Friday, December 18, 2009

Dr Yusuf Qaradawi : Tokoh Maal Hijrah 1431

Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M, anugerah itu bagi menghargai ilmu, jasa dan kesungguhannya memberi khidmat kepada agama Islam dan ummah selain berdakwah dan membangkitkan kesedaran Islam.

Sebelum ini, antara tokoh yang menerima anugerah itu ialah Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Rahimahullah dan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini. Beliau dilahirkan di Mahallah al-Kubra, Gharbiah, Mesir pada 1926. Pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya.

Yusuf melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan penulisannya, Yusuf sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.

2 comments:

  1. Salam ya akhi inilah diantara tokoh Ulama' yang paling ana hormati.Fatwa beliau telah menyelesaikan pelbagai masalah kecelaruan ummat islam.Beliau juga adalah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin yang disegani. Pernah ana terbaca hasil tulisannya yang beliau pernah nyatakan bahawa beliau cukup iri hati dengan pejuang2 Ikhwan seperti Imam Syahid Hassan Al-Banna yang telah mendapat Syahid..

    ReplyDelete
  2. salam akhi naim, benar akhi, beliau mmpunyai ketokohan yg mantap, sangat digeruni pemimpin yahudi laknatullah. semoga Allah melindunginya, amin

    ReplyDelete