Kebanyakkan umat Islam di negara kita membantah pengunaan perkataan 'Allah' oleh Gereja-gereja dan akhbar-akhbar Kristian. Ini bukan sahaja melambangkan ketidakmatangan mereka untuk menerima sesuatu kebenaran, malah bercanggah dengan realiti Islam yang sering menekankan elemen keterbukaan.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu -
* Allah (bahasa Arab: الله, Allāh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah adalah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam serta dalam masyarakat Kristian yang berbahasa Arab.
Jadi apakah salahnya jika perkataan 'Allah' digunakan oleh semua agama di dunia ini? Bukankah ini lebih memperhebatkan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia? Fikiran yang sempit perlu dielakan oleh segelintir umat Islam di Malaysia. Dunia sedang berubah dari masa ke semasa dengan lebih terbuka dan liberal, 'kefanatikan' pihak tersebut hanya satu perbuatan yang tidak masuk akal.
Betulkan saya jika saya silap. Walaupun saya beragama Hindu, apa yang saya faham tentang Islam adalah walaupun perang yang berlaku, undang-undang Islam menyebut bahawa wanita, kanak-kanak dan rumah ibadat tidak boleh diusik sama sekali. Namun perkara yang paling 'kurang ajar' dan menyedihkan berlaku apabila pihak yang tidak bertanggunggjawab bertindak membaling bom petrol ke arah sebuah Gereja di pusat bandar. Susulan daripada berita tersebut, gereja-gereja di sekitarnya telah mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi 'keganasan' tersebut. Baca di sini- Gereja hangus dibaling bom petrol.
GEREJA YANG DILETUPKAN OLEH PENGGANAS
Persoalan yang nyata adalah adakah keganasan menjadi penyelesaian utama masalah ini? Begitu fanatiknya segentir umat Islam di negara ini sehinggakan tidak pandai menghargai keamanan yang kita nikmati sekarang. Golongan ini semestinya ada kepentingan diri sendiri samada politik atau kuasa. Manakala kerajaan pula tidak mampu untuk menangani isu ini, seolah-olah mereka membenarkan ia berlaku.
Saya ingin menekankan bahawa pegangan agama seseorang manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, ia tidak boleh dilakukan melalui paksaan, keganasan, ketakutan atau dengan desakan sistem atau polisi kerajaan. Kebebasan agama perlu dihormati agar dunia sentiasa berada dalam keadaan yang aman.
BANGSA MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam sahabat
ReplyDeleteAna setuju pandangan YB Mahfuz. YB Mahfuz beri public speaking memang manthop ya akhi