Sunday, January 24, 2010

Kembara Ziarah Sahabat: Mohon Doa dari Kalian.



Perjalanan menuju ke rumah Ehsan yang terletak disebuah perkampungan Melaka yang cantik.







Majlis bacaan Yasin di rumah Ehsan, Batu Gajah Melaka.







Datuk dan Datin memberi kata2 semangat kepada bapa Ehsan (berbaju hitam)









Datin Anismah dan rakan-rakan yang lain mengambil kesempatan untuk bertanya khabar kepada Ehsan.









Kelihatan beliau dan ibu, wajahnya kelihatan lesu dan malu dengan kunjungan kami secara mengejut, sangat menyedihkan melihat keadaannya sekarang yang berbeza ketika beliau sihat. Beliau ditempatkan di Hospital Melaka untuk rawatan dan terapi.





Wajah sugul yang menggambarkan keperitan beliau menghadapi penyakitnya, ibunya sentiasa memberi sokongan dan dorongan sambil mengambil mengharap beliau kembali sembuh. Kasihan melihat wajah ibunya yang sentiasa mengalirkan air mata.





Pada 23 Januari yang lepas, saya bersama rakan-rakan pelajar berkesempatan mengadakan kembara ziarah sahabat, iaitu mengunjungi saudara Mohd Ehsan Adb Ghaffar yang menghidapi penyakit yang berkaitan dengan saraf, beliau mula menghidapi penyakit ini pada awal tahun lepas setelah memberi beberapa tanda seperti mudah lupa sesuatu dan tidak dapat fokus kepada sesuatu kerja yang dilakukan.



Penyakitnya semakin teruk sehinggakan beliau kadang2 berada di luar sedar dan kawalan diri, menyebabkan bapa beliau En Abd Ghaffar memohon tangguh pengajian beliau selama setahun memandang beliau gagal untuk meneruskan pengajian dengan keadaannya sedemikian.



Kembara Ziarah ini adalah hasil usaha beberapa orang sahabat bersama dengan pensyarah institut, Datin Anismah ditemani suaminya Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah, turut serta dalam kembara ziarah sahabat ke Alor Gajah Melaka. Datin Anismah selaku pensyarah hal ehwal pelajar dan kebajikan berusaha keras untuk menjayakan ziarah ini walaupun mendapat beberapa halangan yang timbul.



Saya yang berkesempatan bertemu Ehsan di Hospital Melaka selepas majlis bacaan Yasin di ruma beliau, saya cuba menahan sebak apabila melihat keadaannya, saya sempat bersalaman dengannya, beliau masih mengingati nama rakan-rakan yang lain sambil tersenyum melihat kehadiran kami. Beliau merupakan seorang yang aktif bersukan dan seorang yang periang tetapi berubah apabila menghidapi penyakit misteri itu.



Kunjungan tersebut juga memberi keinsafan kepada kami semua tentang nilai kesihatan yang dkurniakan, kami berdoa dan berharap supaya Allah kembali memberi kesihatan yang baik kepadanya, semoga beliau cepat sembuh dan cepat kembali ke institut. Saya dengan rasa rendah diri memohon kesudian sahabat2 yang berkunjung ke blog ini untuk sama2 berdoa, semoga doa kalian dibalas dengan rahmat dan hidayah dari-Nya. Amin.



5 comments:

  1. Salam,
    Sedih.Semoga beliau cepat sembuh dan kembali aktif seperti sediakala.

    ReplyDelete
  2. salam kak,

    insyaallah mudah2an beliau kembali sihat.amin

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Memang menyayat hati,sakit dah tak mengira usia,muda atau tua,berdoalah moga kita sihat untuk meneruskan perjuangan ini.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, sama-sama kita berdoa semuga Allah memberi yang terbaik kepada Ehsan, ada hikmahnya.Kita patut insaf dan bersyukur nimat sihat

    ReplyDelete
  5. salam, insyaallah, semoga Allah memberi kesihatan dan menyembuhkan Ehsan

    ReplyDelete