleh majoriti sarjana orientalis Barat dan teori kedua yang menyatakan Islam yang datang ke Tanah Melayu berasal dari Tanah Arab yang didokongi oleh kebanyakan sarjana Nusantara. Kepentingan polemik ini ialah untuk membuktikan tahapan ‘keaslian’ Islam yang dianuti oleh orang Melayu pada peringkat awal penerimaan Islam di Tanah Melayu.




Sarjana Barat menisbatkan aktiviti perdagangan dan interaksi pedagang Islam dan masyarakat Melayu melalui aktiviti perdagangan sebagai faktor utama dalam proses penyebaran Islam di Nusantara. Namun, pendapat ini tidak dapat menjelaskan secara komprehensif bagaimana proses pengislaman masyarakat Melayu boleh berlaku secara ‘en masse’. Lanjutan itu, para sarjana Nusantara khususnya, berpandangan bahawa faktor terpenting dalam perkembangan Islam di kalangan orang Melayu ialah penerimaan raja-raja dan para pemerintah Melayu terhadap Islam yang kemudiannya dituruti oleh rakyat jelata dan bukan semata-mata aktiviti perdagangan. Malahan, menurut pendokong teori ini, orang Arab yang datang membawa risalah Islam ke Tanah Melayu pada waktu tersebut bukanlah pedagang tetapi pendakwah sepenuh masa dalam menyebarkan ajaran Islam ke Alam Melayu dan para raja Melayu adalah golongan terawal yang mereka dekati.

Penulis juga membincangkan pandangan S.Q Fatimi yang berpendapat kepesatan penerimaan Islam di kalangan orang Melayu turut disumbangkan oleh sikap keterbukaan pendakwah Islam. Mereka mempelajari budaya dan Bahasa Melayu serta tidak menunjukkan sifat ‘orang kelas atasan’ dalam interaksi mereka dengan masyarakat Melayu. Ini amat berbeza dengan penjajah Portugis yang menonjolkan diri mereka sebagai ‘manusia istimewa’ sehingga menimbulkan kebencian orang Melayu.

Dalam bab yang sama, penulis membincangkan setakat mana Islam memainkan peranan dalam merubah minda Melayu dan membina semula tamadun budaya orang Melayu itu sendiri. Kebanyakan orientalis Barat berpendapat, Islam tidak merubah cara hidup orang Melayu. Mereka berhujah Islam yang dianuti oleh orang Melayu banyak dipengaruhi oleh paradigma Hindu mereka yang terdahulu. Namun, pandangan ini disangkal oleh tokoh-tokoh akademik tempatan seperti Prof Dr Syed Naquib Al-Attas. Ini dibuktikan dengan penggunaan gelaran-gelaran kebesaran yang serupa dengan kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah, pengkayaan kosa kata bahasa Melayu dengan perkataan-perkataan Arab, Farsi dan Turki, penggunaan tulisan Jawi, kemunculan pusat-pusat pendidikan Islam di Melaka, Pasai dan Acheh di samping lahirnya ulama-ulama terkemuka dari kalangan orang Melayu.

Dalam Bab 2 dan 3, Prof Madya Dr Mohamad Redzuan menghuraikan peranan ibadat haji dan Kota Suci Makkah dalam kerangka penghayatan agama orang Melayu dan pembinaan budaya ilmu di kalangan mereka. Penulis telah mengkritik karya orientalis dan sarjana Alam Melayu dari Belanda, Snouck Hurgronje, Mekka In The Latter Part Of The 19th Century yang ditulis oleh Hurgronje ketika beliau menyamar sebagai seorang muslim untuk menyelami perjalanan ibadah haji umat Islam di Makkah.

