Thursday, December 31, 2009

Siapa Yang Bodoh Dalam Kes Ni??


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.

Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
................................

Hakim Kufar bicara kes nama Allah? Apa Kes Ni!



Hadiah Tahun Baru-Harga gula naik 20 sen mulai esok

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen mulai pukul 12 tengah malam ini.

Ini bermakna harga baru gula di Semenanjung mulai esok ialah RM1.65 sekilogram berbanding RM1.45 sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom pada sidang akhbar di sini hari ini. -Utusan.

................................

lepas ni giliran barang apa pula akan naik ya?

Wednesday, December 30, 2009

Gus Dur Meninggal Dunia

http://ecx.images-amazon.com/images/I/51Inlz2USQL._SL500_.jpg

JAKARTA 30 Dis. - Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid meninggal dunia 6.45 petang ini (waktu Indonesia barat) ketika menerima rawatan di Hospital Cipto Mangunkusumo di sini. Adik kandung Abdurrahman, KH Sholahudin Wahid mengesahkan Abdurrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Dur dan merupakan

Presiden Indonesia keempat telah meninggal dunia. "Saya mendapat khabar beliau meninggal. Khabar yang saya terima beliau meninggal pada pukul 6.45 petang," kata Gus Sholah dipetik

detikcom. - Utusan

Tukar Masa Pula, Pindaan Baru SPRM

UTUSANMELAYOU.COM

PUTRAJAYA 29 Dis. – Tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari merupakan antara cadangan kepada pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika cadangan itu diluluskan maka tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.

Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelakkan pertembungan penyokong parti-parti bertanding yang datang secara serentak. Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kedua-dua perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dimasukkan dalam cadangan pindaan tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.

Jika cadangan itu diluluskan, maka mereka yang melanggarnya boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.

“Kita dapati sepanjang sembilan kali Pilihan Raya Kecil(PRK) sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Mac tahun lalu, para penyokong parti bertanding masih berdegil dengan terus menjalankan kerja meraih undi semasa hari pengundian.

“Padahal SPR sudah tetapkan mulai 12 tengah malam menjelang pengundian sehinggalah malam keputusan pilihan raya itu tidak dibenarkan langsung berbuat demikian.

“Justeru, menerusi pindaan ini nanti, selepas kempen, keesokannya belum ada pengundian lagi dan urusan itu (pembuangan undi) hanya akan dilaksanakan hari berikutnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini.

Berhubung pindaan dalam memanjangkan proses penamaan calon, Abdul Aziz berkata, ia bertujuan mengelakkan kekecohan ekoran pertembungan ribuan penyokong parti-parti bertanding yang datang serentak dan saling menunjukkan kekuatan.

“SPR sedang meneliti kemungkinan membenarkan calon sebuah parti berserta para penyokong mereka menyerahkan borang pencalonan pada sebelah pagi, satu lagi calon pada petangnya pula, manakala kalau ada lagi calon-calon lain, mereka akan berbuat demikian keesokannya dan begitulah seterusnya,” katanya.

.............................................................

Macam2 dah pindaan la...tukar orang pun sudah...tukar masa pula sekarang ni...buat la pindaan apa pun,kalau tak telus tak guna pembaharuan apa pun. Baru2 ni pun dah berjuta ringgit duit rakyat rugi kes lupus dakwat.

Tuesday, December 29, 2009

Biaq Betoi!!! MB Haram Suspek Pengganas


Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Haram Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas. Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan. Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.

Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles. Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.

muslimeennunited.blogspot.com

Celaka Blog Itu!

Dalam berita bertajuk "Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat", Harakah Daily hari ini melaporkan:

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar. Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini. Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, "siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu."

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, "celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang."

"Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas," tambah beliau.
Dalam posting bertajuk "Husam mencari nahas", saya melaporkan:
Husam dilaporkan tidak akan menghadiri mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini. Beliau juga dilaporkan bersedia meletakkan semua jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.
"Celaka blog itu!"

