Rakyat Malaysia amat perlu menguasai bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan memastikan negara ini tidak kembali dijajah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata rakyat negara ini tidak akan dapat menguasai sesuatu ilmu dengan cepat jika mereka tidak menguasai bahasa tersebut.
Kegagalan berbuat demikian akan membuka jalan kepada pihak yang lebih berilmu menguasai dan mempengaruhi mereka sama ada secara langsung atau sebaliknya.
"Bahasa Inggeris adalah bahasa bagi Zaman Pengetahuan ini. Negara yang tidak menguasai bahasa Inggeris bukan saja akan ketinggalan, malah menghadapi risiko dijajah, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Tanpa ilmu, sesebuah negara akan ditekan dan diserang," kata beliau selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Komponen Kepimpinan dan Dasar bagi Masyarakat Berilmu: Amalan Terbaik Yang Dicadangkan bagi Negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)' pada Persidangan Akademi Sains Dunia Islam ke-17 (IAS).
Persidangan itu dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sebuah hotel dekat Shah Alam.
Persidangan empat hari itu, yang bermula hari ini, anjuran bersama IAS, Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Akademi Sains Kehidupan dan Bioteknologi Islam Antarabangsa.
Dr Mahathir berkata hanya dengan mengusai bahasa Inggeris, rakyat negara ini mampu memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan tidak tersisih daripada arus pembangunan.
Beliau berkata rakyat negara ini tidak akan hilang jati diri sekiranya mereka mengejar ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
"Bahasa Ingegris bukan untuk orang Inggeris saja, tapi adalah bahasa universal. Saya bukan orang Inggeris, tapi saya juga bertutur dalam bahasa itu," katanya.
Dr Mahathir juga berkata kepimpinan sekarang "mengabaikan kejayaan" apabila memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kembali menggunakan bahasa Malaysia bagi tujuan itu.
"Saya rasa kerajaan tak faham tentang pentingnya bahasa Ingeris sebagai bahasa ilmu pengetahuan apabila mereka membuat keputusan menukar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia (dalam mengajar dan mempelajari sains dan matematik).
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk beralih semula kepada penggunaan bahasa Malaysia bagi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan serta sekolah Cina dan Tamil mulai 2012.
Dasar PPSMI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam pada 2003 semasa Dr Mahathir menerajui negara.
Terdahulu, dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat, terutama dalam bidang sains, sedangkan buku serta penulisan tentang mata pelajaran ini, menggunakan bahasa Inggeris.
Kata beliau, ada kemungkinan kepercayaan tentang sesuatu perkara dalam bidang sains sebelum ini akan berubah, bukan seperti dalam bidang geografi dan sejarah.
"Ilmu sains tidak statik, berbeza dengan bidang geografi dan sejarah di mana faktanya sudah tersusun sedemikian rupa dan terhad.
"Dalam bidang sains, kita boleh persoal prinsip-prinsip sains dan membuat keputusan sama ada ia betul atau tidak," kata beliau sambil menambah bahawa penemuan baru juga banyak disebarkan dalam bahasa Inggeris. BERNAMA
.................................................
Tak kuasai bahasa Inggeris boleh terjajah? Apa buktinya? Thailand hanya berbangga dengan bahasa Siam, tidak pernah dijajah pun? Jepun dan China, majoriti pemimpin2nya tidak pandai cakap BI boleh kuasai empayar ekonomi dunia, mereka lebih dahulu menjajah segala jenis ekonomi dan perdangangan antarabangsa.
Kesan PPSMI, statistik tidak menunjukkan peningkatan dalam Math dan Sains, malah pelajar terus ketinggalan dalam penguasaan ilmu, khususnya pelajar2 luar bandar. Para pakar rujuk bahasa sudah sebulat suara sejak dari awal menentang dasar Kolot ini tapi tetap dungu melaksanakannya, kata Pak Samad, orang begini ibarat "bertelinga satu, berlidah dua". [link]
Sekiranya dikatakan pemerolehan ilmu terbantut tanpa BI, kenapa tidak menyarankan kepada rakyat terutama umat Islam untuk belajar Bahasa Arab bagi memudahkan penguasaan Al Quran dan Hadis dengan lebih mudah? Sedangkan ilmu yang fardhu itu sendiri belum dikuasai oleh umat manusia sekarang.
Sejarah Ketamadunan manusia telah menceritakan empayar yang gah dahulu kekal dengan bahasa ibunda masing2. Kesultanan Melayu Melaka berbangga dengan bahasa Melayu hingga mendapat gelaranlingua franca. Kerajaan Islam yang suatu ketika dahulu pernah menguasai hampir 2/3 dunia kekal utuh beratus tahun [link] kesan penyebaran ilmu berlandaskan bahasa Arab itu sendiri sebagai bahasa wahyu.
Berpijak lah di bumi yang nyata! jangan kolot dalam menilai bahasa. Setiap bahasa lain pembawakannya, turut memberi kesan berbeza kepada penuturnya. Sejak turun temurun, selain Islam menyantuni bangsa Melayu, bahasa Melayu juga turut tidak terlepas berperanan memberi nilai tambah dalam pembentukan orang Melayu yang lazimnya dipuji lemah lembut dan sopan santunnya. Bahasa bergerak maju seiring dengan kemajuan penuturnya.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteTerima kasih atas kritikan yang diberi di blog saya. Memang saya kurang mengenali keperibadian Ustaz Nik Aziz. Namun saya tetap menghormatinya sebagai seorang yang berilmu dalam urusannya.
Dalam masa yang sama juga sya percaya saudara sendiri kurang mengenali keperibadian pemerintah kita. Saudara sendiri pun membuat andaian dan hipotesis bersandarkan artikel dan pendapat yang dikeluarkan oleh penulis yang saudara percayai (pro kepada pihak yang saudara sokong).
Saya percaya setiap orang ada baik dan buruknya. Dan masing-masing bebas membuat andaian masing-masing. Andaian itu sendiri bersifat terbuka dan ada yang betul dan ada yang salah.
Jadi tidak ada bezanya saudara dengan saya. Kita sama cuma pendirian berbeza.
Wassalam.
salam saudara, terima kasih sudi ziarah blog lain arus :)
ReplyDeleteya, benar saya kurang mengenali, tetapi apa yang telah dilaksanakan oleh pemerintah seperti contoh paling mudah PPSMI yang tidak mendatangkan hasil tetapi merugikan berbilion ringgit, pemimpin2 yang tdk menutup aurat, mempertikai hukum ISlAM,menangkap dan menjatuhkan para ulama (Dato' Ishak Baharom), dan pelbagai lagi yang jelas bertentang dengan Syariat Islam itu sendiri. Dari tindakan mereka sudah jelas keperibadian mereka yang tidak bertepatan dengan syariat.
saya tidak menyokong pemerintah negara sekarang bukan atas dasar saya terlalu prejudis terhadap seseorang tokoh tetapi atas dasar ilmu ttg siyasah syar'iyah yang telah digarikan oleh ramai ulama2 muktabar.
Hal berkaitan politik bukan dinilai dengan andaian fikiran semata2, tetapi dinilai dengan ilmu agama itu sendiri.
Insyaallah, pemimpin yang saya sokong, saya sendiri mengenali mereka secara dekat.
wallahua'lam