Tuesday, January 12, 2010

Skrip Sama, Jalan Cerita Berbeza...

KUALA LUMPUR, 12 Jan: PAS menolak penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan menangani kes serangan ke atas sembilan gereja sejak 8 Januari lepas berikutan bantahan meluas tentang isu penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, ugutan yang dikeluarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bersedia menggunakan akta itu dilihat cuba menafikan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi jaminan keadaan keselamatan negara terkawal.

"PAS juga kesal dengan ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mahu mengunakan ISA bagi menyelesaikan masalah ini.

"Jelas apa yang berlaku sekarang dan ugutan Menteri ini menafikan kata-kata manis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjamin bahawa keadaan di negara ini adalah terkawal," katanya.

PAS sebelum ini melihat isu sensitif seperti ini hanya dapat diselesaikan jika pendekatan dialog antara agama di adakan bagi merungkai segala pertikaian.

PAS katanya melihat bahawa Hishamuddin yang gagal menyelesaikan masalah ini walaupun sebelum ini mendakwa sudah mengenalpasti suspek yang membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati.

Rakyat jelasnya kini tertanya-tanya tentang tindakan lanjut Polis terhadap suspek-suspek yang didakwa Hishamudin sudah dikenal pasti itu.

"Bilakah mereka akan ditangkap dan didakwa dimahkamah?", soalnya.

..........................

Isu Kalimah Allah banyak dimainkan dan "dipromosikan" media yang menjadi lidah2 kerajaan untuk mengapi2kan sentimen keagaaman, sudah sedap merosakkan pemikiran rakyat, muncul lah pengganas2 agama terus sahaja membakar2 gereja sekitar ibu kota, sekarang baru terkial-kial kepala mencari penyelesaian terbaik, kelam kabut saja untuk menggunakan hukum rimba ISA menangkap "dalang2" yang menjadi hero isu kalimah Allah. Sedang mereka lupa isu Kalimah Allah dibesar2kan oleh lidah bercabang mereka sendiri, sekarang mahu pula menangkap "orang" mereka(gambaran keadilan kerajaan ONE Malaysia). Skrip lakonan yang sudah biasa muncul di kaca pemikiran rakyat yang sudah matang dan jernih hatinya untuk menilai yang hak dan batil. Sudah2 lah memperbodohkan rakyat.

No comments:

Post a Comment