Berkaitan:
Nik Aziz: Husam tak letak jawatan, kita semua ‘sayang dia’ (Malaysian Insider 29/12/09)



Sunday, December 27, 2009

Kesederhanaan Ahmadinejad

Sentiasa menjaga solat sekalipun dipinggir jalan



iran-presiden.jpg

Tidur Di ruang Tamu dengan kawalan pengawal keselamatan

iran-president-2.jpg

Saat solat berjamaah di masjid Presiden tidak duduk di shaf pertama.

iran-president-7.jpg

Foto terakhir adalah presiden sedang menikmati makan di ruang makan


Saturday, December 26, 2009

Salam Takziah Kepada Keluarga Mangsa




IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata 12 mangsa itu adalah penumpang di tingkat bawah bas itu dalam kejadian pukul 1 pagi itu.

"Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mereka yang terbunuh adalah Shaharin Mohd Nor, 61, dan isterinya Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor; Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor dan Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.

Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua beradik Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Katanya, penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya, Md Razip kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini manakala mayat mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

"Siti Munira pula menerima rawatan pesakit luar di hospital yang sama akibat kecederaan di muka," katanya.

Beliau berkata, bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata, pemandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.

Pada 13 Ogos 2007, seramai 20 orang terbunuh, manakala sembilan yang lain cedera, dua daripadanya parah, apabila sebuah bas ekspres terbabas sebelum terjunam ke dalam sebuah parit di KM229 Lebuh Raya Utara-Selatan di Bukit Gantang dekat Taiping. - Bernama

Friday, December 25, 2009

Mesti Baca: Kemilau Peribadi Tok Guru Nik Aziz

Mengangkat citra seorang lelaki Melayu menjadi super hero membibitkan kegusaran seandainya ia bisa mengurangkan nilai komersial. Namun, sosok yang ditampilkan sebagai ikon di dalam karya terbaru susunan Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron punya kelainan. Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat telah ditinjau dengan cermat. Karier politik Tuan Guru menjadi tema utama selain beberapa tajuk tempelan yang relevan.

KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MATmemaparkan kepada khalayak, teladan seorang ulama yang memimpin wilayah timur. Manfaat yang bakal dikutip apabila setiap lembar lancar berkisah tentang idea, perlaksanaan, motif, rasional, kontroversi, apresiasi dan pendirian seorang tokoh tersohor lantaran memakai jubah ulama dan mengenakan mahkota kerajaan. Dia lain daripada yang lain! Bukankah kelainan itu tandanya istimewa?

Kepimpinan Tuan Guru telah menaikkan imej ulama. Beliau telah merdekakan peranan ulama yang selama ini terhenti di laman surau dan masjid-masjid. Malah, media Indonesia menyatakan bahawa jawatan dan pangkat tidak mengubah apa-apa yang dimiliki Tuan Guru. Kenyataan menarik ini turut terakam di dalam naskhah terbitan Anbakri Publika kali ini.

Apabila ulama memerintah, secara tidak langsung idea dan pemikirannya menjadi ikutan dan panduan. Apa yang mengejutkan, Tuan Guru meninggalkan pemikiran dan perspektif tokoh politik lain jauh ke belakang bahkan keluar dari lingkaran konvensi (tradisional). Maka, lahirlah pelbagai program dan skim yang memelihara kebajikan rakyat. Terlebih dahulu anda perlu hadami takrif moden. Kerana moden itu bermula melalui cetusan ilmu yang bakal meledakkan momentum idea dan praktikal. Itulah gagasan Tuan Guru sejak menerajui Kelantan Darul Naim. Sedayanya rakyat dihidangkan berkawah ilmu sehinggakan hari Jumaat diisytihar sebagai hari ’talaqi’ di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati. Nah, buku ini mendedahkan segala-galanya. Mengalir dari lubuk idea, ia menyinggah di tangkal hati yang membenihkan perasaan halus Tuan Guru sehingga terciptanya untaian pantun-pantun klasik.

