Hari ini timbul pula kes baru, dendam gereja dibakar, 2 surau menjadi mangsa serangan ekstrimis agama, perkara yang sudah dijangkakan mungkin siri serangan balas dendam puak pelampau agama. Isu yang Kalimah Allah yang sepatutnya diselesaikan dengan penuh hemat, amat malang semakin menjadi2, akan bermula bibik2 pergeseran agama, pepecahan perpaduan dalam era "Satu Malaysia" yang penuh dengan retorik. Sangat memalukan!
Beberapa hari yang lalu, saya sempat bertemu beberapa orang aktivis mahasiswa, secara jujurnya sebagai mahasiswa mereka tercari-cari parti yang mampu berjuang seiring dengan jiwa bergelora anak2 muda ini. Jika dikaitkan dengan isu Kalimah Allah, dalam kalangan mereka tidak berpuas hati dengan cara penyelesaian pemimpin2 politik termasuk pemimpin2 dari PR. Antara yang disuarakan:-
- Pemimpin PR tidak sehaluan dalam menyatakan pendapat, terdapat yang bersengketa pula dalam isu ini, yang rugi PR sendiri. Keyakinan dan persepsi mahasiswa semakin terjejas mempersoalkan kemampuan mereka bersepakat dalam menyelesaikan sesuatu isu secara bijaksana.
- Mahasiswa lebih cenderung menghadiri demonstrasi berkaitan Kalimah Allah dari demonstrasi Bantah Mesir yang berlansung pada minggu2 yang lalu. Mahasiswa kurang pendedahan tentang objektif dan maklumat demostrasi yang dijalankan oleh PR, berbanding demonstrasi berkaitan isu Kalimah Allah.
- Dari sudut ilmu, ramai mahasiswa tidak memahami secara jelas tentang isu Kalimah Allah, kerana banyak perberbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin PR sendiri. Kurang penjelasan secara ilmiah diwujudkan, yang muncul banyak kenyataan2 yang kontroversi. Isu Kalimah Allah suatu isu yang baharu dan perlu penjelasan yang lebih jelas dan terang.
- Pihak gereja yang sentiasa mendapat simpati pelbagai lapisan, sehingga menjadi perhatian para menteri, mereka memperoleh rm500 ribu, dan simpati dari pelbagai pemimpin dari PR. Siapa yang untung? Tetapi orang Islam terus bersengketa sesama sendiri. Agak2 surau kena bakar itu memperoleh nilaian yang sama dari para menteri?
- Pelbagai masalah dalaman parti PAS yang tidak putus2 muncul, penyelesaian yang masih tergantung dan tidak menyenangkan sebahagian besar mahasiawa. Lebih buruk lagi, kesempatan itu dimain2kan oleh media "berlidah biawak" dalam memburuk2kan pemimpin2 PAS. Pemimpin sentiasa menjadi perhatian masyarakat, dalam segala hal kehidupan.
- Kenyataan2 politik menjadi bahan putar alam oleh media2 ber"lidah biawak", yang tidak sepatutnya muncul dari mulut para pemimpin yang menjadi contoh dan perhatian umum. "Kerana Lidah Badan Binasa". Kenyataan yang memakan diri ini turut memberi kesan kepada masyarakat yang kurang memahami sesuatu isu, mereka mudah terpengaruh dengan propaganda yang dimain2kan oleh media arus perdana yang menjadi sajian utama dan sumber ilmu zaman berzaman.
Begitu lah sedikit perbincangan yang terbit dari mulut beberapa orang aktivis mahasiswa yang jelas kelihatan sangat mengimpikan sebuah keadilan dan sedang tercari2 kebenaran yang semakin malap dengan dek angkara permasalahan2 yang muncul.
Sekadar perkongsian dan luahan hati mahasiswa yang menilai beberapa isu dari sudut pandangan mereka sebagai anak muda. Saya sangat mengharapkan suatu perubahan dan usaha besar dalam menarik minat mahasiswa2( terutama atas pagar) dalam memahami perjuangan dan pendirian PR, semoga suara kecil ini mendapat perhatian pemimpin2 yang ikhlas bersama rakyat. Salam perjuangan!
Salam. Parti "dacing senget" sedang bertepuk tangan dan bergembira melihat keadaan PR ketika ini...Kita pula resah...
ReplyDeletesalam babah,
ReplyDeletebenar, saya pun rasa risau lihat keadaan begini. semoga perkara diberi perhatian serius.