Mengangkat citra seorang lelaki Melayu menjadi super hero membibitkan kegusaran seandainya ia bisa mengurangkan nilai komersial. Namun, sosok yang ditampilkan sebagai ikon di dalam karya terbaru susunan Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron punya kelainan. Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat telah ditinjau dengan cermat. Karier politik Tuan Guru menjadi tema utama selain beberapa tajuk tempelan yang relevan.
KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MATmemaparkan kepada khalayak, teladan seorang ulama yang memimpin wilayah timur. Manfaat yang bakal dikutip apabila setiap lembar lancar berkisah tentang idea, perlaksanaan, motif, rasional, kontroversi, apresiasi dan pendirian seorang tokoh tersohor lantaran memakai jubah ulama dan mengenakan mahkota kerajaan. Dia lain daripada yang lain! Bukankah kelainan itu tandanya istimewa?
Kepimpinan Tuan Guru telah menaikkan imej ulama. Beliau telah merdekakan peranan ulama yang selama ini terhenti di laman surau dan masjid-masjid. Malah, media Indonesia menyatakan bahawa jawatan dan pangkat tidak mengubah apa-apa yang dimiliki Tuan Guru. Kenyataan menarik ini turut terakam di dalam naskhah terbitan Anbakri Publika kali ini.
Apabila ulama memerintah, secara tidak langsung idea dan pemikirannya menjadi ikutan dan panduan. Apa yang mengejutkan, Tuan Guru meninggalkan pemikiran dan perspektif tokoh politik lain jauh ke belakang bahkan keluar dari lingkaran konvensi (tradisional). Maka, lahirlah pelbagai program dan skim yang memelihara kebajikan rakyat. Terlebih dahulu anda perlu hadami takrif moden. Kerana moden itu bermula melalui cetusan ilmu yang bakal meledakkan momentum idea dan praktikal. Itulah gagasan Tuan Guru sejak menerajui Kelantan Darul Naim. Sedayanya rakyat dihidangkan berkawah ilmu sehinggakan hari Jumaat diisytihar sebagai hari ’talaqi’ di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati. Nah, buku ini mendedahkan segala-galanya. Mengalir dari lubuk idea, ia menyinggah di tangkal hati yang membenihkan perasaan halus Tuan Guru sehingga terciptanya untaian pantun-pantun klasik.
Kekuatan buku ini apabila ia berjaya mengukir kemilau peribadi seorang negarawan ulung. Ia jujur berkisah tentang seorang ulama, Menteri Besar dan sosok seorang lelaki Melayu yang tidak pernah melupakan akar Melayunya.
Susunan: Abdul Shukur Haron dan Annual Bakri Haron
Harga: RM15.00
Halaman: 130
HAMBA ADA BELI SATU BUKU NIE AWAL BULAN HARI TUE..BELUM PUN HABIS BACA...TAK DAPAT LUANGKAN MASA LAGI UNTUK MENHAYATI TULISAN DALAM BUKU NI...
ReplyDeletenak baca~
ReplyDeletetp jauh sgt nak beli..