Penulis tidak menyangkal bahawa ada beberapa fakta yang berguna dalam karya Hurgronje itu tetapi beliau berpandangan, Hurgronje terlalu banyak membesar-besarkan fakta-fakta remeh dalam menilai Makkah, penduduknya dan juga orang Melayu di Makkah pada masa tersebut dalam karyanya itu. Penulis mempersoalkan motif Hurgronje itu kerana bukunya yang walaupun dianggap satu autoriti dalam kajian sejarah Makkah dan kaitannya dengan orang Melayu di kalangan orientalis, gagal menghuraikan secara komprehensif kecemerlangan tokoh-tokoh ulama Melayu yang hidup di Tanah Suci pada masa itu seperti Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Mustafa Al-Fatani dan Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Al-Minangkabawi yang merupakan salah seorang imam besar Masjidil Haram bagi pengikut Mazhab Shafie ketika itu.

Prof Madya Dr Mohamad Redzuan kemudiannya dalam Bab 2, membentangkan fakta-fakta kajian sejarah tentang perjalanan orang Melayu ke Tanah Suci atas tujuan haji. Daripada fakta-fakta tersebut, penulis menyimpulkan bahawa ia adalah cerminan penghayatan agama dan komitmen orang Melayu terhadap Islam walaupun mereka terpaksa menempuh pelbagai kepayahan untuk sampai ke Tanah Suci. Mengikut rekod sejarah, jemaah haji Tanah Melayu merupakan antara yang paling ramai pada zaman tersebut dan jumlah ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Orang Melayu dipercayai telah pergi menuntut ilmu di Makkah sejak mereka menganuti Islam. Namun, mengikut rekod yang ditemui, hanya pada akhir abad ke-17, hal ini dapat ditashihkan berlaku. Walaupun begitu, hanya pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, jumlah orang Melayu yang berlayar ke Makkah untuk tujuan tafaqquh fid-deen direkodkan dalam bilangan yang ramai. Dalam era ini juga, lahir ramai ulama-ulama Melayu di Tanah Suci Makkah. Tahap keilmuan mereka bukan sahaja disanjungi oleh penuntut-penuntut Melayu malahan mereka juga tersohor di kalangan orang Islam bukan Melayu di Makkah. Seorang ulama Melayu, Syeikh Nawawi Al-Bantani telah digelar Sayyidul Ulama’ Al-Hijaz (Penghulu Ulama Hijaz).

Penulis juga menghuraikan ketokohan dua ulama Melayu yang berada di Makkah seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu Syeikh Wan Ahmad Al-Fatani dan Syeikh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi. Syeikh Ahmad Khatib adalah seorang ulama yang mendokongi pemikiran islah dan telah melahirkan ramai tokoh ulama Tanah Melayu seperti Haji Mohd Noor iaitu ayah kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi, Haji Abdul Latiff Tambi, tokoh Kaum Tua di Melaka dan Haji Abdul Karim Amrullah, seorang tokoh islah terkenal di Sumatra. Di kalangan anak didik Syeikh Wan Ahmad pula ialah Tuan Tabal, seorang ulama terkenal di Kelantan dan Tok Kenali. Selain berperanan sebagai pusat pendidikan orang Melayu, Makkah juga muncul sebagai pusat perkembangan intelektualisme orang Melayu. Di Jeddah terdapat beberapa pusat percetakan yang menerbitkan buku-buku rujukan agama dalam bahasa Melayu untuk kegunaan penuntut-penuntut Melayu di Makkah dan juga para pelajar institusi pondok di Tanah Melayu. Dicatatkan bahawa, buku-buku ilmiah ini adalah antara barang dagangan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran Tanah Melayu.

Minat yang mendalam terhadap ilmu di kalangan penuntut Melayu di Makkah juga ditunjukkan dengan reaksi dan partisipasi aktif mereka dalam diskusi kecendekiaan yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar Melayu utama pada zaman tersebut seperti Tunas Melayu, Neracha, Idaran Zaman, Bahtra dan Malaya. Sumbangan lulusan-lulusan Timur Tengah (khususnya Makkah dan Al-Azhar) lain yang tidak harus dilupakan, ialah perkembangan institusi pendidikan pondok dan madrasah di Tanah Melayu yang telah merancakkan lagi proses pematangan budaya ilmu orang Melayu.