Kekuatan buku ini apabila ia berjaya mengukir kemilau peribadi seorang negarawan ulung. Ia jujur berkisah tentang seorang ulama, Menteri Besar dan sosok seorang lelaki Melayu yang tidak pernah melupakan akar Melayunya.

Susunan: Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron
Harga: RM15.00
Halaman: 130

Thursday, December 24, 2009

Allah Lebih Menyayanginya...


Begitu lah pelayaran kehidupan, yang hidup pasti akan mati. Kepada semua sahabat yang dikasihi, saya dengan rasa rendah diri mengucapkan berbanyak terima kasih dengan semangat dan doa dari anda sekalian. Allah lebih menyayanginya, tepat jam 1.10 petang tadi, beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun di Wad Bunga Raya 1, Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah.

Jenazah beliau dibawa pulang ke kampung tempat asal kelahirannya, Kota Kuala Muda, Dikebumikan pada jam 6 petang, bersebelahan kubur adiknya(bapa saudara) yang baru 2 bulan yang lalu meninggal dunia, tok dan tokwan. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan solehah. Amin...

AL-Fatihah...

Wednesday, December 23, 2009

Makluman :Mohon Doa Dari Kalian...

Salam sayang dan salam ukhwah untuk semua sahabat seperjuangan,

Salah seorang dari mak saudara saya, merupakan seorang aktivis politik di Kedah sedang tenat di hospital, beliau menghidap penyakit kanser yang sudah ditanggungnya hampir 3 tahun. Beliau telah melalui pelbagai proses perubatan moden (kimoterapi dan radioterapi) dan perubatan Islam (Darusyifa').

Keadaannya sekarang semakin kritikal, saya dengan rasa rendah diri memohon jasa baik semua sahabat untuk mendoakan yang terbaik untuknya, mudah2an segala urusannya dipermudahkan Allah. Terima Kasih, moga Allah merahmati kita semua.

Lebih Teruk Dari Binatang!


Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney pagi semalam. – Gambar Ehsan pembaca Utusan

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.

Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.

Monday, December 21, 2009

Lepas Stadium, Stesen Bas pula...


Siasatan Stadium runtuh pun tak selesai lagi..
Ni Stesen Bas runtuh tahun bila pulak nak keluar laporan siasatan?



Keadaan penghadang cahaya (awning) sebuah stesen bas yang dalam pembinaan yang runtuh di sini, hari ini.

Anggota polis mengambil keterangan daripada penyelia tapak, Zahir Hariri berhubung cermin penghadang cahaya di stesen bas yang dalam pembinaan runtuh hari ini.

Keadaan penghadang cahaya (awning) sebuah stesen bas yang dalam pembinaan yang runtuh di sini, hari ini.Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang itu panel penyambung penghadang cahaya tersebut dipercayai tercabut menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera.

Sumber : Bernama

Sedar lah Diri...nak jadi Hero pula..

"Pemuda MIC Pulau Pinang hari ini menyokong cadangan Umno agar pengerusi BN di negeri itu diambil alih oleh Umno, bukan lagi di tangan Gerakan, dalam usaha merampasnya daripada Pakatan Rakyat."

Begitulah al kisahnya...UMNO nak kembali terajui BN di Pulau Pinang, sedangkan suatu masa dahulu UMNO menggadaikan P.Pinang kepada GERAKAN atas dasar semangat "setiakawan". Akhir sekali, GERAKAN dipersalahkan dengan kekalahan yang memalukan pada PRU-12 lalu.

Yang ingin dipersoalkan, bagaimana pula negeri2 lain yang turut kalah di bawah pimpinan UMNO pada PRU-12? Kononnya nak jadi Hero la ni di P.Pinang...kalau susah sangat nak rampas, dirampasnya secara haram. Segala helah tipu daya digunakan...

