Tuesday, December 29, 2009

Celaka Blog Itu!

Dalam berita bertajuk "Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat", Harakah Daily hari ini melaporkan:

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar. Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

"Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan," kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini. Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, "siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu."

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, "celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang."

"Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas," tambah beliau.
Dalam posting bertajuk "Husam mencari nahas", saya melaporkan:
Husam dilaporkan tidak akan menghadiri mesyuarat Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini. Beliau juga dilaporkan bersedia meletakkan semua jawatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.
"Celaka blog itu!"

Berkaitan:
Nik Aziz: Husam tak letak jawatan, kita semua ‘sayang dia’ (Malaysian Insider 29/12/09)



3 comments:

  1. Salam,
    Semasa Konvensyen Blogger PAS, TGHA ada mengingatkan blogger tulislah maklumat yang sohih.Jika sumber tidak sohih maka fitnah namanya.
    Dosa memfitnah akan dibawa hingga akhirat.

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat,

    Fitnah amat berbahaya,

    86 Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Saidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya. Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah?
    Para Sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya. Saidina Umar bertanya:
    Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya? Mereka menjawab: Ya, benar. Saidina Umar berkata:
    Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang?
    Huzaifah berkata: Para Sahabat terdiam.
    Kemudian Hudzaifah berkata: Aku, wahai Umar! Saidina Umar berkata: Engkau.
    Lantas Saidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah. Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan

    ReplyDelete
  3. salam,

    fitnah lebih buruk dari bunuh kerana bukan sahaja tempiasnya pada orang tersebut tetapi satu masyarakat turut terlibat sama. sudah2 la u fitnah kpd ulama...

    ReplyDelete