Dalam bab 4 dan 5, penulis menghuraikan kesan dan pengaruh gerakan Pan-Islamisme dan pemikiran islah kepada orang Melayu. Gerakan Pan-Islamisme yang dijuarai oleh Shaykh Jamaluddin Al-Afghani dan Sultan Abdul Hamid II bertujuan menyatukan umat Islam sedunia di bawah panji-panji Khilafah Uthmaniyyah. Walaupun, ia boleh ditafsir sebagai reaksi politik Empayar Uthmaniyyah dalam menguatkan pengaruhnya yang kian terancam dengan kemaraan kuasa-kuasa besar Barat, pemikiran ini pada dasarnya cuba menyatukan umat Islam sedunia dalam menyelamatkan maruah umat Islam daripada terus dijajah.

Namun, secara keseluruhannya, pengaruh idea ini tidak begitu mendapat sokongan di kalangan orang Melayu oleh kerana keadaan geopolitik dunia yang tidak memihak kepada Turki dan kemudiannya pemansuhan sistem Khilafah oleh gerakan Turki Muda tajaan Kamal Attaturk. Namun, ideologi ini sebenarnya berjaya menumbuhkan kesedaran di kalangan orang Melayu bahawa mereka adalah sebahagian daripada sebuah ummah yang sedang dilanda krisis dan ancaman. Perkembangan inilah yang menimbulkan bibit-bibit kesedaran politik ke arah perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu pada dekad-dekad seterusnya. Proses pematangan kesedaran ini di kalangan orang Melayu kemudian dicambahkan lagi dengan penyebaran pemikiran islah yang diterajui oleh lulusan-lulusan Mesir yang banyak terdedah dengan pemikiran Rashid Ridha dan Muhammad Abduh.

Pemikiran ini menekankan peri pentingnya bagi umat Islam untuk memperbaiki diri mereka daripada kelemahan-kelemahan yang ada melalui proses pembaharuan dalaman mencakupi semua bidang termasuk ekonomi, politik., pendidikan dan sosial. Tokoh-tokoh islah di Tanah Melayu ini telah menggunakan medium penerbitan majalah seperti Al-Imam dan Al-Ikhwan serta pembukaan madrasah-madrasah mengikut acuan Al-Azhar untuk menyebarkan fahaman ini kepada penduduk Tanah Melayu.

Dalam bab terakhir, Prof Madya Dr Mohamad Redzuan membincangkan reaksi orang Melayu terhadap pembentukan negara Turki Moden. Secara umumnya, majoriti orang Melayu menyambut baik kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah dan pembinaan negara Turki Moden. Orang Melayu lebih melihat Kerajaan Turki Uthmaniyyah sebagai kuasa besar Islam dan bukan tempat ditumpahkan ketaatan. Orang Melayu sudah memiliki institusi sultan sebagai tempat ketaatan mereka yang sudah lama mengakar dalam kerangka budaya orang Melayu.

Justeru itu, perasaan simpati orang Melayu terhadap kejatuhan institusi Khalifah tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan reaksi umat Islam di negara-negara Arab dan benua India. Kesempatan inilah yang digunakan oleh penjajah British untuk mempergunakan raja-raja Melayu dalam memastikan tiada penggugatan terhadap kepentingan kolonial mereka melalui perasaan simpati terhadap kejatuhan sistem Khilafah di Turki. Aspek yang paling menarik minat orang Melayu terhadap Turki pada tahun-tahun berikutnya ialah, perkembangan negara tersebut menjadi sebuah negara moden. Hal ini dapat dilihat dengan merujuk majalah-majalah dan akhbar-akhbar utama orang Melayu pada era tersebut.

