Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.
Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal”.
Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.
Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.
Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.
Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.
................................
Hakim Kufar bicara kes nama Allah? Apa Kes Ni!
Salam ya akhi,ana tertarik dengan komen YB IR Khalid Samad:
ReplyDeletehttp://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KhalidSamad+%28Khalid+Samad%29
salam akhi, terima kasih dgn tambahan yang bermkna, ana mpunyai masalh skit internet baru2 ni..
ReplyDelete