Begitu lah kisahnya UMNO, skrip politik kotor yang tidak pernah habis, bukan sahaja musuh di "makan", kawan sendiri pun dia baham. Tunggu la masanya GERAKAN...tak gerak, tak makan la...

Sunday, December 20, 2009

Tazkirah : Kisah Mus'ab bin Umair Jadikan Teladan...


Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata:
Kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba tiba datang Musab bin Umair ra, dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah sa melihat kepadanya, baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan Musab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Musab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah).

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:
Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula, dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain, dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?

Maka jawab sahabat:
Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki.

Lalu Nabi saw bersabda:
Tidak, keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu.
(Hadis riwayat Turmizi)

KISAH MUSAB BIN UMAIR

Musab bin Umair asalnya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kaya-raya di Kota Mekah. Dia sangat disayangi oleh kedua orang ibubapanya. Hidupnya senang-lenang dan serba mewah.

Dikatakan kononnya Musab bin Umair ialah pemuda yang paling bergaya di Kota Mekah. Pakaiannya ada yang berharga sampai dua ratus dirham, satu nilai yang sangat tinggi pada zaman itu untuk sehelai pakaian.

Memang dari awal lagi Musab telah memeluk agama Islam tetapi disembunyikan keIslamannya daripada kedua orang tuanya. Namun hal tersebut akhirnya sampai juga ke telinga mereka. Mereka pun mengikat Musab dengan tali agar dia tidak boleh keluar rumah. Musab berjaya melepaskan diri lalu berpindah ke Abbysinia. Seterusnya dia berhijrah pula ke Madinah untuk bersama-sama kekasihnya- Rasulullah SAW.

Suatu hari, Musab melintas di hadapan Rasulullah. Ketika itu dia hanya memakai sehelai kain sahaja dan kainnya itu bertampal-tampal. Dengan perasaan yang amat sedih disertai linangan air mata, Rasulullah menceritakan kembali bagaimana kehidupan Musab sebelum Islam yang serba mewah. Namun kini Musab hanya ada sehelai kain buruk untuk dipakainya.

Dalam peperangan Uhud, Musab berperanan sebagai pemegang bendera tentera Islam. Suatu ketika tentera Islam terpukul hebat dan ada sebilangannya yang bertempiaran lari menyelamatkan diri. Dalam keadaan segenting itu, Musab terus berdiri kukuh di tempatnya sambil memegang bendera. Sedikit pun tidak ada rasa gentar dalam hatinya.

Seorang musuh telah menetak tangan Musab yang memegang bendera agar bendera tentera Islam tidak berkibar lagi. Musab mengambil balik bendera itu dengan tangannya yang sebelah lagi. Kali ini tangan itu pula yang ditetak musuh. Dia terus berusaha memegang bendera di dadanya dengan bantuan kedua belah tangan yang berlumuran darah. Akhirnya, dada Musab ditembusi pula anak panah menyebabkan dia rebah ke bumi. Musab pun gugur sebagai seorang syuhada.

Di saat-saat pengkebumiannya, Musab hanya ada sehelai kain sebagai penutup jasad. Itupun kain itu terlalu kecil. Jika ditarik untuk menutup kepalanya, kakinya akan terdedah. Kalau ditarik menutup kakinya pula, kepalanya akan terdedah. Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menutup kepala Musab dengan kain tersebut sementara bahagian kakinya ditutup dengan daun-daun azkhar.

Begitulah sedihnya riwayat seorang pemuda yang dibesarkan dalam kehidupan serba mewah tetapi matinya dalam keadaan yang amat dhaif. Jika dulu dia ada pakaian yang berharga dua ratus dirham, tapi kini mayatnya ditutup dengan sehelai kain kecil sahaja. Sesungguhnya Musab telah berjaya.
..................................................

