Wednesday, December 23, 2009

Makluman :Mohon Doa Dari Kalian...

Salam sayang dan salam ukhwah untuk semua sahabat seperjuangan,

Salah seorang dari mak saudara saya, merupakan seorang aktivis politik di Kedah sedang tenat di hospital, beliau menghidap penyakit kanser yang sudah ditanggungnya hampir 3 tahun. Beliau telah melalui pelbagai proses perubatan moden (kimoterapi dan radioterapi) dan perubatan Islam (Darusyifa').

Keadaannya sekarang semakin kritikal, saya dengan rasa rendah diri memohon jasa baik semua sahabat untuk mendoakan yang terbaik untuknya, mudah2an segala urusannya dipermudahkan Allah. Terima Kasih, moga Allah merahmati kita semua.

2 comments:

  1. Salam ya akhi,

    Ana Mewakili blogger, Naim, Briged akhdor,daripada PAS Cwg Gopeng Perak, mendo'akan agar ibu saudara enta mendapat keberkatan dari allah s.w.t semuga sembuh dari penyakit yang di hadapi beliau. Amin ya allah, perkenankan doa kami ya allah

    ReplyDelete
  2. salam sahabat yg dikasihi,

    syukran dgn doa sahabat2, ana nak mklumkan, beliau baru meninggal dunia petang tadi. Al Fatihah...

    ReplyDelete