Thursday, December 10, 2009

Sah Kalau Ada Permit


UTUSAN MELAYOU.COM

GRO asing ditahan kerja tanpa permit sah

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Sembilan belas wanita warganegara asing, yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran, ditahan polis kerana tidak mempunyai permit kerja sah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Changkat Bukit Bintang, di sini awal pagi ini.

Kesemua wanita berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu terdiri daripada warganegara Filipina, Thailand, China dan Vietnam diberkas dalam operasi dua jam yang berakhir kira-kira pukul 3 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, ketika serbuan itu mereka sedang melayan pelanggan dan tidak menyedari kehadiran polis.

Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 30-an yang mengurus premis itu kerana kesalahan membenarkan pekerja warganegara asing bekerja tanpa permit sah di premis itu.

Premis itu mempunyai lesen hiburan yang sah sehingga 30 Jun depan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

.......................................................

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah hilangnya kemanfaatan ilmu dan makin ketara kebodohan dan banyaknya peminum arak dan meluasnya perzinaan dengan terang-terangan. (riwayat al-Bukhari).

Firman Allah yang bermaksud: “Janganlah kamu hampiri akan pekerjaan zina, sesungguhnya (perbuatan zina itu) tersangat keji dan jalan yang sesat.”

Firman Allah yang bermaksud: “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya dipukul masing-masing seratus pukulan. Janganlah sayang terhadap keduanya dalam menjalankan agama (undang-undang) Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Hendaklah hadir ketika hukuman dijalankan keduanya satu golongan daripada orang beriman.” (Surah An-Nur, ayat 2)

“Jauhilah kamu akan zina kerana kecelakaan empat macam: hilang cahaya pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kecelakaan di dalam neraka.” (Hadis riwayat At-Thabarani)

2 comments:

  1. UMNOngok ni memang suka hiburan semacam tu. UMNOngok sepatutnya tidak boleh membenarkan ada permit ke tak ada permit ke.

    Kini terdapat banyak GRO berbangsa melayu, yang tak payah permit anak malaysia berkerja di kelab-kelab malam. Itu sebabnya JAIS tak bgi Dr Asri untuk masuk ke disko bagi berdakwah

    ReplyDelete
  2. dunia dah akhir zaman, kemungkaran dah semacam sukar dikawal. smga kita dijauhi dari bala kemaksiatan

    ReplyDelete