Kisah yang sangat bermakna dalam mengajar kita erti sebuah pengorbanan jiwa, harta benda dan kehidupan seluruhnya demi perjuangan Islam yang suci. Semoga perjalanan hidup kisah Mus'ab ibn Umair, sahabat Rasulullah ini dapat menjadi motivasi kepada pejuang2 Islam yang sentiasa dikelilingi pelbagai cabaran dan dugaan yang mendatang. Semoga Allah merahmati kalian semua. Wallahua'lam.

Bukan Lagi Rahsia...


Gambar atas adalah, pada awalnya, sensitif. Setelah ia hilang dan dikenalpasti terjual kepada negara lain maka ia bukan lagi rahsia. Yang masih sensitif dan rahsia ialah individu atau pihak yang menjualnya.

Friday, December 18, 2009

Kuliah Online: Prof Dr Yusuf Qardhawi


Kuliah Maghrib (19.12.09)
Yusof Qardhawi dari Masjid Negeri Selangor, Jam 7.30 p.m
(LIVE)-link

HAMAS 22nd Anniversary

A Palestinian Hamas security officer oversees Hamas supporters attending a rally to mark the 22nd anniversary of the group's founding in Gaza City, Monday, Dec. 14, 2009. Tens of thousands of Hamas supporters thronged downtown Gaza City Monday to mark the 22nd anniversary of the group's founding, in a massive display that showed the Islamic militants still enjoy broad support despite years of rule that have led to war, poverty and isolation.

Palestinian Hamas supporters attend a rally to mark the 22nd anniversary of the group’s founding in Gaza City, Monday, Dec. 14, 2009. Many thousands of Hamas supporters thronged Gaza City Monday to mark the 22nd anniversary of the group’s founding, in a massive display that showed the Islamic groups still enjoy broad support despite years of rule that have led to war, poverty and isolation.

A member of the Hamas security forces stands guard during a rally in Gaza City December 14, 2009, marking the 22nd anniversary of the Hamas' foundation.

Members of the Hamas security forces guard a rally in Gaza City December 14, 2009, marking the 22nd anniversary of the Hamas' foundation.

Palestinian Hamas supporters attend a rally to mark the 22nd anniversary of the group's founding in Gaza City, Monday, Dec. 14, 2009. Tens of thousands of Hamas supporters thronged downtown Gaza City Monday to mark the 22nd anniversary of the group's founding, in a massive display that showed the Islamic militants still enjoy broad support despite years of rule that have led to war, poverty and isolation.

Balloons attached to Palestinian and Hamas flags fly above a rally in Gaza City December 14, 2009, marking the 22nd anniversary of the Hamas' foundation.

Palestinian Hamas supporters attend a rally to mark the 22nd anniversary of the group's founding in Gaza City, Monday, Dec. 14, 2009. Tens of thousands of Hamas supporters thronged downtown Gaza City Monday to mark the 22nd anniversary of the group's founding, in a massive display that showed the Islamic militants still enjoy broad support despite years of rule that have led to war, poverty and isolation.

Palestinians shout slogans during a rally in Gaza City December 14, 2009, marking the 22nd anniversary of the Hamas' foundation.

Palestinian Hamas supporters attend a rally to mark the 22nd anniversary of the group's founding in Gaza City, Monday, Dec. 14, 2009. Tens of thousands of Hamas supporters thronged downtown Gaza City Monday to mark the 22nd anniversary of the group's founding, in a massive display that showed the Islamic militants still enjoy broad support despite years of rule that have led to war, poverty and isolation.

Palestinian Hamas supporters attend a rally to mark the 22nd anniversary of the group's founding in Gaza City, Monday, Dec. 14, 2009. Many thousands of Hamas supporters thronged Gaza City Monday to mark the 22nd anniversary of the group's founding, in a massive display that showed the Islamic militants still enjoy broad support despite years of rule that have led to war, poverty and isolation.

Senior Hamas leader Ismail Haniyeh (R) waves to supporters during a rally in Gaza City December 14, 2009, marking the 22nd anniversary of Hamas' foundation.

