UTUSAN.COM
KUALA LUMPUR 12 Dis — Peranan wartawan sangat penting dalam membimbing pemikiran orang ramai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata perkara yang tidak diingini akan berlaku apabila media disalahgunakan untuk menyebar maklumat yang merosakkan nilai-nilai.
"Sebenarnya setiap wartawan dan pengendali media termasuk media baru mestilah memiliki tanggungjawab, empati dan cakna dalam setiap sajian berita, isu dan idea.
"Apa yag sebenarnya disaji dan diutarakan adalah saduran pemikiran yang akan mempengaruhi khalayak yang akan meninggalkan impak terhadap kesejahteraan kehidupan bernegara,” katanya pada majlis makan malam Penghargaan Media Massa Umno 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Najib berkata kerosakan yang akan terjadi lebih sukar untuk diperbaiki daripada membina sesuatu yang baik.
"Dunia telah menyaksikan berulang kali betapa peperangan mengakibatkan korban. Tetapi korban yang diakibatkan oleh hasutan media jauh lebih besar daripada peperangan,” katanya.
.........................................
Nak bimbing atau nak rosakkan pemikiran rakyat? Media dilihat jelas menjadi medan sebar fitnah dengan memburukkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Dah banyak kali dah media di saman dek kerana penulisan yang berunsur fitnah. Menurut sebuah badan bebas yang menjalankan kajian tentang kebebasan media, kebebasan media di Malaysia berada di tahap yang sangat teruk berbanding negara2 membangun lain. Wartawan menjadi mangsa, diperkudakan oleh pemimpin2 yang tiada hati dan rasa. Ingat lah ! Anda bertanggungjawab dengan penulisan anda di akhirat kelak!
Salam sahabat, enta sehat.
ReplyDeleteInilah yang di gambar nabi s.a.w dalam hadis nya yang bermaksud:
1093 Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sepeninggalanku nanti akan muncul pemimpin-pemimpin yang kamu tidak sukai. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah yang anda akan perintahkan sekiranya perkara itu terjadi kepada kami? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Penuhilah kewajiban yang telah diberikan kepada kamu dan pohonlah hak kamu kepada Allah
salam sahabat, ana sihat alhmdullah
ReplyDeletemudah2an kita semua dijauhi dar fitnah dikalangan umat Islam sndiri.