Kecondongan penerbitan-penerbitan ini terhadap agenda Kamal Attaturk boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan utama. Kumpulan pertama terdiri daripada akhbar Al-Hedayah, Al-Ikhwan, Malaya, Saudara, Bahtra dan Majalah Guru yang didokongi oleh tokoh-tokoh Kaum Muda yang terang-terangan dan secara berterusan mempertahankan usaha-usaha ‘modenisasi’ Attaturk. Kumpulan kedua pula terdiri daripada majalah Seruan Al-Azhar, Pilehan Timur dan Idaran Zaman yang hanya menyokong Attaturk pada zaman awal pemerintahannya dan kemudiannya menolak agenda beliau yang dianggap semakin lari daripada ajaran Islam sebenar. Kerancakan polemik Turki Moden ini membuktikan kematangan intelektualisme Melayu yang semakin peka dan prihatin terhadap realiti semasa mereka dalam konteks pertembungan modenisasi dan Islam yang melanda umat pada era tersebut.

Semangat untuk meniru kejayaan orang Turki dalam membina negara mereka ke arah modenisasi juga telah menjadi inspirasi kepada orang Melayu ke arah memajukan diri mereka. Minat orang Melayu terhadap perkembangan Turki dapat dilihat dengan pemaparan berita-berita tentang Turki dan juga penyanjungan terhadap Attaturk secara meluas dalam akhbar-akhbar Melayu. Perasaan ingin maju dan moden sebagaimana Turki inilah yang akan menjadi antara pemangkin membina kesedaran politik dan sosial di kalangan orang Melayu untuk menentang penjajahan British pada pertengahan abad ke-20.

Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah adalah sebuah tulisan dan kajian yang baik dalam menjelaskan sejarah kesalingkaitan Alam Melayu dan Timur Tengah dalam konteks perkembangan Islam di Tanah Melayu dan pengaruhnya terhadap orang Melayu. Penulis telah berjaya menukilkan fakta-fakta sejarah dengan baik dan kadangkala ‘mengejutkan’ bagi kebanyakan minda yang kiblat sejarahnya hanyalah buku-buku teks Sejarah peringkat menengah yang dalam banyak hal, seringkali meninggalkan dimensi-dimensi penting dalam lipatan sejarah Islam dan masyarakat Melayu di Malaysia. Buku ini berjaya memberi kefahaman baru terhadap para pembaca tentang apa sebenarnya yang berlaku khususnya dalam era pra-kebangkitan semangat nasionalisme Melayu dan perjuangan menuntut kemerdekaan dan mengaitkannya dengan perkembangan Islam di Tanah Melayu itu sendiri.
..............................................

Buku ini adalah tesis beliau yg dikemukakan kpd University of Edinburgh, UK. (1994) utk meraih phD.

Tesis ini membongkar kembali teori islamisasi nusantara, peranan dan pengaruh Timur tengah dalam membentuk aliran pemikiran Melayu kini dalam beragama (Islam) dan berpolitik. Tesis ini membuka kembali teori Islam dibawa ke Nusantara dan Malaya. Dan yg paling menarik ialah bagaimana tercetusnya aliran kaum Muda.


Buku ini dibahagi kepada enam bab:

Bab 1: PengIsalaman dan transformasi budaya Teori awal islamisasi, pembudayaan melayu dan cabaran kolonial

Bab 2: Ibadah Haji dan kepentingannya:
Ia menyorot bagaimana ibadah haji mempengaruhi umat melayu hasil interaksi melayu dengan perhimpunan tahunan terbesar dunia itu.

Bab 3: Makkah alHaram sebagai Pusat Intelektual
Bagaimana tiupan ilmu dari mesjidil Haram mempengaruhi Malaya

Bab 4: Pengaruh pan_Islamisme
Pengaruh Empayar turki (Uthmaniah) terhadap malaya

Bab 5: Sumbangan dan pengaruh Mesir (alAzhar alSyarif)
Bagaimana timbulnya pemikiran Islah (tajdid) dan pemikiran Kaum Muda

Bab 6: kesan dari pembentukan Negara Moden Turki
Pengaruh kemalisme (sekulerisme) terhadap pemikiran politik di rantau ini.