Gaza's Hamas Prime Minister Ismail Haniyeh waves Hamas and Palestinian flags during a rally to mark the 22nd anniversary of the group's founding in Gaza City, Monday, Dec. 14, 2009. Many thousands of Hamas supporters thronged Gaza City Monday to mark the 22nd anniversary of the group's founding, in a massive display that showed the Islamic militants still enjoy broad support despite years of rule that have led to war, poverty and isolation.

Palestinian children wear Hamas headbands before a rally in Gaza City December 14, 2009, marking the 22nd anniversary of the Hamas movement's foundation.

HAMMAS BERTAMBAH KUAT

Sambutan Ulangtahun ke 22 Penubuhan HAMMAS Di Palestin Pada 14 Disember 2009 ..Walaupun diserang dan ditindas oleh Zionis Israel Tetapi HAMMAS Semakin Kuat Dan Sokongan Rakyat Palestin Kepada Hammas Semakin Meningkat

Mansuhkan Terus Dasar KUNO PENJAJAH!

Cadangan penubuhan Mahkamah Khas bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menangani ancaman keselamatan adalah tidak perlu kerana sudah wujud Lembaga Penasihat bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pengerusi Lembaga Penasihat JPM Datuk Zaini Abd Rahman berkata ia tidak perlu kerana Lembaga Penasihat yang ditubuhkan pada 1960 hakikatnya sebuah Mahkamah Khas untuk undang-undang pencegahan ISA dan dua lagi akta, Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas-LLPK) 1985.

"Jadi penulis-penulis macam Dr Chandra Muzaffar, Mat Nor Abdullah dan lain-lain lagi sebenarnya dia orang tak tahu, dia orang tak pernah buat kajian mendalam untuk mengetahui dan mengenali apa itu Lembaga Penasihat.

"Kalau dia tengok Lembaga Penasihat adalah sebuah mahkamah, cuma prosiding kita tertutup disebabkan elemen keselamatan," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian seminar memasyarakatkan Lembaga Penasihat JPM oleh Timbalan Menteri di JPM Datuk Liew Vui Keong di Shah Alam semalam.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai cadangan itu yang datang daripada penganalisis politik itu dan dilaporkan media pada 22 September lalu.

Lembaga Penasihat JPM ditubuhkan bawah Fasal (2) Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan dan keanggotaannya terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. BERNAMA
...............................................................

ISA adalah salah satu bentuk kezaliman. Memansuhkannya adalah salah satu bentuk keadilan. Namun membiarkan kezaliman berlaku tanpa usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghapuskannya adalah merupakan satu kebodohan yang lebih besar.

Melihat sahaja kezaliman berlaku tanpa apa-apa perasaan adalah sifat yang paling jijik dalam diri manusia. Akta zalim yang jelas bertentang dengan tuntutan Islam masih diguna pakai di negara kita, telah ramai yang menjadi mangsa terutama orang2 yang dilihat mengancam keselamatan KERAjaan. Apa tu ISA? (link). Siapa memperkenalkannya? (link).

Setelah berpuluh tahun kita mengadakan bantahan dalam bentuk wacana, seminar, pertemuan dan muzakarah, suara kita tetap tidak mahu didengari oleh pemerintah. Bukan sedikit yang telah menjadi mangsa kekejaman ISA yang disalahgunakan ini.

Terlalu banyak hati-hati yang terhiris pilu kerana terpaksa berpisah dengan mereka yang disayangi kerana dikurung ISA. Kerana ISA, berapa banyak anak-anak yang membesar tanpa ayah di sisi mereka. Kerana ISA, berapa kerap titisan air mata seorang isteri menanggung beban tanggungjawab dan rindu kerana terpaksa berpisah dengan si suami yang meringkuk dalam jeriji ISA.

Susah kalau pak2 menteri "bertelinga satu bermulut dua"! Demo lah besar mana pun, tetap tiada hati dan tiada rasa!