Saturday, January 16, 2010

Polis Terdesak Lerai Pehimpunan Mahasiswa

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah), kesal tindakan pihak polis yang didakwa bertindak ganas dan kasar ketika menyuraikan himpunan mereka dihadapan bangunan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Putrajaya Jumaat lalu.

Selain mengecam tindakan itu, jurucakap Bantah, Mohd Ridzuan Othman turut mempersoal penangkapan yang dibuat ke atas beberapa pemimpin pelajar sedangkan dakwanya perhimpunan tersebut berlaku dengan aman.

"Bantah mengecam tindakan ganas dan kasar pihak polis yang menangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM), Sdr. Shazni Munir sedangkan kekecohan ditimbulkan oleh pihak polis sendiri.

"Adakah Malaysia sekarang sudah bertukar kepada negara kepolisan?," katanya dalam satu kenyataan.

Jumaat lalu, Bantah dengan beberapa pertubuhan mahasiswa termasuk Pro-Mahasiswa Nasional dan 50 mahasiswa lain telah hadir ke KPT bagi menyerahkan memorandum mendesak kementerian memansuhkan pelaksanaan sistem undian elektronik atau E-Undi pada Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang.

Kehadiran kumpulan mereka bagaimanapun bertukar kecoh apabila mereka berdepan arahan bersurai pihak polis yang membawa kepada penangkapan dua wakil pelajar dan seorang wartawan.

Kejadian itu bagaimanapun berlaku selepas lima orang pimpinan mahasiswa berkenaan berjaya menghartar memorundum tersebut.

Menurut Ridzuan, jika tekanan sebegitu dikenakan kepada mahasiswa, maka perundangan mana lagi yang wajar digunapakai memandangkan Artikel 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak berkumpul secara aman tanpa senjata dibenarkan.

"Mahasiswa sebagai aset negara diperlakukan semacam ‘penjenayah tegar’ sedangkan mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun.

"Bantah kesal dengan tindakan tidak profesional polis di dalam himpunan mahasiswa!" katanya lagi.

Jelasnya lagi, kejadian Jumaat lalu juga sewajarnya dipandang serius kerajaan Malaysia khususnya bagi memperbetul integriti pasukan polis agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

Friday, January 15, 2010

Gempa Haiti: Gambar, Peringatan Bersama...























KUALA LUMPUR: Mercy Malaysia merayu rakyat negara ini membantu mangsa gempa bumi di Haiti dengan menghulurkan bantuan kepada mana-mana pertubuhan yang kini berada di negara itu untuk memberikan bantuan.

Presidennya Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata Mercy Malaysia sedang memantau situasi di negara itu dari ibu pejabatnya dan melalui rakannya, sebuah badan bukan kerajaan yang beribupejabat di United Kingdom, Merlin, yang kini berada di tempat kejadian di Haiti.

"Mercy Malaysia kini menghadapi kekurangan dalam aspek kewangan dan tenaga kerja. Bagi Haiti, jarak geografi memerlukan kos yang tinggi.

"Dengan itu kita tidak dapat menghantar kakitangan dan atau sukarelawan untuk memberikan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Haiti ketika mereka memerlukannya," kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata gempa bumi 7.0 magnitud melanda Haiti kelmarin dan ramai penduduk dikhuatiri mati kerana gempa susulan masih berlaku di ibu negara itu, Port-au-Prince.

Ramai mangsa gempa bumi dikhuatiri terperangkap atau tertimbus di bawah runtuhan bangunan sekolah, hospital serta rumah, dan bagaimanapun sambutan daripada masyarakat dan pertubuhan antarabangsa sangat menggalakkan dalam aspek jumlah bantuan. BERNAMA